BERTOLAK ANSUR DALAM POLITIK: SIAPAKAH YANG KONSISTAN?
Kita sering tidak konsistan dalam sebarang kerja dan rancangan yang kita lakukan, sedangkan Islam mengajar kita sentiasa iltizam dengan prinsip dan kerja kita. Kalau Tawaf dan Sa'i dalam ibadat Umrah dan Haji ialah sebanyak tujuh kali, maka kita mestilah mengerjakan sebanyak tujuh kali. Saya melihat umat kita di negara ini sering bergoyang dan menukar haluan ketika mendapat tekanan, atau umpanan "gula-gula" yang ditawarkan oleh keadaan dan orang lain, tanpa mengkaji buruk baiknya.. Di dalam "perjuangan" politik, parti politik Melayu, nampaknya sentiasa mengubah dasar dengan sewenang-wenangnya kerana desakan politik, atau habuan politik' atau "keuntungan" dalam politik, walau pun dari perspektif dasar negara, malah dasar parti sendiri, hal itu sering bertentangan dengan rukun-rukun toleransi yang dilakukan itu. Bagi DAP umpamanya, mereka amat konsistan dalam dasar perjuangannya. Dari awal penubuhannya, mereka sentiasa mempertahankan ...