Kawin Sejenis: Isu Bersama
Islam menentang perkahwinan sejenis adalah berdasarkan ajarannya yang menentang tindakan manusia melakukan sesuatu yang bercanggah dengan "fitrah"nya. Perkahwinan secara fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT ialah diantara lelaki dan perempuan, bukan lelaki dengan lelaki, atau perempuan dengan perempuan.
Perbuatan lain yang melanggar fitrah kejadian manusia ialah mendapatkan baka dan keturunan tanpa mengikut undang-undang tabi'e yang ditentukan oleh Allah iaitu pertemuan benih lelaki dan wanita dalam perkahwinan yang sah, dengan kaedah percantuman telur yang dihasilkan oleh wanita dan sperma yang dihasilkan oleh lelaki, maka pertemuan dan percantuman kedua-dua benih inilah yang melahirkan bayi. Sebab itulah Islam melarang tindakan "clonning" yang juga dilakukan oleh manusia untuk melahirkan jenis manusia.
Agama Kristian juga, seperti yang dinyatakan oleh para ahli agama tersebut menentang perkahwinan sejenis dan perbuatan mengklonkan manusia seperti yang pernah diheboh2kan satu ketika dulu.
Oleh itu kita rakyat Malaysia penganut Islam dan Kristian bersetuju bahawa perbuatan Rev Ou Yang Wen Feng yang berasal dari negara kita untuk mengadakan upacara majlis perkahwinan menurut adat resam Cina di Kuala Lumpur dengan pasangan nya Phineas Newborn III adalah merupakan satu tindakan yang tidak harus direstui untuk dilakukan di dalam negara kita.
Menurut kenyataan yang disiarkan oleh media pada hari ini, Pastor Kam Sian Yee dari Grace Assembly Klang dan Pastor Tan Chee Sing dari Puchong Joy Charismatic Centre, kedua2 mereka mengatakan bahawa perbuatan Rev tersebut adalah luar biasa dan berdosa, dan ibu bapa kadang2 melakukan kesalahan dengan mengakui bahawa homoseksual yang diamalkan oleh anak2 mereka adalah satu perkara biasa, oleh itu "trend" ini tidaklah seharusnya dibiarkan berterusan.
Sebelum ini, keseluruhan masyarakat Islam telah menyuarakan penentangan terhadap upacara "perkahwinan" yang dirancangkan oleh pasangan tersebut, setelah melakukan istiadat "perkahwinan" mereka di New York. Perkara yang menyalahi undang2 dan ajaran agama ini hendaklah dibendung oleh pihak berkuasa, kerana selain dari membiarkan perbuatan sumbang itu berlaku di dalam negara kita, maka sekiranya diberikan kebenaran supaya "perkahwinan" itu di adakan di Malaysia, mungkin hal ini seolah2 akan memberi isyarat kepada generasi muda bahawa perbuatan itu adalah perbuatan biasa dan direstui oleh masyarakat Malaysia.
Kini setelah pihak Gereja telah menyatakan bantahannya terhadap perkahwinan ini, yang menunjukkan bahawa mereka membantah dan tidak merestui perkahwinan sejenis dan homoseksual, maka masyarakat Malaysia dari kedua-dua pengikut agama Kristian dan Islam, telah bersepakat bahawa pihak yang berkuasa, dan otoriti negara kita, hendaklah mempastikan supaya cadangan untuk mengadakan upacara "perkahwinan" tersebut di negara kita tidak dibenarkan berlaku di sini.
Persamaan sikap dan inspirasi penganut agama Islam dan Kristian dalam perkara ini merupakan satu lagi manifestasi kesepaduan dan kesefahaman yang padu di antara rakyat Malaysia yang terdiri dari kepelbagaian kaum dan agama ini, dan dalam masa yang sama memenuhi slogan "Unity in diversity" yang menjadikan negara kita aman makmur, harmoni dan toleransi. Satu kebanggaan dan kejayaan rakyat seluruhnya.
Dengan ini, pihak berkuasa negara kita nampaknya telah mendapat satu mesej yang jelas dalam isu ini, dan haruslah bertindak tegas mengikut tradisi agama dan undang2 negara kita, dengan tidak membenarkan berlangsungnya upacara "ganjil" itu berlaku di negara kita, walau pun terdapat undang2 di sesetengah negara lain yang membenarkan perbuatan ganjil ini.

Comments
Post a Comment