Islam dan Kristian Harus Bersatu Menentang Kawin Sejenis
Saya pernah menulis tentang golongan yang tidak tabi'e iaitu yang bercadang hendak mengadakan upacara perkahwinan sama sejenis di negara kita sebelum Hari Raya yang lalu. Saya melihat bahawa bantahan telah dibuat juga oleh beberapa orang ketua gereja di negara kita terhadap amalan yang dianggap terkeluar dari norma2 agama kita.
Umat Islam sememangnya menentang perbuatan itu, dan menegaskan bahawa hal itu tidak seharusnya berlaku di negara kita, di hadapan anak2 kita yang tidak biasa menyaksikan hal itu, walau pun mereka mungkin pernah terdedah kepada cerita2 begini.
Dalam beberapa hari ini malangnya masyarakat kita sekali lagi dikejutkan dengan situasi dan kelakuan yang hampir sama iaitu penganjuran pesta seksualiti merdeka yang juga menuju kepada gejala luar tabi'e ini atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
Kita dikejutkan dengan hal ini kerana dalam kebangkitan manusia yang sedang menyedari akan pentingnya nilai2 moral dan budaya manusia yang kelihatannya telah amat terlanjur pada waktu ini, tetapi kita di negara Timur, dan negara yang memberikan perlindungan kepada kepelbagaian agama ini, rupa2nya ingin kembali dan kepada kehidupan yang aneh dan terkeluar dari nila2 budaya serta moral orang Timur sendiri.
Dengan ini nampaknya golongan yang menganjurkan pesta itu dan menggalakkan orang lain memujanya itu seolah2 tidak lagi menghormati agama dan budaya majoriti rakyat Malaysia. Malah kita sekarang ibarat sebagai kumpulan penumpang sebuah kapal, yang sebahagian darinya akan menebuk lubang di lantai kapal itu, supaya semua kita tenggelam dalam lautan bahaya itu,
Oleh itu sekali lagi saya melihat bahawa hal ini memang amat menyinggung perasaan rakyat Melayu Islam di negara ini dan amat menyentuh kehormatan dan nilai2 mereka, namun begitu saya juga mengharapkan semua ketua agama dan budaya sihat di negara ini akan bangun melahirkan protes kita kepada perkara ini, dan melahirkan kebencian agama kita terhadap kelakuan ganjil ini.
Di bawah ini saya siaarkan semula tulisan saya tentang perkara yang saya sebutkan di atas untuk renungan dan peringatan kita bersama.

Saya merasakan bahawa semua kalangan masyarakat Islam dan Kristian haruslah mengambil sikap dan pendirian bersama menentang kahwin sejenis, dan menentang homoseksual dan lesbian dari menular ke dalam masyarakat kita.
Tindakan pasangan yang berkahwin sama sejenis di Amerika Syarikat dan bercadang untuk mengadakan acara tersebut di negara kita, nampaknya terang2 menentang dan mencabar norma hidup dan nilai serta budaya kita, malah lebeh besar lagi menentang ajaran agama.
Dalam isu ini nampaknya kalangan politik hanya berdiam diri, mungkin kerana isu ini tidak penting pada mereka, kerana tidak mempunyai agenda yang dapat memberi keuntungan politik.
Oleh itu pihak Ngo dan badan2 agama haruslah bangun segera menentang hal ini, khususnya dalam kes yang saya tuliskan sebelum ini, iaitu kes seorang pastor yang berasal dari negara kita yang akan melangsungkan "perkahwinan" dengan pasangannya sesama lelaki dari keturunan Afrikan-American, seperti yang saya sebutkan di atas.
Masyarakat kita yang mempunyai peruntukan khas tentang agama dalam Perlembagaan mungkin hendak di singgung dan dimalukan dengan cadangan pasangan ini untuk mengadakan upacara "perkahwinan" mereka di Malaysia akhir bulan ini, yang akan jatuh ketika orang Islam sedang merayakan Hari Raya Puasa, dan ketika negara kita juga merayakan perayaan Kemerdekaan.
Peristiwa ini sekiranya berlangsung di negara kita, maka hal ini akan menarik perhatian dunia umumnya sebagai satu peristiwa yang amat bersejarah dalam kedaulatan negara kita yang berpegang kuat kepada nilai2 agama dan tradisi serta budaya ketimuran, yang menolak segala perbuatan seks ganjil dan luar biasa, sehinggakan terdapat undang2 yang tertentu tentang perkara ini.
Ayuh semua, kita mestilah pastikan supaya hal ini tidak berlaku di negara kita, dan kita juga mesti berusaha menentang cabaran yang hendak di lakukan kepada kita semua. Sekurang2nya masyarakat Kristian dapat bersatu dengan masyarakat Islam untuk melancarkan perjuangan bersama ini, dan memastikan supaya agenda ganjil ini tidak dilaksanakan di bumi kita ini.

Tahniah Datuk, saya amat setuju dengan penulisan Datuk. Nampaknya Kristian yg didokong oleh pembangkang terutama DAP di campur pula dgn PKR semakin rosak Islam jadinya. PAS hanya dilabelnya sahaja takut untuk menzahirkan yg benar. ..... daripada Jurirakyat
ReplyDelete