KRISTIAN :Orang Islam Sendiri Yang Harus Bersedia
Peristiwa yang berlaku dalam tindakan Jais memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama tempoh hari, diikuti dengan beberapa pendedahan tentang gerakan propaganda ajaran Kristian kepada kanak2 Tadika dan sebagainya menunjukkan bahawa aktiviti memperkembangkan ajaran Kristian itu besar kemungkinan sedang berlaku di dalam masyarakat kita.
Gerakan yang saya maksudkan itu ialah aktiviti beberapa pihak yang tertentu untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang ramai melalui program2 yang teratur, dan dakyah ini tidak semestinya hanya ditujukan kepada orang Islam sahaja, malah kepada orang lain juga.
Oleh kerana peruntukan Perlembagaan negara kita sendiri menyatakan bahawa penyebaran agama lain kepada orang Islam adalah dilarang, maka hal ini tentulah menjadi pengetahuan umum yang seharusnya difahami dan dipraktikkan. Maka berdasarkan hal inilah, Jais telah bertindak memeriksa Gereja di Damansara Utama yang termaklum itu.
Demikian juga dalam kes pengaruh Kristian yang cuba di sebarkan melalu Tadika tentulah merupakan satu kesalahan sekiranya hal itu dilakukan kepada kanak2 Islam.
Saya percaya bagi kebanyakan ketua dan penganut agama Kristian, mereka juga menyedari hal ini, dan mereka juga, saya fikir, tidak mahu menjalankan aktiviti ini, dan tidak mahu aktiviti ini dilakukan oleh para penganut Kristian kepada orang Islam.
Bagaimana pun oleh kerana gerakan Kristianisasi ini merupakan gerakan antarabangsa dan global yang telah berjalan dengan pesat sejak sekian lama, dan telah menunjukkan kejayaannya yang besar di beberapa bahagian dunia yang tertentu, disokong pula oleh kemudahan kewangan yang banyak dari gerakan antarabangsa itu, maka hal ini tentulah berlaku juga di negara kita secara yang amat halus dan bersahaja tanpa menonjol dengan jelas.
Kita tentu menyedari bahawa gerakan dakyah Kristian ini telah berjalan sekian lama di kawasan pendalaman, di kalangan orang asli dan komuniti lain, tetapi kita tentulah tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya, terutamanya apabila gerakan itu dilakukan kepada orang bukan Islam termasuk orang yang tidak beragama seperti orang asli.
Inilah rahsianya kenapa dalam jangka masa sekian lama, orang Islam tidak menimbulkan hal ini pada masa2 yang lalu, sedangkan orang Islam mengetahui bahawa gerakan misionari Kristian sememangnya agak aktif pada ketika itu, yang mungkin hanya berpusat kepada orang asli dan penganut bukan Islam.
Tetapi isu penyebaran agama Kristian dan dakyah Kristian ini menjadi ketara di negara kita akhir2 ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara yang berlaku di dalam masyarakt kita ini yang agak terang memberi persepsi kepada orang Islam bahawa gerakan ini menjadi lebeh agresif sehingga menimbulkan rasa curiga di kalangan masyarakat Islam tentang tujuan tersebut.
Hal inilah yang dirasakan oleh orang Islam ketika timbulnya isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian, sehingga terbawa2 ke dalam mahkamah dan banyak sekali menimbulkan polemik di dalam negara kita, yang sebelum ini tidak pernah timbul isu tersebut. Perkmebangan terbaru yang melibatkan kemasukan Injil bahasa Melayu juga, telah menimbulkan perasaan yang sama dalam masyarakat Muslim, kerana hal2 ini telah dilihat sebagai satu gerakan ke arah menegmbangkan agama Kristian di kalangan orang Melayu secara yang tidak langsung, iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu buat pertama kalinya, sekurang2nya di Semenanjung, untuk bahasa Kristian, yang selama ini tidak pernah dilakukan di sini.
Orang Islam melihat hal ini dengan membaca di sebalik apa yang tersurat, iaitu dengan menggunakan kalimah "Allah" sebagai Tuhan agama Kristian, yang selama ini kanak2 Islam memahami bahawa "Allah" itu adalah satu2nya Tuhan untuk orang Islam, maka dengan itu generasi yang akan datang ditakuti akan merasa keliru dengan perkembangan terbaru tentang konsep dan nama Tuhan bagi Kristian dan Islam ini, yang dirasakan sebagai satu percubaan untuk mengelirukan pemikiran anak2 Islam tentang perbezaan ajaran Islam dan Kristian yang mereka tahu selama ini.
Mungkin akan timbul di dalam pemikiran dan kefahaman anak2 Islam, bahawa sekiranya "Allah" yang mereka fahami selama ini sebagai Tuhan bagi orang Islam, dan "Allah" yang sama itu juga merupakan Tuhan bagi agama Kristian, maka dalam keadaan ini ertinya Islam dan Kristian mengakui Tuhan yang sama, yang bererti bahawa Islam dan Kristian sama sahaja, oleh itu apa nak dihiraukan sama ada dia menganut agama Islam atau agama Kristian.
Inilah kebimbingan ibu bapa Islam, yang dapat saya fahamkan, tentang kontroversi penggunaan kalimah Allah yang dituntut penggunaannya oleh kalangan agama Kristian itu, iaitu yang mengubah konsep dan akidah umat Islam tentang zat Tuhan yang sebenarnya bagi Islam, dan konsep Tuhan dalam Kristian, sedangkan yang mereka tahu dan mereka pelajari selama ini, Tuhan (God) dalam agama Kristian itu adalah berbeza dari Allah dalam akidah Islam.
Perkembangan terakhir tentng kemasukan dan penggunaan Injil dalam bahasa Melayu juga merupakan satu lagi perkembangan terbaru dalam amalan beragama di negara kita, iaitu berbeza sama sekali dari budaya beragama di Malaysia yang selama ini menyaksikan bahawa bahasa Melayu tidak pernah menjadi bahasa agama Kristian. Perubahan ini juga dilihat oleh orang Islam sebagai satu perubahan radikal, dan menambahkan lagi kebimbangan mereka terhadap kekeliruan generasi baru dan lama tentang beragama menurut Islam, atau beragama menurut agama Kristian.
Kedua2 perkara di atas memberi kesan kepada orang Islam bahawa gerakan krisitanisasi telah berubah strateginya dengan mengambil pendekatan yang tidak langsung dalam menyebarkan agama ini di kalangan umat Islam, khsusnya anak2 Islam sendiri yang terdedah kepada pendekatan dakyah Kristian yang tidak langsung ini, iaitu dengan mempengaruhi pemikiran generasi muda tentang persamaan agama Islam dan Kristian.
Oleh itu, apabila ibu bapa Muslim menyedari akan hal ini, maka senario keharmonian agama yang selama ini menjadi tradisi dan budaya di negara kita agak menjadi kalut dan goyang sedikit, ditambah pula oleh kegawatan politik negara kita yang dulunya hanya menyentuh tentang politik perkauman dan ekonomi serta bahasa dan sebagainya, tetapi akhir2 ini melibatkan sentimen dan kegawatan agama secara yang amat terbuka sekali.
Islam menjadi sasaran dalam serangan2 yang dilancarkan dalam media baru, portal, blog dan sebagainya, iaitu yang memecah tradisi dan "trend" rakyat kita sekian lama, dan dalam hal ini kita agak kehaklisan nilai dan moral serta sensiviti yang menjamin kesatuan dan perpaduan kita selama ini.
Oleh itu dalam menghadapi hal ini, saya rasa masyarakat Malaysia haruslah kembali kepada budaya dan sensiviti beragama seperti yang kita amalkan selama ini, iaitu tanpa merasa perjudis buruk diantara penganut berbagai2 agama. Gerakan secara agresif untuk mempengaruhi penganut agama lain dari agama kita masing2 hendaklah di periksa dan dikawal supaya tidak menjadi provokasi yang merbahaya dalam masyarakat plural ini, yang selama ini amat bertolak ansur dalam kegiatan agama masing2.
Kepada ibu bapa Muslim dan masyarakat Islam sendiri saya rasa bahawa ketika kita menyedari akan kehadiran cabaran2 yang dihadapkan kepada anak2 kita sekarang ini yang datangnya dari dakyah agama lain, maka kita haruslah berhati2 dalam mendidik dan membesarkan anak2 kita sendiri dalam beragama dan kemampuan memahami agama kita dengan kukuh. supaya dengan itu mereka akan yakin dan berilmu tentang Islam, lalu sekali gus dapat membezakan ajaran agama Islam dengan agama lain dari sudut akidah dan teologinya.
Kita tidaklah hanya perlu menuding jari dan menyalahkan orang lain dalam hal ini, kerana hal itu sememangnya menjadi agenda orang lain secara langsung atau tidak langsung, iaitu dengan segala kemampuan kebendaan, hiburan, keseronokan, kelonggaran dalam beragama dan gaya hidup, maka semuanya ini akan menjadi faktor yang boleh melemahkan kefahaman anak2 kita tentang Islam, dan dalam situasi2 yang tertentu akan berjaya menggoyangkan iman dan akidah mereka, terutamanya dalam kehidupan global dan konsumarisme, serta hiburan dan budaya permisif sekarang ini.
Iman dan ilmu yang telah sedia lemah mungkin boleh dibeli dengan wang dan kemewahan, boleh digadai dengan hiburan dan nafsu, apa lagi dakyah agama yang dihidangkan untuk menarik perhatian anak2 kita sering membawakan unsur2 ini, maka sekali sekala, anak2 kita akan terpengaruh dan termakan dengan gula2 yang disajikan itu.
Orang2 yang terdesak dalam kehidupan kebendaan dan material, mungkin akan berputus asa dari pertolongan rakan seagamanya, maka mereka akan berpaling kepada orang2 lain yang dapat melepaskan mereka dari perangkap kemiskinan dan sebagainya.
Berdasarkan hal2 yang tersebut di atas, maka telah sampai masanya ibu bapa Islam menghidangkan ajaran agamanya yang lebeh dekat dengan gaya hidup dan selera anak2 sekarang, dengan syarat tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip agama kita sendiri. Mendekati anak2 dengan ajaran agama haruslah dilakukan dengan mendekati hati nurani dan psikologi mereka, dalam zaman moden, zaman play station dan teknologi maklumat yang canggih sekarang ini.
Ilmu agama yang diberikan kepada para pelajar Islam haruslah berteruskan pendidikan yang lebeh bersistematik daripada hanya mengikut kaedah dan pendekatan tradisional, leteran, kecaman, dan sebagainya yang menjadi amalan masyarakat Islam selama ini dalam keadaan2 yang tertentu.
Sistem pendidikan Islam di semua peringkat pengajian haruslah berubah dan disusun semula dengan menyeluruh, agar Islam tidak hanya dilihat sebagai agama ritual dan peribadi dengan Allah ssemata2, tetapi agama itu hendaklah mampu membuka minda para pelajarnya agar agama itu adalah satu sistem hidup, peraturan hidup yang menyeluruh, untuk dunia nyata, kehidupan yang lengkap dan peraturan kehidupan dunia dan akhirat.
Dalam konteks inilah saya rasa umat Islam haruslah mengubah mentaliti dan sikapnya, ilmunya dan kaedah penggarapan ilmunya, pengajaran dan pendekatan pendidikanya, kandungan dan pengisian pendidikan dan pelajaran rasmi dan tidak rasminya.
Kalau anak2 didik itu telah dilengkapi dengan ilmu dan minda yang betul tentang agamanya, tentang cara hidupnya, tentang imannya, maka pada ketika iti apakah lagi yang hendak ditakutkan dalam menghadapi cabaran dan dakyah luar itu.
Memangnya hal ini bukanlah semudah itu dapat dilaksanakan, terutamanya untuk mengubah sistem pendidikan agama di negara kita ini, tetapi dalam menghadapi segala perubahan dunia dan cabarannya, kita mestilah memulakan satu langkah ke arah perubahan ini, tanpa melanggar dasar dan prinsip asas ajaran agama kita.
Banyak institusi dan agensi Kerajaan yang seharusnya digerakkan dalam mengadakan rebolosi dan perubahan ini, setelah sekian lama kita hanya menjadi pengamal menu dan sajian tradisional lama, yang tidak banyak memberikan perubahan kepada umat Islam dalam bidang pendidikan ini.
Tegasnya dalam menghadapi cabaran dunia moden pada hari ini, ketika berlaku persaingan hebat, termasuk persaingan agama, yang hendak di sebar luaskan kepada manusia pada masa kini, maka umat Islam sendiri haruslah memperkuatkan diri mereka sendiri, termasuk dalam pegangan agamanya dari sudut syariah, akidah dan akhlaknya. Jangan kita hanya mengecam orang lain, sedangkan kita sendiri tidak memperkasakan pegangan agama anak2 kita sendiri, supaya kelak mereka menjadi seperti ikan, yang walau selama mana sekali pun mereka hidup di dalam air laut yang masin, namun dagingnya tetap tawar, tidak masin.
Disamping itu kita amatlah berharap bahawa setelah beberapa kali dibuktikan dakyah agama lain yang selama ini ditujukan kepada orang Islam, maka pihak2 yang sedang berusaha , atau segelintir dari mereka yang menjalankan tektik menggugat keimanan umat Islam secara langsung atau tidak langsung, tolonglah berhentikan langkah provokasi yang amat sensitif itu, kembali kepada zaman aman damai yang pernah kita kecapi dulu, bukan berusaha menafikannya secara berlarutan..

Comments
Post a Comment