SELAMAT BERPISAH RAMADAN

Ramadan beredar meninggalkan kita, digantikan dengan kemunculan Syawal. Demikianlah saban tahun, Ramadan datang dan pergi. Ramadan yang telah pergi, tidak akan kembali lagi, sekiranya pergi dengan penuh pengisian yang baik dari kita, maka bersyukurlah, tetapi sekirannya ia pergi dengan membawa kekurangan, maka kita berazam bahawa Ramadan akan menjelang lagi pada tahun hadapan untuk kita isikan dengan pengisian yang sebaik-baiknya.

Allah SWT Maha Pengasih, segala ibadat yang diwajibkan ke atas kita adalah merupakan kewajipan yang dapat ditunaikan oleh manusia biasa dengn mudah. Puasa hanya diwajibkan sebulan sahaja dalam setahun, bererti bahawa masa hidup insan 11 bulan lagi dalam setahun dapat di habiskan tanpa berpuasa yang wajib dilakukannya.

Malah kewajipan berpuasa sebulan itu adalah untuk orang yang sihat dan mampu manunaikannya, kerana sekiranya seorang itu uzur dan sakit, musafir dalam perjalanan yang jauh, maka puasa dapat dibuka dengan syarat digantikan semula sebelum menjelangnya Ramadan yang berikut tanpa sebarang diah atau denda yang tertentu. Malah orang sakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh, maka puasa itu dapatlah digantikan dengan mengeluarkan pampasan atau bayaran diah yang tertentu mengikut berapa hari puasa yang ditinggalkannya.

Pendeknya dalam Islam, terdapat kewajipan ibadat yang wajib dilakukan secara menimumnya, dan yang berlebihan dari itu dapatlah dilakukan dengan azam dan niatnya sendiri untuk mengerjakannya secara sunat, seperti ibdat puasa enam hari dalam bulan Syawal, juga puasa pada hari lain juga.

Selamat beredar bulan Ramadan, selamat berpisah kita dengan bulan Ramadan tahun ini, dan selamatlah kita meneruskan kehidupan seterusnya dengan lebeh sempurna, termasuk mendapatkan pengajaran dan iktibar yang baik dari amalan bulan Ramadan yang bakal pergi meninggalkan kita semua.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Minal 'Aideen Al-Faizeen Al-Maqbuleen

Comments

  1. Assalamualaikum Dato'
    Memang sayu, pilu dan sedih bila terbaca coretan posting Dato' kali ini. Deep down I already started to feel it since last night, at the "last" trawih prayer in section 14 Mosque Petaling Jaya. Perginya Ramadhan kali amat terkesan dihati ini. Bimbang kalau2 tidak ketemu lagi di tahun hadapan sekiranya saya dijemput pulang kepadaNya. Sedih kerana terasa kekurangan di dalam ibadah yang dilakukan. Pilu seperti ditinggal kekasih yang amat dicintai. Peninggalanya membuahkan rasa kosong yang amat sangat nun jauh di sudut hati saya. Semuga Allah mengampunkan segala dosa dan kekurang2 di dalam ibadah di gantikan dengan kebajikan dan kebaikan jua. Amin.

    Selamat Hari Raya Eidul Fitri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....