RAYA KE-8: PERTUMPAHAN DARAH UMAT MUSLIMIN.............
8 SYAWAL 1434
Umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan pertumpahan darah yang banyak di bumi Mesir, bumi bersejarah, yang pada satu ketika dulu, malah hingga kini, dianggap sebagai satu pusat tamadun dan ilmu Islam yang amat terkemuka. Tiba-tiba selepas menjelangnya Hari Raya beberapa hari sahaja, media melaporkan bahawa pihak keselamatan Mesir telah menyerbu dua lokasi penunjuk perasaan dengan menggunakan kekerasan yang menyebabkan ratusan orang mati dan ribuan yang lain cedera.
Konfrontasi di antara para penyokong Ikhwanul-Muslimin dan penentangnya telah sampai ke kemuncak, apabila pihak keselamatan Mesir mulai bertindak untuk mengembalikan negara itu ke situasi yang normal dan setabil, setelah suasana politik di sana berada dalam keadaan yang penuh dengan pertentangan, dan mengancam pembangunan negara Mesir dalam semua bidangnya.
Kita yang melihat dan menonton situasai di sana pun merasa amat tidak selesa, ibadat ke mana, puasa dan terawih ke mana, hari raya entah bagaimana, makan minum, pakai patut, ketenteraman rumah tangga dan keluarga yang tentunya amat terganggu, selain dari keadaan ekonomi yang terencat, kekurangan pelancung, industri, bisnes, dan sebagainya yang tentunya mengalami kelumpuhan yang amat sangat dari keadaan yang tidak menentu itu, yang telah pun masuk hampir ke bulan yang kedua dan akan berlarutan ke bulan yang ketiga.
Kita yang melihat dari jauh, dan membaca atau mendengar berita, terutamanya dari sumber media antarabangsa, yang lebih banyak mengandungi segala yang tersurat tanpa mengetahui yang tersirat, mungkin akan membuat penilaian yang salah terhadap situasi yang sebenarnya.
Orang menyalahkan pihak keselamatan Mesir, yang telah menggunakan kekerasan dan pembunuhan ke atas para penunjuk perasaan yang dikatakan berdemonstrasi secara aman, tetapi pihak keselamatan Mesir memberi alasan bahawa mereka perlu mengembalikan keamanan dan kesetabilan kepada negara itu setelah berbulan-bulan pihak penunjuk perasaan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bersurai secara aman.
Di samping itu, terdapat kumpulan orang yang menyalahkan pihak Ikhwanul-Muslimin, yang berdegil menentang pihak berkuasa, tanpa membuka sebarang sikap berlembut untuk mencari penyelesaian secara perundingan, malah para pengikut Ikhwan tetap membangkitkan isu perjuangan mereka adalah untuk Islam, oleh itu sebarang penentangan terhadap Ikhwan adalah merupakan penentangan terhadap Islam, yang seolah-olah memberikan pengertian bahawa Ikhwan adalah sentiasa berada di pihak yang benar, dan yang menentangnya adalah berada di pihak yang salah.

Memang masing-masing bebas mengambil kesimpulan dan pandangan sendiri, terutamanya ketika peristiwa ini berakhir dengan pertumpahan darah yang banyak, yang mengikut satu sumber Ikhwan, jumlah mangsa yang terbunuh telah meningkat ke angka ribuan, sedangkan sumber lain mengatakan hanya ratusan sahaja.
Namun apa-apa sekali pun kesimpulan dan pandangan masing-masing tentang punca dan sebab musabab kerisis ini berakhir dengan pertumpahan darah dan memakan korban nyawa yang banyak, mungkin tidak seharusnya menjadi pertikaian lagi sekarang ini.
Yang paling penting untuk difikirkan sekarang ini, di saat ini, ialah kenapakah hal ini harus berlaku di dalam dunia Islam, di kalangan orang Islam, di antara pemerintah dan warga negara majoriti umat Islam?
Masyarakat Islam sering mengambil jalan mudah untuk membuat kesimpulan sendiri secara yang amat simplistik, termasuklah menjatuhkan hukuman sendiri tentang siapakah yang salah dan siapakah yang benar. Mengambil sesuatu kesimpulan yang simplistik, tanpa data dan fakta yang berbentuk ilmu dan pengetahuan, boleh membawa kepada kesimpulan yang hanya merupakan satu persepsi yang tidak bersandarkan kepada hakikat dan kebenaran.
Perjuangan Islam umpamanya yang hanya di kaitkan dengan kumpulan tertentu dengan segala "inclusiveness" dan "exclusiveness" nya merupakan satu lebal yang menjadi asas perjuangan Islam bagi sesuatu kumpulan tertentu sahaja, iaitu berdasarkan falsafah dan perjuangan pihak tertentu itu.
Memang kretaria ini merupakan satu perkara penting di dalam sesuatu agenda perjuangan, termasuklah di dalam agenda perjuangan untuk Islam, tetapi falsafah dan matlamat parti itu memanglah amat baik dan positif, namun begitu juga, seringkali sesuatu yang tersurat di dalam perlembagaan dan matlamat parti itu tidak semestinya merupakan agenda perjuangan yang benar-benar mampu diterjemahkan oleh parti itu dari segi perlaksanaanya, sehingga perjuangan untuk Islam itu menjadi bolotan satu pihak yang tertentu sahaja.
Berdasarkan hal ini, saya rasa sepatutnya semenjak awal-awal kerisis lagi, kedua belah pihak haruslah bijak dalam mencari punca masalah, dan seterusnya merangka agenda bersama untuk menyelesaikan masalah mereka.
Hakikat ini memerlukan pimpinan yang berwibawa di dalam sesebuah negara itu, iaitu termasuklah pemimpin negara, pemimpin politik dari kepelbagaian parti, pemimpin masyarakat, dan seterusnya pemimpin pertubuhan bukan Kerajaan yang bepengaruh.
Namun begitu, sayangnya, bahawa negara-negara Islam sekarang ini sedang berada dalam satu kerisis kepemimpinan yang serius sekali, malah kepemimpinan yang bewibawa dan berhikmah seperti yang cuba kita jelmakan di negara kita sekarang ini pun, nampaknya sering dicabar dan di ganggu oleh banyak pihak, agar kepemimpinan negara kita juga, atas nama kepimpinan negara Islam, akan turut terlibat dalam kerisis yang sedang dialami oleh negara-negara Islam lainnya pada masa kini.
Mesir sebagai contohnya telah mengalami pekembangan politik dengan segala kerisisnya semenjak lama, rampasan kuasa yang dilakukan Oleh Nagib, membawa kepada penubuhan negara republik, Gamal Abdul Nasser mengalami kerisis identiti yang hebat, iaiu di antara blog Barat dan Russia, Anwar Sadat tebunuh di tangan rakyatnya, Hosni Mubarak, dijatuhkan dalam satu gerakan rakyat, dan kini Morsi yang di "gulingkan" oleh tentera, mengakibatkan peistiwa berdarah yang amat menjejaskan maruah dan imej negara Islam itu sendiri.
Nampaknya kita seolah-olah tidak pernah belajar dari kesilapan dan kesalahan kita sendiri, atau sengaja mentadbir negara mengikut telunjuk luar yang ingin mengkotak-katikkan bangsa dan negara sendiri. Wallahu A'lam.
Oleh itu pelajaran yang dapat kita sendiri, di negara kita ini, mengambilnya dari perkembangan berdarah di negara-negara Arab itu ialah berhati-hati menjadi pak turut membuta tuli, terutamanya lebal yang di katakan "Arab Spring" yang kononnya hendak dilakukan di negara kita ini. Kita haruslah memahami latar belakang, suasana politik, dan segala kepincangan dari gerakan yang kononnya dinamakan Arab Spring itu.

Salam, jadi, maksud tuan, boleh lah tentera rampas kuasa dari rakyat.kalau tentera kita rampas kuasa dari pemerintah malaysia sekarang, tuan setuju ke?
ReplyDelete