LARANGAN MEMBACA QURAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH
Isu membaca al-Quran menggunakan pembesar suara yang dilakukan di masjid2 dan surau2 di negara kita sebelum solat subuh pernah saya tulis dalam kolum saya dalam tahun 2000 - 2002 dulu. Malah saya tidak hanya menyentuh hal ini sebelum subuh sahaja, tetapi sebelum setiap kali hendak di dirikan sembahyang waktu, sama ada zuhur, asar, maghrib atau isya'.
Pada pandangan saya suara bacaan yang terlalu tinggi, termasuk juga dengan menggunakan pita, CD dan sebagainya, dengan volume yang tinggi boleh mengganggu orang ramai di sekeliling masjid atau surau itu, termasuk orang sakit, kanak2 dan sebagainya.
Saya juga tekankan bahawa bacaan al-Quran adalah untuk di dengar dan di nekmati maknanya, sebab itulah dalam al-Quran ditegaskan bahawa apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarkanlah, dan diamlah, jangan berkata2 supaya segala yang dibaca itu dapat diikuti dengan penuh kyusuk.
Bagaimana pun, ketika saya menulis isu ini, saya tidaklah memikirkan supaya hal ini perlu dibawa ke dalam majlis fatwa untuk dikeluarkan satu ketetapan atau hukum sebagai arahan dari pejabat Mufti, kerana hal ini tidaklah seharusnya menjadi isu fatwa, sebab fatwa merupakan satu hukum yang serius bagi satu isu yang besar dan muktamad.
Saya hanya membicarakan tentang perkara ini yang telah menjadi satu rutin biasa yang tidak mengambil kira tentang hikmah bacaan Al=Quran, terutamanya dengan menggunakan pembesar suara dengan volumenya yang amat tinggi dan memakan masa yang lama sebelum Azan di laungkan.
Ertinya pihak masjid dan surau yang ingin menyiarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu sembahyang haruslah mengambil kira tentang jangka masa bacaan itu dilaungkan supaya tidak terlalu lama, dan tahap kekuatan suaranya janganlah terlalu tinggi. Maknanya pihak surau atau masjid hendaklah menggunakan budi bicara dan pertimbangan sendiri supaya hal ini tidak mengganggu orang di sekeliling.
Itulah diantara pokok persoalan yang saya timbulkan pada masa itu, terutamanya saya telah mendengar bahawa pihak berkuasa agama Selangor waktu itu, mungkin melalui Istana Sultan, telah mengeluarkan arahan yang sama, iaitu melarang sebarang bacaan, sama ada al-Quran atau "tarhim" di suarakan melalui pembesar suara ke luar masjid sebelum waktu subuh.
Tetapi apabila arahan ini telah dikeluarkan melalui pejabat Mufti Pulau Pinang, maka hal ini mungkin mengelirukan umat Islam, apakah hal ini merupakan satu isu agama yang memerlukan fatwa dari Mufti, atau satu larangan biasa yang tidak bersandarkan fatwa?
Kekeliruan ini timbul kerana negeri yang melarang perkara ini iaitu Pulau Pinang berada dalam suasana politik yang kelihatannya sedang hangat dengan ketegangan politk peerkauman dan agama, malah seluruh negara pada masa kini sedang berada dalam satu macam ketegangan berbangkit dari penonjolan isu agama dan kaum yang semakin hebat dan amat heboh, tidak seperti suasana sebelum ini, iaitu ketika isu perkauman dan agama sering dibicarakan secara tertutup, tenang dan tidak terang-terangan, kerana masing2 pengikut agama dan kaum mencuba mengelakkan hal ini, dan masih menjaga tatasusila ketika membangkitkan isu kaum atau agama.
Saya rasa dalam suasana dan persekitaran inilah timbul beberapa rungutan dan peroalan di Pulau Pinang tentang kenapakah sehingga pejabat Mufti yang seharusnya mengeluarkan arahan ini? Dan seperti biasa maka isu ini akan dihubungkan dengan isu politik, lalu timbullah juga persoalan apakah hal ini amat sensitif di Pulau Pinang sehinggakan amalan agama Islam sering di lihat sebagai satu isu yang harus diubah amalannya akhir2 ini, termasuk isu pemilihan para pengendali masjid baru2 ini yang hendak diadakan secara pilihan raya.
Saya rasa hal ini tidak menjadi isu, sekiranya arahan yang dikeluarkan tidak menyentuh soal haram atau halal. Apabila dikatakan bahawa bacaan Al-Quran itu haram, maka timbullah persoalan apakah membaca Al-Quran sebelum subuh itu haram dengan menggunakan pembesar suara, dan kalau sebabnya diharamkan itu ialah kerana hal ini menganggu orang di sekeliling, maka apakah tidak ada lagi peerbuatan lain yang diamalkan oleh penganut berbagai agama yang mengganggu jiran tetangga selain daripada hanya mengeluarkan hukum ini khusus terhadap bacaan Al-Quran saja?
Saya rasa pihak berkuasa agama Islam sepatutnya hanya mengeluarkan arahan dan nasihat supaya pihak surau atau masjid yang mahu menyiarkan bacaan Al-Quran sebelum subuh, hendaklah mengurangkan volum suaranya, jangan terlalu tinggi, dan janganlah melakukannya terlalu lama sebelum azan, mungkin hanya beberapa minit sahaja bertujuan supaya orang Islam dapat menerima isyarat bahawa waktu subuh telah hampir menjelang.
Tetapi apa bila dikeluarkan hukum haram tentang perkara ini, maka orang akan bertanya haram bagaimana? Bida'ah? dan sebagainya. Tambahan pula kalu larangan ini ditafsirkan sebagai fatwa, maka Majlis Fatwa Kebangsaan haruslah pula mengambil keputusan di peringkat persekutuan, supaya larangan atau hukum ini, tidak merupakan satu lagi fatwa kerajaan negeri yang tidak selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, atau fatwa yng bercanggah dengan fatwa Majlis tersebut seperti yang berlaku sebelum ini dalam fatwa ESQ, tarian poco-poco dan sebagainya.
Kita telah banyak mengalami kagawatan fatwa agama selama ini, maka pihak berkuasa agama, terutamanya pejabat mufti negeri seharusnya tidaklah menambah lagi kegawatan ini seterusnya.

Comments
Post a Comment