PUASA HARI KE-29: PENUTUP SATU EPISOD
29 RAMADHAN 1434
*Tolong pandu kenderaan dengan cermat dan beperaturan. Kalau memandu di atas lebuh raya, sentiasalah mengikuti lorong kiri. Bila memotong kenderaan di hadapan, potonglah di sebelah kanan, kemudian masuk semula ke lorong kiri.
*Pada tahun lepas, saya menulis entri untuk blog saya dalam bulan Ramadhan ini setiap hari. Sebelum menjelangnya Ramadhan tahun ini, saya juga telah berazam untuk melakukan hal yang sama, dan alhamdulillah saya dapat melaksanakannya sehingga ke hari ini.
Insya'Allah hari ini, Rabu 7 Ogos 2013, kita berpuasa hari ke-29 dan biasanya menurut kaedah negara kita dalam menentukan 1 Syawal, maka esok 8 Ogos, kita menyambut Hari Raya 'Aidul-Fitri tahun ini, 1434.
MANANTI EPISOD BARU:
*Menjelangnya Raya esok maka tamatlah sudah satu episod hidup kita dalam menunaikan ibadat puasa Ramadhan tahun ini, dan kita menunggulah kemunculan Ramadhan tahun hadapan insya'Allah. Pandanglah ke hadapan dengan penuh harapan dan doa semoga kita akan dapat menyambut kedatangan Ramadhan 1435.
KAEDAH MEMANDU DI ATAS LEBUH RAYA:
*Sebelum lagi ketibaan Hari Raya, jalan raya dan lebuh raya, negara kita telah menyaksikan kemalangan maut yang bertambah-tambah dari hari ke hari. Kenderaan remuk, putus dua, tiga, pemandu dan penumpang kereta, kenderaan ringan atau berat, juga motosikal, meninggal serta merta dalam keadaan ngeri, atau mati dalam perjalanan ke hospital, penuh tragedi. Sebahagian besar kemalangan adalah kerana kesalahan manusia sendiri, memandu laju dan mengikut nafsu, tanpa hati-hati.
*Sebelum lagi ketibaan Hari Raya, jalan raya dan lebuh raya, negara kita telah menyaksikan kemalangan maut yang bertambah-tambah dari hari ke hari. Kenderaan remuk, putus dua, tiga, pemandu dan penumpang kereta, kenderaan ringan atau berat, juga motosikal, meninggal serta merta dalam keadaan ngeri, atau mati dalam perjalanan ke hospital, penuh tragedi. Sebahagian besar kemalangan adalah kerana kesalahan manusia sendiri, memandu laju dan mengikut nafsu, tanpa hati-hati.
*Tolong pandu kenderaan dengan cermat dan beperaturan. Kalau memandu di atas lebuh raya, sentiasalah mengikuti lorong kiri. Bila memotong kenderaan di hadapan, potonglah di sebelah kanan, kemudian masuk semula ke lorong kiri.
*Memandu di atas lebuh raya tiga lorong, pandulah di sebelah kiri sekali, bukan di lorong tengah atau lorong paling kanan. Potong kenderaan lain sebelah kanan, kemudian balik semula ke lorong paling kiri, jangan memandu di lorong tengah, sedangkan lorong kiri sekali terbiar kosong.
*Tujuan lebuh raya dibina tiga lorong ialah supaya lebih banyak kenderaan bergerak dengan lancar di atas jalan. Kalau yang bergerak agak perlahan berada di lorong sebelah kiri sekali, maka orang boleh memotong di sebelah kanan, di lorong tengah, kemudian dia akan masuk ke lorong sebelah kiri pula. Kalau semua kenderaan mengikut peraturan ini, lorong kanan akan menjadi agak kosong, kenderaan laju akan dapat menggunakannya bagi memotong kenderaan lain.

ENTRI BLOG:
*Pengalaman sendiri membuatkan saya merasakan bahawa kita sentiasa boleh melakukan sesuatu jika kita mahu. Saya dan blog ini mempunyai perjanjian sendiri untuk saya laksanakan pada setiap hari.
*Pengalaman sendiri membuatkan saya merasakan bahawa kita sentiasa boleh melakukan sesuatu jika kita mahu. Saya dan blog ini mempunyai perjanjian sendiri untuk saya laksanakan pada setiap hari.
*Pada tahun lepas, saya menulis entri untuk blog saya dalam bulan Ramadhan ini setiap hari. Sebelum menjelangnya Ramadhan tahun ini, saya juga telah berazam untuk melakukan hal yang sama, dan alhamdulillah saya dapat melaksanakannya sehingga ke hari ini.
*Kita dapat melakukan sesuatu sekiranya kita telah berazam dan berniat untuk melaksanakan sebarang rancangan kita itu. Saya berazam dan berniat bahawa setiap hari akan saya tulis untuk blog ini walau sependek mana sekali pun, setiap hari, dan syukur saya dapat melakukannya..
*Saya mengambil ruh agama kita dalam ibadat dan sebaginya untuk menjayakan azam dan niat itu. Apabila kita telah berniat untuk berpuasa selama sebulan, maka kita akan berusaha menghabiskannya. Apabila kita berniat untuk melakukan tawaf dan sa'i di Makkah ketika menunaikan haji atau umrah, maka kita akan dapat menyelesaikannya.
*Demikianlah dalam seluruh kehidupan kita, satu perancangan dan agenda hidup sendiri hendaklah kita rancangkan, dan insya'Allah akan dapat kita laksanakan dengan pertolongan Allah jua.
*Menulis ialah satu latihan minda yang baik, iaitu agar minda kita terus aktif walau pun kerja fizikal telah bekurangan. Minda haruslah disuburkan dengan pembacaan dan penulisan. Bahan yang saya tulis telah saya dapatkan dari rujukan yang berbagai-bagai. Ilmu pun bertambah, kerana menuntut ilmu itu tidak akan berakhir. iaitu dari buaian hingga ke liang lahat.
PELOPORI SESUATU
*Menjelang Ramadhan tahun ini, amanah yang diberikan kepada saya untuk mempengerusikan sebuah Jawatan Kuasa bagi pembinaan sebuah surau di Presint 14 Putrajaya telah memberikan kepercayaan dan semangat kepada saya dan kawan-kawan untuk melaksanakan projek itu.
*Alhamdulillah dengan sekeping tanah yang telah dikurniakan oleh Perbadanan Putrajaya dan sumbangan wang dari pelbagai pihak, termasuk dari Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Majlis Agama Islam Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan serta orang awam, maka surau tersebut telah siap kira-kira seminggu sebelum bulan Ramadhan tahun ini.
*Mulai Ramadhan tahun ini, kami para jemaah di sini, berduyun-duyun menuju ke surau ini yang bernama Al-Manar, berbuka puasa, berterawih, beramah mesra dan berkenalan dengan lebih dekat pada setiap malam sehinggalah malam tadi.
*Rupa-rupanya berjemaah beramai-ramai, beribadat dan memungut beberapa mutiara ilmu sama sendiri, memberikan banyak faedah dan kesatuan serta ketenangan kepada kami semua. Sebab itulah Islam mementingkan sekali umatnya berjemaah, berpadu dan bekerjasama, iaitu untuk kekuatan dan pembangunan yang positif bagi umat ini.
SELAMAT HARI RAYA
*Kini tibalah penghujung Ramadhan tahun ini. Setiap yang bertemu, akan berakhir dengan perpisahan, maka pertemuan hari pertama Ramadhan tahun ini, akan berakhir nampaknya pada hari ini. Esok fajar baru akan menyingsing, hari baru dan era baru, yang akan terus kita hayati dan penuhi, insya'Allah
Selamat Hari Raya untuk semua. Semoga Allah SWT mengurniakan keselamatan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Minal'aidin wal-faizin al-maqbulin
Kembali kepada kehidupan fitrah yang suci bersih,
kemenangan dan kejayaan,
dan diterima Allah segala amal ibadat kita semua.
Amin, Amin, Amin ya rabbal 'alamin

Comments
Post a Comment