Would You Permit Me?





SESIAPA YANG MEMBUNUH SESEORANG TANPA HAK........

Penyair Nizar Qabbani yang saya paparkan sedikit ungkapannya dalam puisinya yang bertajuk Would You Permit Me? di atas, sebenarnya menulis agak panjang dalam tema yang sama. Marilah kita kongsikan sedikit ungkapannya tentang perlakuan kejam yang berleluasa ketika ini, terutamanya yang berlaku di negara dan daerah beliau sendiri, iaitu tindakan manusia membunuh sesama sendiri, termasuk oleh orang Islam yang membunuh orang Islam sendiri tanpa mengikut hukum agama dan syariah Islamiah.

Dia menulis:

Would you permit me to say, that God has forbidden killing the human spirit
and who kills wrongly a human being is as if he killed all human kind.
And no Moslem has the right to frighten another Muslim?

Would you permit me to teach my children that God is greater, 
more just. and more merciful than all the (religious) scholars on earth combined?
And that His standards are different from the standards of those trading the religion, and that HIS accountability is kinder and more merciful?
Would you permit me?

Nizar Qabbani, mengungkapkan kata-kata ini dalam bahasa poitisnya berdasarkan pengalaman dan ilmunya sebagai seorang Muslim yang pernah bertugas sebagai diplomat dan penerbit buku. Dia memandang dari kaca matanya yang tersendiri, dan ideanya itu tidak semestinya di tafsirkan secara menyeleweng, kerana setiap orang yang membaca karya sastera, dia haruslah mengambil yang tersurat dan tersirat, kemudian menapisnya berdasarkan pandangan sendiri, tanpa menjatuhkan hukum kepada sasterawan itu.

Di dalam ungkapan di atas, penyair memetik pengertian satu ayat al-Quran, surah Al-Ma'dah (5) ayat 32, tentang perlakuan kejam manusia yang membunuh manusia lain tanpa hak yang dibenarkan oleh ajaran agama, maka perbuatannya membunuh seorang manusia itu samalah seperti ia membunuh seluruh umat manusia. 

Ayat ini diturunkan Allah berikutan kisah Qabil dan Habil dua orang anak Adam yang bertikai tentang penyembahan Qurban mereka kepada Allah, yang berakhir dengan tragedi iaitu ketika Qabil bertindak membunuh saudaranya Habil.

Dalam hal inilah Allah menjelaskan bahawa perbuatan membunuh tanpa hak, adalah satu perbuatan zalim dan kejam yang amat besar dosanya. Walau pun dia membunuh hanya seorang sahaja manusia, tetapi dosanya adalah sama seperti dia membunuh seluruh umat manusia lain. 

Demikianlah sebaliknya bagi seseorang yang berusaha menyelamatkan nyawa seorang yang lain, maka usahanya menyelamat, atau menghidupkan seorang lain itu ganjaran dan kelebihannya di sisi Allah adalah seolah-olah ia menghidupkan seluruh umat manusia. Menyelamatkan nyawa orang lain dapat di lihat di dalam banyak perlakuan, termasuk dari mara bahaya, ancaman bencana alam, menderma organ, dan merawat orang sakit, serta tindakan-tindakan lain lagi..

Amat baik sekali sekiranya kita berkongsi pengertian dan pentafsiran ayat-ayat ini dari buku-buku tafsir yang banyak terdapat di dalam berbagai-bagai bahasa pada masa kini.

Mesej penyair yang dijelmakan di dalam puisinya di atas,  ialah menerangkan bahawa kecenderungan manusia untuk menghapuskan lawannya dari muka bumi ini seperti yang dilakukan oleh Qabil terhadap Habil, adalah merupakan satu tragedi besar dalam kehidupan manusia yang di tegah oleh Allah SWT dan membawa akibat yang amat besar kepada kelangsungan kehidupan manusia itu. 

Oleh itu dia menyebut;

Sudikah anda mengizinkan saya untuk berkata, bahawa Tuhan mencegah perbuatan membunuh ruh manusia?
dan sesiapa yang membunuh seorang manusia secara salah
adalah seperti ia membunuh seluruh umat manusia?

dan tidak seorang Muslim pun yang berhak menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain.. 

Mesejnya ini sebenarnya menjadi kenyataan pada hari ini, ketika dunia dapat menyaksikan pembunuhan berama-ramai yang berlaku di kalangan umat Islam yang sedang berkerisis, dan begaimanakah rasa dendam dan pertikaian yang berlaku di antara mereka, sering cuba di selesaikan dengan kekerasan dan kekejaman, kembali kepada masyarakat Jahiliyyah seperti zaman Qabil dan Habil.

Berdasarkan hakikat inilah beliau seterusnya mengungkapkan:

Sudikah anda mengizinkan saya untuk mendidik anak-anak saya
bahawa Tuhan itu Maha Besar, Maha Adil, dan Maha Penyayang 
lebih dari para ulamak seluruhnya di dalam dunia ini?
dan petunjuk Allah amat jauh perbezaannya dari orang-orang yang memperdagangkan agama
dan ganjaran Allah adalah lebih besar rahman dan rahim-Nya
Sudikah anda mengizinkan saya?

Demikianlah bisikan hati nurani sasterawan yang di persembahkan untuk menjadi bahan pemikiran kepada orang-orang yang mahu berfikir, kerana dari awal puisinya ini lagi, beliau menegaskan tentang keperluan kita kepada golongan manusia yang pandai berfikir (ulul albab, ulul afkar dan lain-lain) yang terdapat juga pemerintah negara yang bertindak membunuh dan menghapuskan mereka.... 




Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....