HARI INI 31 OGOS 2013

MERDEKA

Kelmarin:

31 Ogos 1957 : Tunku mengisytiharkan kemerdekaan.
Pada malam 31 Ogos, Allah Yarham Hashim Amir Hamzah merupakan salah seorang juruhebah Radio Malaya yang mengucapkan kata-kata semangat sebagai mewakili rakyat Malaya yang pertama kalinya muncul sebagai rakyat dalam Malaya Merdeka, dan pertama kali juga Radio memainkan lagu kebangsaan Negaraku selepas pukul 12 tengah malam hari Merdeka itu.

Tiga kaum bersahabat mesra. Sekurang-kurangnya 11 kali PRU mendapat restu majoriti umum bagi Parti yang dianggap sebagai parti politik sederhana, tidak ekstrem agama atau kaum. 

Hari ini:

31 Ogos 2013 : 56 tahun berlalu negara mencapai kemerdekaan. Negara punya menara berkembar, Putrajaya, KLIA, dan lebuh raya yang panjang. Kemalangan bas terjun gaung mengorbankan puluhan orang.

13 kali PRU, tahun 2013, nombor 13 nombor sial pada orang Barat. Namun apakah kita juga menganggap no 13 sebagai nombor hitam??

Bendera Malaysia di koyakkan dengan pisau atau gunting, surau digunakan untuk ibadat agama lain, Aidilfitri dihidangkan dengan gambar makanan haram.

Makin ramai yang tinggal bahasa Melayu dan masih menuntut kedaulatan bahasa lain, bumi putera terkial-kial hendak mencapai 30% habuan ekonomi, sedangkan orang lain mengatasi koutanya, tanpa sesiapa pun bertanya.

 Esok

31 Ogos 2014 - 20??  Apakah esok masih ada? Atau esok "tahun" untung kerana angka 13 tidak ada lagi? Tetapi bagaimana dengan angka "mati" pada angka (4) tahun 2014 itu?  atau Melayu, bumi putera akan kembali menghuni hutan belantara?

Namun Al-Quran telah menjelaskan 2 perkara yang tidak mungkin dapat diramalkan oleh sesiapa pun : Apakah yang akan dilakukannya esok, dan di bumi mana dia akan meninggal dunia yang fana ini.

Berdoa dan berusahalah semoga esok masih ada, sang suria akan terus muncul di ufuk langit, dan bumi masih berpusing......

Semuanya masih berada diantara huruf "kaf" dan "nun" yang tersebut pada akhir surah Yasin. "Kun fa Yakun".....Minta-minta menjadilah yang baik-baik...

Insya' Allah, esok masih ada...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA. SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT. AMIN! AMIN!







Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....