HARI INI 31 OGOS 2013
MERDEKA Kelmarin : 31 Ogos 1957 : Tunku mengisytiharkan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos, Allah Yarham Hashim Amir Hamzah merupakan salah seorang juruhebah Radio Malaya yang mengucapkan kata-kata semangat sebagai mewakili rakyat Malaya yang pertama kalinya muncul sebagai rakyat dalam Malaya Merdeka, dan pertama kali juga Radio memainkan lagu kebangsaan Negaraku selepas pukul 12 tengah malam hari Merdeka itu. Tiga kaum bersahabat mesra. Sekurang-kurangnya 11 kali PRU mendapat restu majoriti umum bagi Parti yang dianggap sebagai parti politik sederhana, tidak ekstrem agama atau kaum. Hari ini : 31 Ogos 2013 : 56 tahun berlalu negara mencapai kemerdekaan. Negara punya menara berkembar, Putrajaya, KLIA, dan lebuh raya yang panjang. Kemalangan bas terjun gaung mengorbankan puluhan orang. 13 kali PRU, tahun 2013, nombor 13 nombor sial pada orang Barat. Namun apakah kita juga menganggap no 13 sebagai nombor hitam?? Bendera Malaysia di koyakkan dengan pisau ata...