PUASA HARI KE-25: SYUKUR DAN TERIMA KASIH
25 RAMADHAN 1434
Hari kelmarin (istilah orang utara dan pantai Timur) ialah hari Jumaat terakhir bagi bulan Ramadhan tahun ini. Kebanyakan khutbah melahirkan rasa syukur kerana diberikan Allah umur yang panjang sehingga masih dapat menunaikan solat Jumaat di dalam bulan Ramadhan yang berkat ini, dan pada paginya dapat pula menunaikan sembahyang subuh dengan melakukan sujud (sajdah) yang sering ditunggu-tunggu oleh umat Islam pada setiap minggu.
Alhamdulillah dan kita mengucap syukur kepada Allah SWT kerana kurniaan-Nya yang amat besar maknanya ini. Tetapi kurniaan Allah umur yang panjang kepada kita sehingga sempat pula menyambut bulan puasa tahun ini juga telah kita hamburkan ucapan syukur yang banyak ketika mula-mula kita menyambut bulan mulia ini. kerana dengan bersuanya Ramadhan tahun ini, bererti umur kita telah bertambah satu tahun lagi semenjak kita berpuasa pada tahun yang lalu.
Malah setiap kali berbuka puasa kita juga bersyukur lagi kepada Allah kerana rezeki yang diberikan-Nya dan selera yang masih terbuka untuk makan dan minum, tidak seperti orang sakit yang sudah tidak punya selera dan tidak punya daya lagi untuk menegok setitis air atau menelan sesuap makanan.

Pendeknya dalam bulan Ramadhan ini amat banyak sekali pernyataan syukur kita kepada Allah SWT saban hari, pagi dan petang, subuh dan dinihari, malam dan siang, dan sememangnya pun amat layak ucapan syukur dan terimakasih serta penghargaan yang tinggi itu kita curahkan kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, dan kesyukuran ini kita lahirkan kerana setiap hari kita masuk tidur, sebenarnya tidak kita mengetahui adakah kita akan bangun lagi selepas tidur itu esoknya.
Sebagaimana syukur dan puji kita persembahkan kepada Allah SWT, maka syukur dan puji, haruslah kita berikan kepada sesama manusia juga. Ucapan terima kasih boleh diberikan kepada sesiapa saja, yang kita kenali atau tidak, yang mempunyai kaitan kekeluargaan atau orang lain, yang tinggi pangkatnya atau orang biasa sahaja, yang memberi khidmat kepada kita kerana sememang tugasnya, atau yang sukarela membantu dan menolong kita dalam sebarang keadaan dan kepelbagaian cara.
Oleh itu ucapan terima kasih dan penghargaan tentulah menjadi rutin harian setiap orang insan. Dia memandu kereta di jalan yang sesak, dan apabila dia hendak memasuki lorong kanan, maka orang lain memberikan laluan kepadanya, ia berterima kasih dan menghargai hati budi orang itu, dengan mengangkat tangannya sambil membuka mulut mengucapkan terima kasih.
Seorang pesakit yang sedang dirawat di hospital juga tidak terkecuali. Ketika doktor selesai memeriksanya dan mendapatkan ubat untuk dimakannya, maka pesakit itu hendaklah mengucapkan terimakasih kepada doktor, atau juru rawat, atau sesiapa saja yang bertugas di hospital tempat dia menerima rawatan itu.
Berterimakasih dan bertukar-tukar penghargaan ini sering menjadi etika berbagai-bagai pihak secara bersama, seperti ketika membayar harga barang kepada juru wang di kedai, pusat membeli belah, restoran, kedai buku, surat kabar dan sebagainya, iaitu ketika kedua belah pihk menerima dan memberi wang dan barangan.
Sistem lebuh raya kita yang mempunyai sistem membayar tol di kaunter penghujung lebuh raya itu juga mempunyai pemungut bayaran, dan pemandu sebagai pembayarnya. Kedua belah pihak sepatutnya mengucapkan terimakasih kepada pihak yang satu lagi. Seorang kerana menerima bayaran, dan seorang lagi kerana di buka laluan untuk dia meneruskan peerjalanan setelah selesai dia membayar.
Hal ini menjadi lebih relevan lagi apabila dia berada di kalangan keluarganya yang jauh atau yang dekat. Di rumahnya dia berada bersama isteri, atau suami, dan anak, cucunya. Masing-masing tentu lah memerlukan diantara satu dengan yang lain. Emak dan ayah mempunyai peranan yang dijalankan oleh kedua-duanya bagi membantu perjalanan dan pembangunan sistem kekeluargaan mereka, maka peranan kedua-duanya amatlah penting.
Demikian juga peranan anak-anak dan ibu bapa, adik beradik dan ibu atau bapa saudara yang tinggal bersama dalam sebuah rumah, maka pengiktirafan dan penghargaan di antara semua anggota keluarga ini amatlah penting, iaitu haruslah dihargai dan diakui oleh suami dan isteri terhadap pasangan masing-masing, demikian juga di antara adik beradik, sepupu dan bapak atau ibu saudara, sesama mereka.
Inilah pengertian dan penghayatan yang menjadi ruh bersyukur kepada Allah SWT yang setiap saat kita lahirkan kepada Pencipta kita. Dan inilah juga penjelmaan semangat dan ruh itu yang seharusnya kita keluarkan kepada manusia sesama kita, kerana perasaan bagaimana "dekatnya" kita kepada Tuhan kita, juga akan terasa dengan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan semua anggota masyarakat di sekeliling kita, malah sesiapa saja yang kita temui di dalam perjalanan hidup kita di dunia ini.
Falsafah dan matlamat ibadat kita seperti ibadat puasa yang penuh rahsia dan nilainya yang sedang kita lakukan di dalam Ramadhan ini, sebenarnya mengajar kita menjadi orang berakhlak dan beretika, bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tanpa putus-putus, dan dalam masa yang sama kita seharusnya mengakui bahawa tanpa individu lain di sekeliling kita, yang dekat dan yang jauh, mungkin kehidupan kita ini akan diselubungi kesunyian, atau tidak membahagiakan sama sekali, tanpa mereka. Oleh itu kita haruslah menghargai kewujudan mereka.
Ucaplah syukur dan terimakasih sesama manusia seperti mana kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Firman Allah SWT "Sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barangsiapa yang ingkar, sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia" Surah Al-Namlu, ayat 40.
Implikasi dari bersyukur dan berterimakasih ialah bertambahnya perasaan setia, mesra, amanah, jujur, kasih dan cinta yang berterusan, iaitu sifat-sifat terpuji yang dituntut oleh Allah untuk kita menghiasi diri kita setiap masa dan setiap ketika.
Selamat berpuasa hari yang ke-25.......

Comments
Post a Comment