JAIS vs Gereja Methodest Damansara Utama

Pihak NGO yang mengnjurkan majlis di Gereja yang tersebut telah mengeluarkan kenyataannya bahawa majlis tersebut tidak mempunyai agenda agama, walau pun ada tersebut kalimah2 dan istilah Islam yang berbau agama. Penggunaan gereja sebagai tempat perjumpaan hanyalah kerana pihak Ngo itu mendapatkannya secara percuma.

Pihak JAIS pula sebelum ini telah membuat kenyataan awalnya, melalui Datuk Dr. Hassan Ali, bahawa majlis tersebut berbentuk dakwah agama lain kepada umat Islam.

Akhbar2 pernah menyiarkan beberapa kenyataan dari orang Islam yang menghadiri perjumpaan tersebut bahawa mereka telah diberikan bantuan kewangan oleh pihak agama Kristian, malah mereka berputus asa dari badan agama Islam yang tidak memberikan bantuan kewangan kepada mereka.

Inilah beberapa fakta yang timbul dari kerisis yang berbangkit akibat dari tindakan Jais memasuki Gereja itu beberapa hari yang lalu.

Akibat dari perkembangan ini juga, maka telah banyak kenyataan dan komen tidak sihat yang ditujukan kepada Jais, Gereja tersebut dan Pusat Zakat serta komen negatif terhadap Islam sendiri serta penganut2nya.

Sebenarnya yang kita dengar sekarang hanya kenyataan yang tidak dapat kita sahkan dengan bukti2 yang nyata. Jais masih menyiapkan laporan terperincinya, yang kita harap akan dapat dikeluarkan dengan segera untuk membersihkan keadaan dan mendapatkan titah Sultan Selangor sebagai ketua agama dalam hal ini.

Kita juga memerlukan bukti dari Ngo yang menganjurkan majlis tersebut, terutamanya apabila Jais berjaya membuktikan alasannya bagi tindakannya menyelamatkan akidah umat Islam yang menghadiri perjumpaan di dalam gereja itu, yang mungkin dapat dibuktikan dengan dokumen dan bukti lain lagi.

Malah pada pandangan saya, kenyataan orang Islam sendiri terhadap dakwaan mereka bahawa pihak Pusat Zakat dan sebagainya yang tidak membantu mereka, juga memerlukan bukti yang nyata daripada hanya mengelurakan kenyataan bebas begitu sahaja untuk menjustifikasikan kehadiran mereka di dalam majlis di gereja tersebut, sehingga ramai orang yang mengambilnya sebagai fakta benar, melatah dan segera menuding jari kepada pusat zakat dan Ngo Islam yang kononya mengabaikan orang2 ini, sebab itulah orang2 ini berpaling kepada agama lain.

Harap pihak Jais tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mengelurrkan kenyataannya yang teperinci. Dan harap pihak MB dengan itu akan dapat mengadap Sultan seperti yang dijanjikannya dari awal2 lagi.

Semakin lama isu ini dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian, maka semakin lama rakyat akan mengalami kekeliruan, dan semakin banyak komen, terutamanya komen2 yang negatif dan mengandungi tuduhan atau tohmahan liar, akan menjalar di dalam masyarakat kita yang mengancam keharmoniaan dan kesetabilan kita sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....