POLARISASI KAUM MENJADI SEMAKIN PARAH
Tidak ada sesiapa pun yang akan berkata secara terang sekiranya dia berbicara tentang kaum dan bangsa, bahawa dia bersikap dan bersifat perkauman. Dia akan tetap mempunyai sentimen dan perasaan perkauman dalam erti kata bahawa dia menyayangi bangsa dan kaumnya, dia mahu bangsa dan kaumnya tetap kekal dan berterusan di atas muka buni ini dengan megahnya sepanjang masa. Inilah sebenarnya perasaan hati nuraninya yang tertulis di lubuk jiwanya apa bila dia berbicara tentang bangsanya, iaitu rasa bangganya dan sentiasa merasakan bahawa dia adalah kepunyaan bangsa dan keturunannya tanpa dapat dinafikan oleh sesiapa pun.
Orang yang merasakan perasaan dan sentimen ini sebenarnya dalam konsepnya dan tafsirannya seperti yang diterangkan itu, tidaklah dapat di lihat seperti orang yang bersifat perkauman dalam politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya, kerana ketika dia berbangga dan berharap bahawa keturunannya akan terus berkembang dan membangun dengan segarnya dalam sejarah hidupnya, tidak semestinya dia mempunyai perasaan dan niat yang lain pula seperti mengharapkan bahawa bangsanya saja yang akan menjulang meningkat dengan megahnya di dalam dunia ini, menjatuhkan kaum dan bangsa yang lain, malah menganggap bahawa kaumnya saja yang berhak menguasai negara atau dunia ini dengan menafikan hak kaum lain.
Oleh itu, kalau hendak disebutkan sebagai sentimen perkauman, maka nampaknya kita sedang menghadapi dua jenis manifestasi dari rasa dan semangat perkauman itu. Pertama rasa dan sentimen perkauman yang sihat, untuk kebaikan kaumnya, tanpa mempunyai niat untuk merampas hak dan keistimewaan kaum lain, yang dalam keadaan ini saya rasa agak sihat dan menjadi fitrah manusia, kedua ialah rasa perkauman yang di selewengkan atau di politikkan, dengan harapan dan tujuan supaya bangsa dan kaumnya saja yang dapat meningkat maju dan dominan dalam sesebuah nasyarakat atau negara itu, sedangkan hak dan peluang kaum lain dinafikan sama sekali, dan di usahakan supaya dapat dilenyapkan kaum itu dari arus perdana pembangunan dan seluruh aspek sosial, pendidikan, ekonomi, politik negara tertentu.
Sayangnya manifestasi sentimen perkauman yang kedua inilah yang sedang menguasai seluruh negara dan masyarakat dunia pada hari ini yang mengakibatkan konflik dan pertikaian, peperangan dan pertumpahan darah, yang mengakibatkan kehilangan jiwa yang banyak, melumpuhkan bidang pendidikan, perekonomian, pembangunan kemanusiaan, berleluasanya pelarian perang dan seribu satu macam kerisis kemanusiaan lainnya yang sedang di alami oleh masyarakat moden, alaf baru ini.
Pada jangka masa yang terakhir ini, sentimen perkauman kategori kedua inilah, iaitu taksub dan fanatik perkauman melulu untuk kepentingan kaum sendiri sahaja, yang nampaknya sedang menjadi aliran pemikiran dan perjuangan sesuatu kaum, termasuk di negara kita sendiri.
Hal ini amatlah merbahaya dan merupakan satu aliran polarisasi yang sempit, menuju ke arah aliran ekstremisme yang tidak seharusnya timbul di dalam masyarakat dunia moden ini.
Polarisasi sempit dan merbahaya ini tidak hanya timbul dari segi perkauman dan bangsa, malah telah berkembang kepada palarisasi agama, malah aliran atau mazhab bagi satu bangsa dan umat di dalam anutan agama yang sama, seperti yang berlaku di dalam masyarakat Islam, Kristian dan lainnya.
Malah dasar polarisasi seperti ini amat ketara menjadi sentimen masyarakat dalam amalan politik partisan, iaitu taksub dan fanatik politik berdasarkan kepartian, sehingga menimbulkan konflik dan kerisis yang besar di antara ahli dan penyokong parti-parti politik, yang berlaku di dalam dunia pada hari ini, dan mengakibatkan kekacauan yang serius.
Hal ini haruslah disedari oleh pemimpin dan rakyat sesebuah negara sendiri untuk di perbaiki keadaannya bagi generasi masyarakat dunia yang akan datang, kerana tanpa pendidikan yang sihat dan meluas dalam isu ini, maka dunia akan terus menerus akan menjadi pentas kerosakan manusia umumnya....

Comments
Post a Comment