AGENDA TERATUR MENENTANG ISLAM DAN MELAYU
Tulisan ini tidak merupakan bahan perkauman atau sentimen melulu kaum atau agama. Perhatian hanya perlu dibawa kepada kempen2 negatif dan menentang Melayu, yang berselindung di sebalik parti politik tertua dan berpengaruh, iaitu UMNO, yang sejak penubuhannya telah berjaya mengumpul orang Melayu dan melancarkan perjuangan Kemerdekaan, serta menerajui Kerajaan sekian lama.
Saya melihat di dalam blog2, portal anti Kerajaan, yang di dokong oleh pembangkang, kebanyakan tulisan dan komen pembaca lebeh banyak melemparkan tuduhan negatif kepada UMNO, apabila menceritakan kepincangan dan kelemahan Kerajaan, tidak banyak sangat ditujukan kepada Barisan Nasional, pada hal BN yang memegang tampuk Kerajaan, bukan UMNO bersendirian.
Parti pembangkang Melayu-Islam pun sering mensasarkan UMNO dalam kempen2 mereka, termasuk kempen untuk menyedarkan Melayu bandar dalam kes kenaikan harga barang, yang menyifatkan UMNO sebagai lambang Barang Naik (BN) bukan Barisan Nasional.
Apabila UMNO menjadi sasaran, maka dengan sendirinya Islam dan Melayu juga dikaitkan dengan UMNO, seolah2 kempen anti UMNO sekali gus membawa kepada kempen anti Islam dan bangsa Melayu.
Apabila Menteri di JPM bahagian urusan agama Islam melahirkan bantahan tentang cadangan perkahwinan sejenis yang dicadangkan oleh seorang Pastor yang berasal dari Malaysia untuk diadakan di Malaysia, seorang kolumanis portal pembangkang mempersoalkan kenapakah apabila Jais memeriksa gereja di PJ tidak di persoalkan sedangkan perkahwinan pastor itu dibantah? Artinya kefahaman tentang kedudukan agama Islam di Malaysia yang terkandaung di dalam anekmen agama Islam di negeri2 tidak mahu diperakukan dengan membuat perbandingan tersebut.
UMNO atau PAS yang memerintah mungkin tidak sangat menjadi persoalan sekiranya kedua2 parti itu benar2 dapat mempertahankan hak Melayu dan Islam, disamping memberikan keadilan kepada penganut agama lain dan etnik lain dalam sistem pemerintahan yang seimbang di dalam negara ini berdasarkan perlembagaan.
Tetapi dalam hal ini mungkin kempen2 anti UMNO yang hebat dilancarkan sekarang ini mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan kedudukan Melayu dan Islam, dan hal ini dilakukan secara bersungguh2 oleh pihak2 tertentu ialah kerana UMNO masih mewakili majoriti Melayu dan masih mendapat kerjasama dari komponen BN dengan baik, serta dapat melaksanakan sistem demokrasi berparlimen yang adil kepada semua.
Pihak2 ini dapat menyaksikan bahawa PAS masih belum dapat menggembelingkan majoriti Melayu dalam partinya, dan dalam keadaan2 yang tertentu telah terpaksa tunduk kepada tekanan parti lain dalam PR seprti yang dapat disaksikan dalam cadangn PAS di negeri2 yang tertentu apabila mahu melaksanakan dasar kawalan terhadap program hiburan dalam bulan puasa ini umpamanya sebagai contoh. Oleh itu PAS masih merupakan parti yang dikawal oleh PKR dan DAP. Hal inilah yang mungkin dijadikan agenda oleh kempen anti UMNO supaya UMNO juga menjadi parti minoriti Melayu, atau tidak mendapat sokongan majoriti Melayu, supaya UMNO juga pada ssatu ketika nanti akan menjadi bonika saja kepada parti2 komponan BN, maka dengan itu Melayu dan Islam akan kehilangan taringnya.
Mungkin saya silap, tetapi sepanjang pemerhatian saya akhir2 ini, nampaknya Melayu dan bukan Melayu dalam arena kerisis politik negara kita, nampaknya sering menyerang UMNO, tidak sangat BN atau Melayu itu sendiri.
Saya fikir, dalam keadaan ini, kita tidak semestinya hanya membaca apa2 yang tersurat sahaja, tetapi bacalah juga apa2 yang tersirat, jangan kita turut membenci UMNO kerana salah lakunya, tetapi fikirkan juga apakah akibatnya terhadap orang Melayu dan perjuangan Islam sekiranya UMNO dapat dilemahkan, atau mungkin dimusnahkan kekuatannya, kecuali sekiranya PAS benar2 kuat untuk menjadi parti alternatif kepada UMNO yang pada masa kini nampaknya masih belum mengambil posisi itu dalam PR, seperti yang ditunjukkan UMNO selama ini dalam BN.
Hujjah saya di atas hanya merupakan idea seorang pemerhati politik, khususnya dari sudut perjuangan agama dan bangsa, yang tidak bererti membawa dasar perkauman dan sentimen melulu agama, kerana ajaran Islam dan amalan orang Melayu selama ini di negara kita ternyata banyak memberikan hak dan keadilan kepada semua agama dan kaum, tambahan pula Perlembagaan kita juga melindungi hal ini dengn jelas.

Comments
Post a Comment