28 HARI PUASA: DI MANAKAH SILAPNYA ISTERI INI?
28 RAMADHAN 1434
Nabi Luth yang diutuskan Allah SWT untuk menyeru kaumnya supaya meninggalkan tabiat luar biasa mereka, iaitu mengamalkan cinta sejenis (homosexual) telah menerima tentangan yang hebat dari kaumnya, malah mereka bertekad dan berpakat sesama mereka untuk mengusir Nabi Luth keluar dari bumi mereka (Sodom, atau Laut Mati,di Jordan sekarang).
Setelah habis ikhtiar Nabi Luth yang telah mencuba untuk menyeru, memujuk dan memberikan amaran kepada kaumnya supaya meninggalkan tabiat keji itu, namun mereka masih berdegil, maka Allah SWT telah mengutus para Malaikat untuk memberitahu Nabi Luth bahawa Allah akan menghancurkan negeri kaum nya pada waktu subuh pagi esok, dan Nabi Luth berserta para pengikutnya yang setia, hendaklah meninggalkan negeri itu pada waktu tengah malam ini, jangan menoleh ke belakang lagi.
Janji Allah ialah untuk menghancur leburkan negeri dan kaumnya yang degil dan keji itu semua sekali, dan sayangnya, termasuk dalam kalangan kaum yang hendak dihancurkan itu, ialah isterinya sendiri yang telah bertindak menyebelahi kaumnya, menentang misi yang dibawakan oleh suaminya, Nabi Luth.
Ada beberapa fakta dalam kisah al-Quran ini yang boleh diambil, diantaranya ialah:
1. Isteri Nabi Luth sendiri merupakan orang yang menentang suaminya, dan dia termasuklah di dalam golongan yang akan dibinasakan. Allah menggambarkan bahawa terdapat isteri (atau suami) yang sering memusuhi pasangannya sendiri dalam kehidupan berumah tangga mereka. Isteri yang sepatutnya bersimpati dan bersama-sama suami dalam perjuangan hidupnya, rupa-rupanya mengambil jalan yang menunjukkan permusuhan kepada suaminya, malah menyebelahi orang lain dalam perjuangan suaminya, dan mungkin sentiasa menyembunyikan permusuhan terhadap pasangan hidupnya itu.
2. Tabiat luar biasa yang dikutuk Allah ini, iaitu perbuatan seks sama jenis, telah wujud ribuan tahun dulu, bersama-sama kewujudan manusia yang amat lama dalam sejarah. Sebab itulah di dalam ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kisah ini, Nabi Luth menyebut kepada kaumnya seperti firman Allah SWT:
"..dan Nabi Luth, tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas" Al-A'raf ayat 80 dan 81.
Kisah perpisahan isteri Nabi Luth dengan suaminya ini mengingatkan saya akan satu kisah semasa saya bertugas di Riyadh dulu (2005 - 2008). Pada satu hari saya mengunjungi ke sebuah pusat membeli belah yang sesak dengan pelanggan. Sedang saya leka melihat barangan yang hendak saya beli, tiba-tiba terdengar di dalam sistem pembesar suara kompleks tersebut seorang suami yang membuat pengumum kepada orang ramai, "dengar semua, saya dengan ini menceraikan isteri saya (si polan binti polan)....." disambut dengan teriak tangis isterinya yang terpinga-pinga mendengar ledakan bom "talak" yang dijatuhkan ke atas dirinya...Pengumuman dan lafaz cerai ini bukan hanya amat mengejutkan isterinya itu, bahkan orang ramai juga turut terperanjat, sehingga ramai juga yang tidak mempercayainya.
Akhirnya dibisikkan di sana sini, bahawa si suami itu menceraikan isterinya kerana dia terdengar isterinya berbual mesra dengan seorang lelaki lain melaui telefon bimbit...Kerana kemarahannya yang amat sangat, maka dia bertekad menceraikan isterinya serta merta, di saksikan oleh ratusan orang di dalam kompleks itu, dan didengari oleh ratusan lain yang jelas mendengar pengumuman dalam sistem pembesar suara yang lantang itu.
Si suami mungkin terlalu marah dan hilang rasionalnya kerana perbuatan isterinya ini, yang pada pandangannya telah mengkhianatinya, lebih cenderong dan kasihkan orang lain dari dirinya sendiri, sebab itulah hukuman yang dijatuhkannya itu amat lah berat sekali.
Tetapi dalam kes Nabi Luth, dia tidak perlu menceraikan isterinya, malahan Allah SWT sendiri memberitahu bahawa isterinya yang durhaka itu akan turut dibinasakan dengan kaum Luth yang menentang perintah Allah.
Ternyata bahawa hubungan yang seharusnya amat rapat di antara suami dan isteri ini pun ada kalanya terjadi keretakan yang serius seperti yang berlaku di antara suami isteri di dalam kompleks membeli belah tadi.
Bagaimana pun kadar keretakan itulah sahaja yang berbeza, kerana kalau difikirkan secara rasional dan matang, mungkin tidak akan berlaku penceraian semata-mata kerana si isteri berbual dengan lelaki lain....tambahan pula perbualan itu hanya berlaku menerusi telefon bimbit...
Namun khayalan si suami tentulah pergi lebih jauh lagi, jauh melampaui perbualan melalui telefon bimbit, dan melampaui bangunan kompleks itu, tambahan pula apabila dia memikirkan bahawa isterinya adalah orang yang paling hampir dengannya, yang seharusnya memahami perasaan si suami, tiba-tiba ternyata isterinya tidak seperti yang disangkanya selama ini. Mungkin hal inilah yang memuncak dan mendorongkannya mengambil keputusan yang serius itu.
Kisah Nabi Luth dan isterinya mungkin juga memberikan inspirasi bahawa dalam hubungan suami isteri, ada kalanya berlaku keretakan serius yang melanggar prinsip dan batas-batas perhubungan yang biasa....
Pasangan suami isteri haruslah memahami psikologi pasangan masing-masing, kerana sebagai pasangan, mereka haruslah sentiasa memberikan sokongan kepada pasangan mereka, bukan mengambil sikap yang kadang-kadang menunjukkan sikap mencari kesalahan suami atau isteri, dan lebih serius lagi menentang suaminya sendiri..Memang ada isteri atau suami yang begitu. Orang pertama yang ditentang dan dimusuhinya ialah pasangannya sendiri...
Namun selagi keretakan itu tidak melampaui batasan seperti yang berlaku kepada Nabi Luth, yang melibatkan ajaran agama, maka manusia biasa tentulah masih dapat menahan nafsu ammarahnya terhadap pasangannya, terutamanya dalam mempelajarai erti sabar dan marah, mengimbangkan di antara akal dan emosi, serta sifat-sifat mulia lain, yang dipelajarinya menerusi ibadat puasa, yang memasuki hari yang ke-28 pada hari ini...
Ajaran agama kita memesan bahawa ketika marah atau diserang dan dikata nesta, kita yang sedang berpuasa ini haruslah segera menyedari dirinya yang sedang berpuasa, dengan bersabar dan menahan marah, malah mengucapkan kata hikmah :
"Allahumma Inni Sha'im" "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa...." maka amanlah dunia ini, iaitu dunia kecil rumah tangga dan dunia yang lebih besar lagi...
"..You will find in all cases, that if you ignore or dismiss a negative thought that fills your mind, a more peaceful feeling is only a moment away. And, in a more peaceful state of mind, your wisdom and common sense will tell you what to do. This strategy takes practice but is well worth the effort" (Practice Ignoring Your Negative Thoughts: Richard Carlson Ph.D, Don't Sweat The Small Stuff, 1997, Australia).

Comments
Post a Comment