EVEN THE MOST POSITIVE PERSON IN THE WORLD GETS CANCER



Seorang pesakit kanser, Mezwyn D'Junus, menulis dalam surat lampiran yang disertakan di dalam bukunya seperti tajuk di atas:

I never imagined that I would be writing this letter to you about cancer. I never imagined that one day I would be presenting you with a book about canser. I never, NEVER imagined that I too would get cancer.

(Saya tidak pernah terbayang bahawa pada satu hari saya akan menulis surat ini kepada anda tentang penyakit kanser. Saya juga tidak pernah terbayang bahawa pada satu hari saya akan mempersembahkan kepada anda sebuah buku tentang kanser. Malah saya tidak pernah sama sekali terbayang yang saya juga akan mengidap kanser)- {terjemahan saya}

Mezwyn semestinya merupakan seorang yang amat tabah, yakin kepada diri sendiri dan mempunyai kekuatan fizikal dan kerohanian yang teguh dalam menghadapi segala ujian hidup di dunia yang penuh cabaran ini. 

Tajuk buku ini sendiri telah memberikan mesej penting bahawa selagi semua manusia ini bernafas di dalam dunia ini, maka dia akan menghadapi berbagai-bagai perkembangan dan peristiwa yang tidak di duganya. Even The Most Positive Person In The World Gets Canser (Seorang Yang Amat Positif Sekali Pun Mengalami Penyakit Kanser) 

Namun mesej di bawah tajuk besar itu seolah-olah memberikan pesanan kepada sesiapa sahaja yang di hinggapi penyakit kanser supaya mempelajari hidup dalam cabaran ini dengan Cinta, Ketawa dan terus Hidup ketika menghidap kanser.

Dalam surat lampiran yang disertai dengan bukunya ini juga penulis mencatatkan: (terjemahannya) 

Bagi kebanyakan kita, kanser adalah merupakan jalan yang panjang dan amat penuh batu kerikil. Namun kita diberitahu supaya terus hidup dengan sikap positif, namun dalam pada itu kita mereasa amat murung sekali. Tidak syak lagi bahawa perjalanan hidup kita amat menggerunkan, penuh cabaran, tetapi kita merasa lebih kuat dari yang dapat kita fikirkan. 

Beliau juga menceritakan pengalamannya bahawa ketika kanser memasuku hidup kita, kita mengalami perubahan, bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga dari segi ledakan emosi kita. Bukan saja orang-orang di sekeliling kita tidak dapat berbuat apa-apa, tetapi akibatnya amat dirasakan di dalam kehidupan seharian mereka.....

Perutusan penulis dalam buku ini amat baik sekali bagi orang yang kuat imannya dan mampu menerima takdir Allah dengan penuh tabah dan sabar serta bertawakkal. Amat benar Firman Allah  (Al-Baqarah {2} ayat 155) bahawa Allah akan sentiasa menguji hamba-Nya dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa, buah-buahan. Namun di serukan kepada Rasulullah SAW supaya baginda memberikan kabar gembira kepada orang-orang yang sabar ketika menerima ujian dan dugaan ini, dan sentiasa mengingati bahawa "Kita semuanya adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jugalah kita kembali".

Orang beriman hendaklah tabah dan sabar menghadapi sebarang ujian, malah berusaha menghadapi segala ujian itu dengan sepenuh kemampuannya, sehingga akhirnya sertailah usaha itu dengan doa dan tawakkal kepada Allah, kerana akhirnya hanya Allah yang akan menentukannya.

Saya sendiri tidak tahu sejarah penulis ini, dari mana dan ke mana akhirnya, tetapi, saya percaya, bahawa perbendaharaan ilmu dan kretivitinya yang digambarkan di dalam buku ini membawakannya amat dekat dengan hati semua pembaca yang menelitinya.

Buku ini, yang diterbitkan oleh H & H Publishing di Malaysia, hanya saya temui ketika saya menyusun semula buku-buku lama dan baru di atas rak buku yang baru di beli. Tiba-tiba pandangan saya terjatuh ke atas kulit buku yang segera menarik perhatian dan minat saya.

Terlalu banyak yang diperkatakan di dalam buku ini yang seharusnya di baca dan di fikirkan. Saya hanya memetik beberapa bahagian, ibarat setitik air sahaja dari limpahan air laut yang amat banyak, namun penuh dengan hikmah dan pengajaran

Marilah kita sama-sama membaca mukaddimah buku ini yang membuka kata-kata penulis:

ACKNOWLEDGEMENTS

I would like to dedicate this book to my loving parents, Junus and Maheran who have taught me how to love unconditionally.

To my beautiful children, Hannah and Harris. You both have shown me strength and courage to fight and never give up.

My special thanks to my support and loving family and friends around the world, you know who you are. And thank you to everyone who has helped, given me advice and valuable feedback. In particular, thank you for believing in me and cheering me on!

Extra heartfelt thanks to all my fellow cancer survivors, past and present, for sharing their personal stories with me.

Above all, I thank God for all the blessings and calamities in my life, no matter how big or small.

            "To God we belong and to Him we return"

Selesai menulis catatan ini, saya mencari nama Mezwyn D'Junus melalui internet. Amat bangga sekali apabila saya mendapati bahawa beliau ialah seorang warga Malaysia yang sebelum ini telah menghabiskan masanya yang agak lama  di Australia, dan syukur kerana beliau berjaya melalui zaman-zaman getir mengidap penyakit Kanser payu dara dan melepasi bahayanya untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini....

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....