BERTOLAK ANSUR DALAM POLITIK: SIAPAKAH YANG KONSISTAN?
Kita sering tidak konsistan dalam sebarang kerja dan rancangan yang kita lakukan, sedangkan Islam mengajar kita sentiasa iltizam dengan prinsip dan kerja kita. Kalau Tawaf dan Sa'i dalam ibadat Umrah dan Haji ialah sebanyak tujuh kali, maka kita mestilah mengerjakan sebanyak tujuh kali.
Saya melihat umat kita di negara ini sering bergoyang dan menukar haluan ketika mendapat tekanan, atau umpanan "gula-gula" yang ditawarkan oleh keadaan dan orang lain, tanpa mengkaji buruk baiknya..
Di dalam "perjuangan" politik, parti politik Melayu, nampaknya sentiasa mengubah dasar dengan sewenang-wenangnya kerana desakan politik, atau habuan politik' atau "keuntungan" dalam politik, walau pun dari perspektif dasar negara, malah dasar parti sendiri, hal itu sering bertentangan dengan rukun-rukun toleransi yang dilakukan itu.
Bagi DAP umpamanya, mereka amat konsistan dalam dasar perjuangannya. Dari awal penubuhannya, mereka sentiasa mempertahankan dasar perjuangannya untuk kaum Cina atas prinsip hak asasi anutan mereka, dan terus menerus memegang kuat kepada takrifan mereka bahawa negara ini adalah negara sekular mengikut pentafsiran mereka terhadap Perlembagaan negara ini.
Sebab itulah mereka menentang sebarang perkara yang mereka rasakan tidak memberikan "hak sama rata: di antara kaum di dalam negara ini, tanpa menghayati sama sekali fakta sejarah dan budaya negara ini, malah kadang-kadang menyentuh amalan biasa kita. Dan terus menerus akan berhempas pulas berpegang kepada konsep bahawa negara ini adalah negara sekular.
Sebab itulah mereka menentang sebarang perkara yang mereka rasakan tidak memberikan "hak sama rata: di antara kaum di dalam negara ini, tanpa menghayati sama sekali fakta sejarah dan budaya negara ini, malah kadang-kadang menyentuh amalan biasa kita. Dan terus menerus akan berhempas pulas berpegang kepada konsep bahawa negara ini adalah negara sekular.
Mereka dari awalnya menentang "negara Islam" menentang "undang-undang Syariah" malah menentang secara khususnya hukum "hudud". Malah hal ini bukan menjadi rahsia perjuangan mereka, kerana mereka telah pun menyatakan dasar perjuangan ini secara terang-terangan dari dulu, dan akan tetap mempertahankannya untuk selama-lamanya. Semua kalangan masyarakat dan negara mengetahui dasar perjuangan mereka ini.
Jadi yang silapnya, dalam analisis mudah kita, menurut pandangan peribadi saya, ialah parti Islam dan Melayu yang sanggup bersama satu kapal dengan mereka ketika memperjuangkan gerakan politik bersama, terutamanya tentang agenda Islam, dengan harapan bahawa sesuatu perubahan akan dapat dilakukan, termasuk dasar kompromi dengan parti lain yang digabungkan itu tentang agenda politik Islam..
Bagaimana pun dalam jangka pendek dan jangka panjangnya, DAP mendapat keuntungan politik dalam pilihan raya umum, kerana pengundi Melayu akan sama-sama mengusung lambang roket mereka di dalam kempen, mengenepikan amalan biasa untuk menentang ideologi radikalsime serta sekularsme mereka demi pakatan politik, yang mungkin untuk menakluki Putrajaya dan memegang tampuk pemerintahan.
Pakatan ini memang merupakan "win, win situation" iaitu supaya ahli Parti Islam mengundi calon mereka dan pengundi simpati DAP akan mengundi calon PAS, akhirnya kedua-dua parti ini akan mendapat bilangan kursi yang banyak.
DAP konsistan dalam perjuangan mereka. Setelah mendapat keuntungan hasil dari tolak ansur PAS maka mereka tidak akan mengurbankan dasar mereka menentang negara Islam dan hukum syarak, terutamanya hudud. Mereka akan menetangnya terus menerus, kerana hal ini adalah menjadi prinsip perjuangan mereka.
Tidak akan timbul sebarang prangsangka dan pertuduhan kepada mereka bahawa dengan itu mereka telah mengkhianati dasar pakatan mereka dengan PAS, kerana mereka telah pun mengambil dasar dan pendirian ini dari dulu lagi, dan akan meneruskannya buat selama-lamanya.
Tidak akan timbul sebarang prangsangka dan pertuduhan kepada mereka bahawa dengan itu mereka telah mengkhianati dasar pakatan mereka dengan PAS, kerana mereka telah pun mengambil dasar dan pendirian ini dari dulu lagi, dan akan meneruskannya buat selama-lamanya.
Pakatan akan diteruskan juga, dan nampaknya PAS pula yang cuba disingkirkannya dengan terhormat dari Pakatan, setelah mereka mendapat keuntungan dari dasar "menang. menang" tadi...kerana jika PAS meninggalkan mereka, maka besar kemungkinan mereka tidak akan rugi apa-apa pun dalam politik, kerana selama ini mereka telah banyak mendapat keuntungan dari segi politik, ekonomi, hartanah, dasar perumahan tertentu, dan lain-lain lagi, hasil dari kedudukan mereka bersama PAS dalam kapal yang sama, dibandingkan dengan hasil yang mereka perolehi ketika berjuang secara bersendirian sebelum ini..
Saya berbicara di sini, bukan dari segi dasar politik kepartian, jauh sekali dari persepsi partisan. Saya juga bukan pengkaji politik sepenuh masa, dan tidak mendalami kajian politik sebagai satu disiplin karier saya, tetapi saya hanyalah sebagai pemerhati politik di negara kita ini, iaitu sebuah negara yang mempunyai Perlembagaan yang mendaulatkan Islam, institusi Raja-raja, Bumiputra dan sebagainya. Tidak semestinya pandangan saya ini di persetujui orang lain.
Dari segi visi dan misi politik, perancangan dan sikap, serta dasar yang diambil oleh parti Melayu di negara kita nampaknya amat tidak konsistan, malah kadang-kadang tidak berlandaskan pentafsiran undang-undang yang di lindungi oleh Perlembagaan negara kita. Mungkin juga tidak mempunyai pandangan yang jauh ketika mereka melakukan perubahan dasar parti dan agendanya, tanpa perundingan dan syura ahli-ahlinya sendiri, sehingga keputusan yang di buat nampaknya menimbulkan kerisis dan kekhilafan yang besar di antara ahli-ahli dan pimpinan parti itu sendiri seperti yang terjadi di dalam PAS sekarang.
Apa-apa yang saya sebutkan di atas tentang PAS dan DAP adalah merupakan contoh sahaja, bagaimana umat Islam sendiri di seluruh dunia yang amat tidak konsistan dalam amalannya, tidak selari dan serasi dengan ilmu dan ajaran Islam itu sendiri di dalam banyak keadaannya, dan sering tertipu dengan tektik dan persepsi yang di gambarkan oleh lawan atau musuh mereka...
Oleh kerana sikap yang tidak konsistan dan tidak wujudnya iltizam di dalam amalan kita, maka amat sayangnya, telah terdapat banyak kerosakan dan keterlanjuran yang melanda umat dan negara Islam selama ini, yang banyak di antara mala petaka itu mungkin tidak dapat diperbaiki lagi, ibarat kata pepatah kita "nasi sudah menjadi bubur"...!!
Comments
Post a Comment