Hidup Pun Susah, Mati Pun Susah !
Itulah dialog Apek dalam filem P.Ramlee "Madu Tiga" ketika Apek itu fikir dia dah mati, iaitu ketika dia terjatuh dalam kereta P.Ramlee yang dipandunya dengan laju setelah Apek itu bertindak terjun dari pokok untuk membunuh diri kerana putus cinta. Ketika jatuh dalam kereta inilah dia menyangka yang dia telah mati, dan ketika P. Ramlee menyuruh dia mengebarkan bendera puteh untuk berdamai dengan tiga orang isterinya itulah Apek ini mengeluarkan kata2 ini, kerana dia sangka setelah mati tentulah dia dapat merasa aman, tetapi rupa-rupanya dah mati pun kena buat kerja juga, iaitu memegang bendera..!. Saya teringat dialog itu ketika akhir2 ini terdapat beberapa orang yang mati, dan kematian mereka menjadi persoalan, menjadi berita dan pertikaian yang masih berpanjangan.
Dua orang yang telah mati di pejabat SPRM menimbulkan persoalan. Beng Hock (?) mati dikatakan bunuh diri atau dibunuh, Sebuah Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian itu, dan setelah suruhanjaya itu bertungkus lumus menyiasat, melibatkan pakar2 yang tertentu, kemudian mengeluarkan laporannya panjang lebar, tiba2 ada orang yang tak puas hati dan menimbulkan bermacam2 isu dan keraguan. Maknanya kalau demikian keadaannya, maka simati serba salah, dia dah meninggal pun telah menimbulkan persoalan yang tak putus2. Tak bolehkah kita biarkan rohnya bersemadi dengan damai.
Kematian Mohd Ashraf Hafiz yang telah melakukan pembedahan tukar jentina di Thailand, juga menimbulkan masalah dan menjadi isu pada sesetengah orang. Laporan tidak menunjukkan kematian itu kepada spesifik sebab, kecuali mati mengejut kerana masalah jantung.
Baru2 ini kematian seorang penunjuk perasaan yang terlibat dalam demonstrasi Bersih 9 Julai lalu juga menjadi masaalah kerana pihak penganjur mengatakan disebabkan kekasaran polis, sedangkan polis mengatakan bahawa mereka tidak menyebabkan kematian itu.
Kematian Sarbaini, seorang pegawai Imegresen di pejabat SPRM juga menimbulkan masalah. Orang tak percaya dia membunuh diri, kerana dia orang warak, selalu jadi imam sembahyang di masjid.
Sebab itulah saya sebutkan di atas, nampaknya kematian sekarang ini banyak melibatkan persoalan, dan pihak yang mempersoalkannya pula menimbulkan cerita sensasi, menjadi isu politik pun sama, seperti berusaha menuduh pihak lain yang menyebabkan kematian itu. Tetapi ada diantaranya yang di siasat oleh Suruhanjaya Di Raja itu, tiba2 oleh kerana hasil laporan itu tidak serasi dengan kesimpulan yang dibuat oleh pihak tertentu, maka hasil siasatan itu disangkal, seolah2 laporan itu mestilah sesuai dengan kesimpulan golongani tu, barulah dapat diterima.
Saya rasa kematian yang diragu2kan itu hendaklah dibuat laporan polis dan disiasat oleh peguam negara untk di bawa kemahkamah untuk dibicarakan. Biarlah hakim yang membuat keputusan, bukankah kita mempunyai undang2?
Kita bersimpati dengan semua kematian yang berlaku, malah setiap hari puluhan, mungkin ratusan kematian berlaku di negara kita ini, Tetapi yang tragisnya ialah kematian yang dipersoalkan ini, yang ada diantaranya masih tidak habis2 dibicarakan.
Kematian Mohd Ashraf amat menyedihkan, tetapi adakah kerana satu kematian itu kita terus akan mengambil kesimpulan bahawa kematiannya ialah kerana kita terlalu ketat dalam menyelesaikan masalahnya? Masalah pertukaran jentina adalah masalah agama dan undang2, mahkamah telah membuat keputusannya, dan ibu bapanya pun telah menerima dengan baik, apakah kita perlu menimbulkan isu ini lagi setelah kematiannya juga tidak membuktikan sebab yang jelas dan secara langsung melibatkan keputusan mahkamah, atau tekanan jiwanya sendiri??
Kita biarlah roh orang yang telah meninggal itu berada dalam aman damai, kecuali melibatkan jenayah tertentu yang sepatutnya diputuskan oleh mahkamah,..bukan masing2 membuat andaian sendiri dan ingin menjadi juara, atau nak memainkan peranan tuhan pula !
Kalau diteruskan juga derama yang sama ini, memang betullah sungutan Apek dalam filem P.Ramlee itu, "Hai ya, hidup pun susah, mati pun susah"