HARI KE-23 PUASA: KISAH KEMATIAN DI BULAN RAMADHAN
23 RAMADHAN 1434
Kisah kematian dalam bulan Ramadhan tahun ini sekurang-kurangnya di tiga buah negara Arab tidak lagi merupakan sesuatu yang mengejutkan. Berita tentang kematian itu menjadi peristiwa biasa di dalam media seluruh dunia, seolah-olah kematian itu tidak menyedihkan lagi, tidak perlu lagi ditangisi dan dielakkan.
Demikianlah ceritanya tentang kematian orang Islam di tiga buah negara Arab, Mesir, Syria dan Iraq. Sebelum lagi menjelang bulan Ramadhan ini, isyarat di Mesir telah pun menunjukkan bahawa tidak kira dalam bulan puasa atau tidak, nampaknya negara itu akan dilanda geruh, orang akan berperangan sehingga mayat akan bergelimpangan di atas tanah.
Di Syria telah lebih setahun orang bertembakan dengan senjata ringan dan berat. sama seperti orang berperang melawan musuh ketat kerana agama, atau berjuang ke titisan darah terakhir kerana menebus maruah dan nama. Kini Ramadhan menjelang, peperangan itu tidak juga berhenti, malah semakin marak dan besar, memakan korban yang banyak.
Di Iraq pula selepas peninggalan askar asing, terutamanya dari Amerika Syarikat, orang Iraq berpecah tiga, Sunni, Syiah dan Kurdisy. Berperang lagi tanpa henti, walau pun dalam bulan Ramadhan.
Nampaknya orang Islam sekarang ini tidak tahu lagi membezakan diantara yang baik dan yang buruk. Mereka terlalu menjadi manusia egoian, nafsu nafsi, puak aku dan puak engkau, golongan kami dan golongan kamu, parti kamu dan parti orang lain, akhirnya sehingga membawa kepada pengakuan bahawa "kami sahaja yang betul, dan orang lain semuanya tidak betul..kami saja yang Islam, orang lain tak mau Islam......." maka sesama Islam berbunuhan, menumpahkan darah, mencederakan orang dewasa dan muda, kanak-kanak dan wanita, menjadi mayat atau menderita kesakitan di hospital.
Inilah kelemahan Kerajaan Islam dan rakyatnya, dan hal ini amat menjatuhkan nama baik agama dan umat ini sendiri, malah kalau kejatuhan maruah ini pun tidak menjadi masalah kepada umat Islam, maka kemurkaan Allah kerana dosa sesama sendiri, pencerobohan sesama umat, menghalalkan cara, iaitu berbunuhan kerana kononnya menegakkan perjuangan masing-masing yang bertentangan dengan ajaran Allah, tentulah hal ini tidak dapat di jawab di hadapan Allah lagi.
Faktor apakah yang menghalalkan pembunuhan sesama sendiri? Apakah peperangan dilakukan kerana mempertahankan diri dari musuh yang menceroboh? atau membunuh sesama sendiri semata-mata kerana memperjuangkan matlamat politik dan perjuangan kepartian?
Saya tidak mahu mempertahankan sesiapa, atau menyalahkan sesiapa, kerana urusan dalaman negara tidaklah seharusnya dicampuri oleh orang luar, hanya ingin mempersoalkan kenapakah hal ini boleh berlaku, sedangkan jalan perdamaian dapat diambil, terutamanya oleh jentera pemerintahan negara dan para pemimpin rakyat dari kepelbagaian kumpulan dan aliran? Apakah tidak ada jalan perdamaian dan dialog yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk menyelesaikan kerisis dan pergolakan secara aman? Apakah penyelesaian masalah akan dapat dicapai dengan keganasan dan kekerasan. dengan pembunuhan dan pertumpahan darah yang banyak?
Kita di negara ini mempunyai pengalaman yang serupa sungguh pun dalam ukuran yang kecil, iaitu ketika berlaku pergaduhan kaum dalam bulan Mei 1969, yang terkenal dengan peristiwa 13 Mei, yang sekiranya tidak diuruskan dengan bijak maka mungkin peristiwa yang bermula secara kecil-kecilan itu mampu merebak menjadi mala petaka yang besar ke seluruh negara. Tetapi pemerintah kita amat cepat mengambil tindakan yang dapat mengembalikan semula keamanan dalam masa yang agak segera.
Kita juga mengalami beberapa pemberontakan dan pencerobohan yang nampaknya agak kecil, terutamanya yang berlaku di Lahad Datu, tidak lama dulu. Tetapi Kerajaan telah dapat menangani konflik itu dengan baik, dan menyelesaikan hal itu dengan segera, tanpa memakan korban nyawa yang banyak.
Bagi saya, konflik dan pertentangan, selalunya dapat diatasi dan diuruskan dengan baik, dalam bentuk yang dapat menjamin keselamatan negara dan rakyatnya, sekiranya hal itu dapat dikendalikan dengan bijaksana dan berhikmah oleh sebuah pemerintah yang bijaksana pula.
Oleh itu apakah konflik sesirius yang berlaku di Mesir itu tidak punya jalan penyelesaian aman lagi pada masa ini? Mungkin tambah memalukan, bahawa wanita yang mewakili Kesatuan Eropah (EU), Ashton,yang terpaksa diterima oleh pihak pemerintah Mesir bagi mencari jalan perdamaian bagi negara Islam yang agak terkehadapan dibandingkan dengan negara-negara Arab di rantau Asia Barat itu, iaitu apabila wanita itu yang diberikan peluang untuk melawat bekas Presiden yang digulingkan, Morsi, dan pihak tentera serta para pamimpin baru Mesir itu? Apakah selalunya pemerintahan Islam harus mendapatkan penyelesaian bagi kerisis negaranya dari orang luar, terutamanya dari Barat, Amerika dan Eropah?
Kemanakah perginya para pemimpin besar dunia Arab dan Islam dalam kancah peperangan ini yang seharusnya dapat memainkan peranan bagi menyelesaikan kerisis umat Islam dan Arab ini? Kemanakah perginya OIC dalam senario konflik dan peristiwa berdarah yang amat menjatuhkan maruah umat Islam ini?
Hari ini telah 23 hari umat Islam berpuasa, dan hanya beberapa hari sahaja lagi yang tinggal dalam bulan Ramadhan yang berkat ini untuk umat Islam berpuasa, tetapi nampaknya semakin lama kita memasuki Ramadhan dan beribadat kepada Allah, semakin besar kerisis yang berlaku diantara umat Islam, dan tentunya semakin banyak mayat yang akan bergelimpangan di bumi para anbiya' dan para Rasul itu.
Kita hanya dapat berdoa agar bencana yang malang itu akan segera diselesaikan dengan pertolongan Allah, dan berdoa agar umat Islam di negara lain, termasuk di negara kita sendiri, akan dapat mengambil iktibar dan pelajaran dari keterlanjuran dan kesilapan umat Islam lain ketika menghadapi kerisis dan pertelegahan sesama sendiri, agar kita juga tidak terjatuh ke dalam lembah kehinaan itu.

Comments
Post a Comment