IMAN ORANG ISLAM HARUSLAH KUAT....
Saya selalu menonton siaran berita di saluran antarabangsa seperti CNN dan BBC. Dalam bulan puasa ini saya nampak kedua-dua saluran ini sering melapurkan insiden yang berlaku di Asia Barat dan Afrika Utara mengenai kebangkitan Arab, dan ekoran penentangan itu terhadap kesejahteraan rakyat dan keselamatannya.
Yang dibesar2kan ialah tentang penentangan rakyat Libya terhadap Ghadafi, rakyat Syria terhadap Bashhar Al-Asad. Kedua2 saluran berita ini ternyata menggambarkan penderitaan rakyat yang menentang ketua negara mereka, iaitu tindakan Kerajaan Libya dan Syria menembak dan membunuh pemberontak. Gambaran ini seolah2 ingin menonjolkan kekejaman ketua negara itu terhadap rakyatnya, dan pihak nya seolah2 menjustifikasikan juga campur tangan Barat di Libya, dan seruan Barat supaya Al-Asad menerima tuntutan rakyatnya yang memberontak.
Pemberontakan Libya telah masuk ke bulan kelima, tetapi Gadhafi masih dapat bertahan, meskipun menghadapi tindakan serangan NATO, sebuah pertubuhan yang perkasa dalam kelengkapan senjata dan disiplin tenteranya.
Kisah bagaimana Ghadafi dapat bertahan sekian lama tidak dijelaskan, tetapi kisah kekejamannya sahaja yang ditonjolkan.
Asad juga berjaya mempertahankan tampuk pemerintahannya, dan hal ini juga tidak di jelaskan kenapa dan bagaimana ?
Oleh itu saya rasa kita memerlukan banyak maklumat tentang kedudukan ini, supaya persepsi kita menjadi seimbang dan maklumat yang kita perolehi juga dapat membantu kita untuk memahami situasi yang sebenarnya.
Dalam gambaran yang diberikan sekarang ini, ternyata bahawa liputan berita dan gambarannya menyatakan bahawa ketua2 negara inilah yang kejam, tidak berperikemanusiaan, bertindak di luar batas2 kemanusiaan dan sebagainya, tetapi kita tidak dapat melihat kekejaman pihak Nato dan campur tangan luar sendiri yang menambahkan ketegangan dan kemusnahan yang berlaku di dalam negara2 yang bergolak itu.
Apabila kelihatan bahawa Barat berusaha membela rakyat yang teraniya dan yang kebuluran serta segala penderitaannya, maka tanggapan ramai tetaplah mengatakan bahawa kerajaan dan ketua2 negara Islam ini adalah kejam dan zalim, atau dengan kata lain bahawa ketua2 negara Islam ini adalah kejam kepada rakyatnya sesama Islam, sedangkan Barat itulah yang mahu menyelamatkan rakyat yang teraniya itu dari kezaliman dan kekejaman pemerintahnya.
Tetapi tahukah kita, bagaimanakah pula ketua negara dan pihak Kerajaan negara2 tersebut menghadapi kekejaman serangan Barat yang di lakukan oleh Nato ke atas Libya umpamanya? Tahukah kita siapakah yang membekalkan senjata kepada para pemberontak yang menentang kerajaan dan ketua negara mereka itu sebenarnya? Apakah dalam kerisis dalaman negara orang lain, khususnya negara yang kaya seperti Libya, dan sebelum ini Iraq dan Afghanistan, kuasa asing berhak bertindak secara langsung, turut berperang dengan kerajaan yang berdaulat itu?
Memang kita akui, bahawa kerajaan2 yang ditentang itu juga mempunyai kelemahan dan kekurangannya, pemerintahannya yang tidak seimbang dengan pola2 demokrasi dan kebajikan rakyat, tetapi apabila berlaku ketidak puasan rakyat terhadap kerajaannya, maka siapakah yang sebenarnya mengapi2kan permusuhan itu sehingga menimbulkan api penentangan yang begitu hebat dalam bentuk keganasan dan penggunaan senjata api terhadap pemerintahan sendiri?
Amat dukacita hal ini berlaku di dalam negara Islam, ketika pihak Barat sebenarnya telah berjaya menghapuskan musuh utama mereka yang lalu, iaitu kesatuan Soviet, regim komunis, yang dikepalai oleh kuasa besar Soviet Union. Musuh ini telah dihapuska dan ditumbangkan. Maka nampaknya sekarang ini, negara Islam yang mengalami kerisis politik ini, ditambah lagi dengan kuasa penjajahan regim Yahudi terhadap negara Arab, maka terbukalah peluang untuk Barat mengeluarkan taringnya kepada umat Islam.
Umat Islam perlu kembali kepada pemikiran rasionalnya dalam keadaan begini. Umat Islam perlu kepada kepemimpinan yang kuat, yang nampaknya tidak ada dalam negara2 Islam pada masa kini. Umat Islam sepatutnya dapat berpayung dan membangunkan kekuatan ekonomi dan politiknya di bawah OIC, tetapi nampaknya OIC juga sebahagiannya telah dikuasai oleh negara yang bersekutu dengan Barat dan Amerika Syarikat.
Akibatnya perjuangan umat Islam tidak pernah bermula kembali selepas pengisytihan Raja Faisal satu ketika dulu untuk menggunakan petrol sebagai senjata kepada Barat. Akibatnya lagi, umat Islam berperang sesama sendiri, negara yang satu ketika dulu aman dibawah pemerintahan raja atau ketua sendiri, akhirnya menjadi purak puranda selepas kemasukan kuasa Barat untuk tujuan "mengamankan" rakyat dan generasi rakyat umum negara itu kononnya.
Hal ini lebeh menyedihkan berlaku sepanjang masa, sudah berdekad2 lamanya, malah sehinggakan ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini pun disambut dengan pembunuhan dan keganasan, bom kereta, penyerang berani mati, menyerang sesama Islam di masjid, sekolah, pasar, di sepanjang waktu, termasuk selepas atau sebelum sembahyang Jumaat, selepas atau ketika umat Islam menunaikan sunat terawih dan sebagainya.
Dunia menyaksikan segala "kekejaman" dan "keganasan" umat Islam ini melalui kaca tv, saluran yang popular Barat dan antarabangsa, sedangkan pokok masalahnya tidak di ketahui.
Mungkin hanya beberapa buah sahaja negara Islam dalam dunia ini yang aman damai ketika menyambut bulan puasa ini, menikmati juadah, bersolat terawih, berkumpul di masjid, berjalan di jalan dan bandar, bermesra dengan keluarga. Selain dari itu kelihatannya terlalu banyak umat Islam yang mendrita terkena tembakan dan serpihan bom, luka, cedera dan mati, bersesak2 di hospital ketika para doktor sepatutnya dapat mengambil masa bersembahyang terawih dan berpuasa dengan khusyu' dan tawaduk. Tetapi dalam keadaan begini, entah dimanakah ibadat puasanya, ibadat sembahyangnya, malah mungkin yang akan bertanya di manakah agaknya Tuhan kita berada, kenapakah umat-Nya harus mengalami penderitaan yang dahsyat ini, yang mungkin tidak pernah disaksikan dalam kehidupan manusia pada zaman moden dan tamadun ini?
Umat Islam di Malaysia haruslah mengambil iktibar dan membaca di antara barisan kata2, di sebalik agenda lahiriah dalam politik, agama, ekonomi yang kelihatan amat harmoni dan penuh "kesatuan" ini.
Iman orang Islam tidak lah harus menjadi lembut dan lebur semata2 dengan kata2 manis yang penuh gula dan madu, namun di sebaliknya mungkin mengandungi racun dan jadam untuk melemahkan kekuatannya.
Dalam dunia moden ini semuanya boleh berlaku, tektik manusia menjadi semakin canggeh, maka berhati2lah ....
Namun sekali lagi marilah kita terus berpuasa, beribadat, khusyuk mengadap Allah SWT dalam aman damai dan harmoni, namun kuatkanlah iman ketika berbicara dan berhadapan dengan kemungkinan yang akan berlaku...Islam semakin diancam dari atas dan bawah, kiri dan kanan....

Comments
Post a Comment