DORONGAN KEPADA SIKAP MELAMPAU....
Saya merasa perlu mengemukakan pandangan ulamak Islam sendiri tentang dorongan yang membawa umat Islam kepada pendirian dan sikap ekstrem atau melampau yang nampaknya semakin menjadi-jadi pada masa kini. Kita haruslah bijak menimbang dan mengambil pendirian yang berhikmah, berilmu dan sesuai dengan roh ajaran agama kita dalam konsep bahawa umat Islam "adalah sebaik-baik ummah" (khair ummah) dan sentiasa bersifat serta bersikap "wasatiyyah" (benar dan adil)
Sikap melampau dan tindakan radikal atau ekstrem pada masa kini telah melampaui batasan tutur kata dan senjata pena dan lidah, malah telah melampaui kepada kekerasan fizikal dan jasmani, penggunaan senjata untuk menumpah darah atau menghapuskan nyawa orang lain, membunuh dan menyembelih sesiapa saja yang dianggap "musuh" ....berperang, menggunakan senjata moden, bom kereta, roket dan seribu satu jenis senjata api rekaan dan ciptaan teknologi moden....
Kesimpulan dari beberapa buku karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi saya akan perturunkan di sini beberapa sebab yang mendorong umat Islam mengambil sikap ekstrem dan melampau dalam tindakan mereka, seterusnya mempengaruhi orang lain dengan fatwa dan ajarannya yang disampaikan sebagai wadah ilmu Islam yang wajib:
1. Kecetakan intelektual dan kelemahan dalam mendalami kefahaman ruh dan konsep ajaran Islam sendiri sering menjadikan seseorang itu lebih memberikan keutamaan kepada isu-isu sampingan tertentu yang tidak seharusnya dijadikan isu utama, seperti terlalu menekankan kepada isu janggut, memakai pakaian labuh sehingga ke kaki, dan isu-isu lain seumpamanya.
2. Keengganan golongan ini untuk mendengar pandangan orang lain yang berbeza pendapat dari mereka. Golongan yang ekstrem sering menjauhkan diri dari mengadakan dialog dengan pihak lain, kerana mereka merasakan bahawa pandangan mereka sahaja yang betul dan muktamad. Mereka tidak mahu menerima pandangan yang ke dua dan ke tiga. Golongan muda dari golongan ini selama-lamanya tidak mahu menerima pandangan bahawa sekiranya mereka hendak mendalami ilmu Syariah maka mereka mestilah berpandukan malah meminta nasihat ulamak Islam yang berotoriti.
3. Dua perkara penting yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menyebarkan Islam kepada masyarakat musyrikin dan jahiliyyah ialah : Pertama; beransur-ansur, dan kedua; memberi masa dan tempoh yang mencukupi untuk melaksanakan sesuatu ajaran Islam itu. Nabi Muhammad SAW menjelaskan ajaran asas Islam sedikit demi sedikit, bukan sekali gus, di laksanakan semuanya, di samping memberi masa dan tempuh untuk orang yang di dakwah itu bagi memikir dan menerima ajaran itu.
Hal ini jarang di ambil kira oleh golongan ekstremis sekarang ini.
4. Kejahilan di antara ayat-ayat Quran : Muhkamat (straighforward) dan Mutasyabihat (allegorical). (Al-Quran Ali-Imran (3) ayat 7). Ayat-ayat Al-Muhkamat ialah ayat-ayat yang terang dan jelas maksudnya, tafsirannya satu sahaja, dan ayat-ayat Al-Mutasyabihat ialah ayat-ayat yang tidak jelas maknanya, dan boleh ditafsirkan dengan beberapa maksud dan makna yang tertentu. Ayat-ayat yang mutasyabihat inilah yang di tafsirkan oleh banyak golonagn mengikut aliran yang mereka mahu, malah ditafsirkan mengikut aliran kefahamannya secara peribadi atau kumpulan yang tertentu..
Sebenarnya banyak lagi dorongan lain yang diterangkan oleh Dr. Al-Qaradhawi dan para ulamak lain lagi yang membawa kepada perpecahan umat Islam, terutamanya tentang fatwa dan tafsiran tentang agama yang berbeza-beza sehingga menimbulkan perselisihan faham dan konflik pemikiran yang serius dalam masyarakat Islam seperti yang kita alami sekarang ini, sehinggakan masalah ijtihad yang termasuk dalam perkara-perkara yang memerlukan ijtihad ulamak pun boleh membawa kepada kerisis yang berpanjangan, iaitu dalam perkara-perkara yang hanya melibatkan isu-isu cabang seperti menyambut hari Maulidurrasul, tahlil, puasa Rejab dan sebagainya.
Apa lagi dalam isu perbezaan mazhab, isu Syiah dan Sunni, Wahabiah dan sebagainya yang seharusnya ada perbezaan, yang sepatutnya tidak memerlukan paksaan dan tekanan kepada pihak-pihak tertentu untuk menerima tafsiran pihak-pihak tertentu pula.
Kita seharusnya mestilah tahu membezakan isu-isu yang di sebut oleh para ulamak seperti Dr. Al-Qaradhawi ini untuk mengelakkan perpecahan umat, dan dalam jangka panjangnya mengelakkan konflik berdarah yang sedang berlaku sekarang ini, yang amat menjatuhkan imej dan nama baik Islam sendiri...
Sebagai melengkapkan beberapa pokok persoalan yang di kemukakan di atas, khususnya tentang memberikan keutamaan kepada kefahaman Islam yang sebenarnya, iaitu dari segi keutamaan yang perlu ditekankan di dalam pendidikan agama kepada anak-anak kita, marilah kita renungkan sejenak suara hati penyair Nizar Qabbani yang saya perturunkan di bawah ini dalam bahasa Inggeris:
Would you permit me not to mention the torture of the grave to my children,
who do not know about death yet?
(Sudikah anda mengizinkan saya untuk tidak menyebut tentang seksa kubur kepada anak-anak saya, ketika mereka belum lagi memahami makna kematian itu)
Would you permit me to teach my daughter the tenets of the religion and its culture, before I force on her the "Hijab"?
(Sudikah anda mengizinkan saya untuk mendidik anak perempuan saya tentang konsep dan budaya agama itu, sebelum saya memaksanya untuk menutup aurat?)
Ertinya di sini, kita haruslah memahami segala pendekatan psikologi dan persiapan mental generasi muda sekarang ini ketika kita mendidik mereka tentang ajaran agama, iaitu dari segi keutamaan dan kesesuaian ajaran Islam dengan peringkat umur anak-anak kita.
Di samping itu, kita haruslah juga memahami dan menghayati erti dan budaya hidup bersama secara aman, iaitu bersatu di dalam kepelbagaian (Unity in Diversity) ketika kita berusaha bagi menyatu padukan umat Islam di seluruh dunia ini, tanpa menekankan kepada isu-isu sempadan dan geografi, pegangan mazhab ketika membicarakan isu-isu ijtihad dan sebagainya, selama mana kita tidak mengingkari ajaran-ajaran dasar dan kekuatan akidah kita.....

Semoga akan adalah generasi muda kita pada hari ini yang dapat berfikir tentang isu di atas..
Comments
Post a Comment