DENGARLAH SEMUA PIHAK DULU

Saya selalu suka mengambil jalan tengah dalam sebarang pertikaian dan perslisihan faham. Dalam kerisis antara tindakan JAIS memasuki greja di Damansara Utama dua hari yang lalu, saya nampak terdapat sedikit gambaran yang berat sebelah dalam memberikan cerita dan ulasan tentang tindakan JAIS tersbut, iaitu selain dari pihak Gereja sendiri yang mengutuk tindakan JAIS trsebut, maka MB Selangor dan YB Khalid Samad MP Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor juga nampaknya telah turut bersama mengutuk JAIS sebelum mendengar dan menerima laporan JAIS sendiri.

YB Datuk Hassan Ali, Exco agama DUN Selangor, yang cuba mempertahankan tindakan JAIS itu dan berjanji akan memberikan laporan lengkap tentang tindakan JAIS itu pun di keritik oleh banyak pihak, termasuk oleh Khalid Samad sendiri.

Orang luar yang tidak kena mengena dengan urusan ini pun nampaknya melatah dan mengkeritik Jais, malah secara tidak langsungnya mengkritik tindakan orang Islam dan pertubuhan Islam juga, sebagai tindakan melampau dan tidak wajar. Lebeh2 mendukacitakan, orang politik juga amat keritikal terhadap isu ini dan mempolitikkannya, seperti yang dapat kita saksikan di dalam portal - akhbar internet - yang sememangnya pro pembangkang dan anti Kerajaan, khususnya UMNO.

Isunya di sini saya rasa, ialah isu sentimen dan taksub keagamaan yang kelihatan semakin menebal di negara kita, terutamanya selepas pilihan raya tahun 2008 yang menyaksikan perubahan besar dalam rebutan kerusi DUN dan Parlimen. Kalau sebelum pilihan raya tersebut, semua kaum dan pengikut agama di negara kita tidak terlalu lantang menimbulkan sentimen agama dan kaum, atau kalau ditimbulkan sentimen itu pun, maka ianya ditimbulkan secara beradab dan kadang2 secara tertutup, tetapi selepas pilihan raya tersebut maka mulailah kalangan dan masyarakat yang tertentu menjadi lantang dan secara terbuka menimbulkan isu agama dan kaum tanpa menghiraukan sensiviti kaum dan pengikut agama lagi
.

Sungguh pun sentimen politik perkauman yang kelihatan amat terang dan nyata timbul dengan mendadak di atas permukaan masyarakat kita pada hari ini, tetapi konflik prkauman itu kadang2 hanya menjadi platfom untuk timbulnya konflik antara agama bagi mengambil tempatnya di tengah2 pentas konflik di dalam masyarakat kita ini.

Keterlibatan beberapa orang penganut agama Kristian di negara kita, khsusnya Sarawak dan Sabah, dalam bidang politik dan beberapa perjumpaan sulit yang pernah didedahkan oleh media, sungguh pun perjumpaan itu dinafikan perkaitannya dengan gerakan agama, malah perjumpaan yang dikatakan diadakan di Pulau Pinang antara pertubuhan Kristian dengan ahli politik, yang sekali lagi dinafikan, tetapi semuanya itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati sanubari orang Islam yang menganggap bahawa terdapat usaha untuk mngembangkan pengaruh agama bukan Islam di negara ini secara yang tidak sihat, iaitu melalui wadah politik dengan cara yang amat bijak sekali.

Kerana itulah apa bila berlaku tindakan Jais memasuki gereja pada hari Jumaat yang lalu itu, maka pihak bukan Islam amat melenting dan menunjukkan kemarahan mereka yang begitu rupa sehingga menarik perhatian umum seolah2 Jais tidak berhak langsung untuk memeriksa dan menyiasat orang2 Islam sendiri dalam beberapa hal yang dianggap bercanggah dengan Perlembagaan dan undang2 Islam sendiri.

Oleh itulah juga saya merasaka
n bahawa tindakan banyak pihak yang melompat kepada kesimpulan dengan mengatakan bahawa Jais telah bertindak secara tidak sah, adalah merupakan tindakan yang tidak berhati2, iaitu tanpa mnunggu siasatan sepenuhnya tentang tindakan Jais itu, dan apakah hasilnya, serta apakah penemuannya dalam tindakan itu yang menjustifikasikan Jais memasuki gereja tersebut.

Saya amat berharap bahawa Jais akan dapat mengeluarkan laporannya seberapa segera mungkin, dan membawa bukti yang nyata, kenapakah Jais bertindak demikian, supaya semua orang berpuas hati dan mungkin juga dapat mendedahkan apakah gerakan yang berlaku di sebalik jamuan dalam gereja yang turut dihadiri oleh orang Islam itu, sekiranya ada.

Pada hari ini, Sabtu 6 Ogos 2011, akhbar utama negara kita nampaknya mulai menyiarkan berita yang secara tidak langsung menyingkap satu rahsia bagaimana orang Islam sendiri telah terperangkap dengan jerat yang dipasang untuk menyelewengkan akidah mereka itu, iaitu dengan sogokan wang dan tindakan lain lagi atas nama kebajikan dan bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Jadi dalam situasi ini, bagi saya terdapat dua jenis orang yang dinamakan orang Islam di negara kita ini. Satu, orang Islam yang lemah imannya kerana terdesak dalam kehidupan mereka, sama ada tak cukup makan atau tak cukup akal, kurang kesedaran beragama dan sebagainya, maka mereka inilah yang mudah dijebak kedalam prangkap kesesatan dengan umpan wang, keseronokan, dan kesenangan lain lagi, yang kadang2 tidak di dapati dari orang Islam sendiri.

Kedua ialah orang Islam yang terlalu baik dan lurus pemikirannya, sehingga mereka tidak lagi berwaspada dalam meneliti apakah yang orang lain sedang lakukan kepada mereka dan agama serta kaum mereka. Mereka ini hanya berfikir pada peringkat pertama, membaca apa yang tersurat sahaja, tidak dapat berfikir lebeh jauh dari itu, terutamanya yang tersirat disebalik kehalusan dan kemanisan ayat2 yang di surat atau diungkapkan di depannya. Golongan inilah yang sering melenting dan bertindak menikam belakang orang lain tanpa usul periksa dan tidak mahu lagi mendengar latar belakang kes yang dibicarakan.

Dalam kes gereja di Damansara Utama yang dibicarakan di atas saya melihat kedua2 golongan orang Islam itu terlibat, cuma perlulah dibuktikan oleh pihak Jais, Namun begitu saya tidaklah pula mahu mengajar orang Islam supaya bersikap negatif dan buruk sangka terhadap sesiapa pun, cuma yang saya harap ialah supaya semua kita berwaspada ! Fikir2 dulu sebelum berbicara atau bertindak, berhati2 sebelum mengkeritik sesama sendiri dengan sembrono, tanpa usul periksa yang adil.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....