Posts

Showing posts from 2010
  KELAHIRAN NABI 'ISA   Terperi kisah Maryam Wanita suci ibu 'Isa Namanya Maryam Binti 'Imran Gadis soleh dan agong Sering memencilkan diri Di timur Baitul Maqdis Beribadat, berbakti kepada Allah Dilindungi dinding Beribadat seorang diri   Satu hari Seorang lelaki tampan menjelma Maryam segera berkata "Aku mohon perlindungan Allah Al-Rahman Dari gangguanmu Andainya kamu bertaqwa"   Lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku utusan Allah Untuk mengurniakan kamu Sorang bayi suci"   Lelaki itu Adalah Malaikat Jibril Membawa kabar akan kelahiran anak 'Isa Alaihissalam Bakal menjadi Nabi dan Rasul Kurniaan Tuhan Rabbul 'Alamin   Maryam cemas dan gugup "Bagaimana akan lahir seorang bayi Aku tidak disentuh lelaki Dan aku bukan wanita cemar?"   Jibri berkata Usah dihairankan Bukankah itu kehendak Allah Hal itu mudah bagi Tuhanmu Dan kelahiran bayi itu Bukti kekuasaan Allah Dan anugerah rahmat-Nya Untuk memimpin manusia dan kelahiran ini akan berlak...

NO COMMENT !

Komen-komen dalam Kompas on line, Khamis 30 Disember 2010, : " .Valentino : ....itu satu gambaran bahawa janganlah bangsa kita membanggakan diri berlebih-lebihan (bagi bonos 2.5 billiar sebelum berakhir di final) dan menganggap enteng lawan meski tanpa di duga Malaysialah yang jadi pemenangnya. Malaysia layak dapat juara AFF dari cara bermainnya..ilmu padi kian berisi kian merunduk. Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Indonesia : Takdir dari Allah bahawa tim nasional Indonesia gagal Arsyad Nawawi : Jangan salahkan takdir Zamroni : Setelah kalah baru bilang takdir Allah, tapi sebelum main kok sewa pawang hujan

MENUTUP TAHUN 2010

TAHUN 2010 DI PENGHUJUNGNYA, DAN TAHUN 2011 AKAN MENGAMBIL TEMPATNYA DIAMBANG ERA BARU. KITA BARU SAJA MENUTUP TIRAI TAHUN HIJRAH,1431, DAN MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN HIJRAH YANG BARU,1432. DEMIKIANLAH SILIH BERGANTI MASA BEREDAR DAN BERTUKAR. DALAM KITAB SUCI AL-QURAN, ALLAH SWT BERFIRMAN " DEMIKIANLAH HARI-HARI ITU KAMI SILIH GANTIKAN DI ANTARA MANUSIA" ARTINYA MENUSIA AKAN MERASAI PENGALAMAN DALAM HIDUPNYA YANG AKAN SENTIASA BERUBAH-UBAH. SEMUANYA ITU ADALAH UNTUK MEMBERIKAN IKTIBAR DAN PENGAJARAN. PERHATIKAN ALAM, PERHATIKAN FITRAH KEHIDUPAN, PERHATIKAN KEBESARAN ALLAH, KELEMAHAN MANUSIA, REZEKI YANG BERKURANG DAN BERTAMBAH, PENYAKIT YANG PERGI DAN DATANG, DEMIKIANLAH AMALANNYA, YANG BAIK DAN SALAH. PENGALAMAN INI MENJADIKAN MANUSIA BERFIKIR, ATAU LEKA DAN LUPA, SEDAR ATAU TIDAK, MENUJU KE PENGHUJUNG YANG BAHAGIA DUNIA AKHIRAT, ATAU MEMASUKI LORONG YANG GELAP TIADA KESUDAHAN. DEMIKIANLAH HARI-HARI BERLALU, HANYA MANUSIA YANG INSAF, SABAR DAN KUAT IMAN DAN IHSANNYA, AKAN MEN...
  WORDS OF WISDOM NO PERSON KNOWS WHAT HE WILL EARN TOMORROW, AND NO PERSON KNOWS IN WHAT LAND HE WILL DIE. VERYLY ALLAH IS ALL-KNOWER, WELL ACQUAINTED. (LUQMAN, 34) WHEN ALLAH SWT TAKES SOMETHING AWAY FROM YOU, HE COMPENSATES YOU WITH SOMETHING BETTER, BUT ONLY IF YOU ARE PATIENT AND SEEK YOUR REWARD FROM HIM. THE PROPHET SAW SAYS WHOEVER LOSES A LOVED ONE FROM THE PEOPLE OF THIS WORLD AND THEN SEEKS HIS RECOMPENSE WITH LORD, WILL BE COMPENSATED WITH PARADISE. SO DO NOT FEEL EXCESSIVE SORROW OVER SOME MISFORTUNE, BECAUSE THE ONE WHO DECREED IT HAS WITH HIM PARADISE : RECOMPENSE AND A GREAT REWARD. DURING HIS STRUGGLE TO SPREAD THE MESSAGE OF ALLAH, THE TRUE RELIGION, ISLAM, PROPHET MUHAMMAD SAW WAS TESTED WITH HARDSHIP WHEN HE LOST HIS BELOVED, CARING AND TRUSTING WIFE. ONE MONTH AFTER HER DEATH, HIS PROTECTER AND GUARDIAN UNCLE ABU TALIB DIED, THUS EXPOSING HIM TO THE WRATH OF THE QURIYSH. WHEN YOU WAKE UP IN THE MORNING, DO NOT EXPECT TO SEE THE EVENING – LIVE AS THOUGH TODAY IS ALL...

TAHNIAH !!!

TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA YANG MENGALAHKAN INDONESIA 3-0 HISTORY HAS TAUGHT US TO STRIVE FOR EXCELLENCE IN ALL AREAS. INILAH KONSEP WASATIAH, JADI UMAT DAN BANGSA YANG TERBAIK. PASUKAN BOLA SEPAK BENAR-BENAR MENCERMINKAN KESEPADUAN DALAM SATU, DAN MENTERJEMAHKAN KONSEP SATU MALAYSIA, YANG DI POLITIKKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR. AYOH, TANPA MENOLEH KE BELAKANG, ULANGI KEJAYAAN DI JAKARTA 29 DISEMBEER INI, DAN BUKTIKAN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA MULAI MENEMPA SEJARAH KEGEMILANGAN DALAM ERA BARU, ZAMAN BARU, DAN DALAM SEMUA BIDANG KECEMERLANGAN, SUKAN, POLITIK, SOSIAL, EKONOMI, PENDIDIKAN DAN SETERUSNYA. SYABAS, TAHNIAH SETINGGI GUNUNG.

Tarikh 26 Disember

26 Disember 2010 6 tahun yang lalu, tarikh ini merupakan tarikh tragedi. Ratusan ribu nyawa melayang di sambar Tsunami besar, kebanyakannya di Acheh. Tragedi kemanusiaan yang melibatkan banyak negara, selain Acheh, Phuket di Thailand, Sri Lanka, India, juga Pulau Pinang dan Kuala Muda di negara kita turut menerima tragedi ini, meskipun kita hanya mengalami kehilangan nyawa manusia sedikit saja. Tarikh ini sering menyerlahkan tragedi manusia, yang menyambut perayaan hari natal, berakhir dengan kematian dan bencana, pembunuhan, kebakaran bangunan, dan kemalangan jalan raya. Kita menyaksikan beberapa kemalangan jalan raya di negara kita yang mengorbankan nyawa, sama ada yang berdosa kerana meminum minuman keras, dan memandu dalam pengaruh akohol, atau yang tidak bersalah, kecuali kerana memandu kenderaan dengan amat laju, hilang kawalan, dan beertembung dengan pokok, atau kenderaan lain. Ada juga berita orang menyabung ayam di tengah hutan, berjudi, melanggar undang-undang Allah dan undan...

Sistem Trafik Kita Memandu Sebelah Kiri

Terimakasih atas pertanyaan. Sistem trafik, atau lalu lintas, di dunia ini terbahagi kepada dua sistem. Kenderaan yang steeringnya sebelah kiri, seperti di Amerika Syarikat, dan beberapa buah negara di benua lain,kenderaan itu hendaklah di pandu di sebelah kanan jalan. Kenderaan yang steeringnya di sebelah kanan, seperti di negara kita, United Kingdom, Indonesia dan beberapa buah negara lain,kenderaan itu di pandu di sebelah kiri jalan. Di negara kita pemandu duduk di tempat duduk depan di sebelah kanan, kerana steeringnya di sebelah kanan, dan ketika ia memandu kenderaannya, maka ia memandu di jalan sebelah kiri. Kalau dia memandu di atas jalan raya, maka dia memandu di lorong sebelah kiri sekali, kecuali kalau ia hendak memotong kenderaan di hadapan, ia hendaklah memotong di sebelah kanan, dan selepas memotong, dia hendaklah kembali ke lorongnya di sebelah kiri. Inilah caranya memandu kenderaan di negara kita, tidak kira sama ada jalan itu sempit, seperti jalan dua hala, iaitu yang t...

Hari Ini Bas Itu Pun Jatuh !

BARU SEMALAM SAYA TULIS TENTANG BAS YANG DIPANDU LAJU, MEMOTONG BANYAK KENDERAAN RINGAN DI ATAS JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA, DAN HARI INI BAS SEPERTI ITU PUN TERBALIK LINTANG PUKANG, MEMBUNUH PULUHAN ORANG PENUMPANG YANG AMAT MALANG.  SAYA INGIN KEMUKAKAN SEKALI LAGI CADANGAN SUPAYA BANYAKKAN KERETA RONDA POLIS DI ATAS JALAN RAYA TANPA LOGO, NAMA DAN SEBAGAINYA, IAITU KERETA BIASA, YANG BOLEH MENAHAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS KENDERAAN YANG MELAKUKAN KESALAHAN DI SEPANJANG JALAN RAYA, DAN LEBUH RAYA, SEPERTI YANG DILAKUKAN DI BEBERAPA BUAH NEGARA LAIN, TERMASUK DI SAUDI ARABIA, YANG PERNAH MENJADI TEMPAT KHIDMAT SAYA DULU.  MUNGKIN DENGAN CARA INI, PEMANDU-PEMANDU GORELA DAN MONSTER DI ATAS JALAN RAYA ITU AKAN MERASA BIMBANG DAN TAKUT DI AMBIL TINDAKAN. MUNGKIN ITULAH JALANNYA UNTUK MENGAJAR DAN MENDIDIK PEMANDU KASAR ITU. MUNGKIN JUGA PIHAK BERKUASA LEBEH ARIF BAGAIMANAKAH HENDAK MENDIDIK PEMANDU MALAYSIA. MUNGKIN SEKOLAH MEMANDU JUGA LEBEH TAHU APAKAH KU...

SATU HARI DI ATAS JALAN RAYA

SAYA RASA POLIS MALAYSIA HARUSLAH CUBA PELAJARI DARI AMALAN POLIS DI SAUDI ARABIA YANG SAYA PERHATIKAN KETIKA SAYA BERKHIDMAT DI SANA TIDAK LAMA DULU. KETIKA KEDERAAN MELAKUKAN KESALAHAN JALAN RAYA, MAKA AKAN TERDAPAT KERETA BIASA YANG AKAN MEMOTONGNYA DAN MENYALAKAN LAMPU YANG MENUNJUKKAN BAHAWA KERETA ITU ADALAH KERETA POLIS, YANG TANPA LAMPU TERSEBUT ORANG AKAN MENYANGKA BAHAWA KERETA ITU ADALAH KERETA BIASA, YANG DIPANDU OLEH ORANG BIASA. TUJUANNYA IALAH UNTUK MENAHAN SEBARANG KENDERAAN YANG MEMBUAT SALAH DI ATAS JALAN RAYA, SEPERTI MEMANDU LAJU, MEMOTONG SALAH, MELANGGAR LAMPU ISYARAT DAN SEBAGAINYA, DAN MENGELUARKAN KOMPOUN SERTA MERTA. HAL INI SAYA CADANGKAN, KERANA KALAU KITA BERADA DI ATAS JALAN RAYA, JALAN BIASA ATAU LEBUH RAYA DI NEGARA KITA, KITA DAPAT MELIHAT BANYAK PEMANDU YANG MELAKUKAN KESALAHAN LALU LINTAS YANG AMAT NYATA DI HADAPAN KITA, TANPA DIKENAKAN SEBARANG TINDAKAN, KERANA POLIS KITA HANYA MEMASANG KAMERA YANG TERLETAK DI TEMPAT TERTENTU SAHAJA, MENJALANKAN OPER...

KATA-KATA HIKMAH

ORANG MALAYSIA TAK SEHARUSNYA TERLALU EMOSI DAN TAKSUB. ORANG BERSALAH TETAP SALAH TANPA MELIHAT KEPADA KEDUDUKAN DAN STATUSNYA. ADA ORANG YANG MENGANGGAP DIRINYA SENTIASA BETUL, DAN ORANG LAIN SEMUANYA SALAH. KITA RAKYAT NEGARA MODEN DAN MAJU, JANGANLAH BERMENTALITI MUNDUR, MASIH DALAM MENTALITI ABAD 19 MANUSIA BUKANNYA NABI YANG MAKSUM, ADA DOSA PAHALANYA, SALAH DAN BETUL.

MENTALITI PELIK

SEMALAM KITA MENONTON TV TENTANG PENYELEWENGAN YANG DIBAWA KE DALAM MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA INI DENGAN AJARAN ASING YANG SESAT, DAN BERITA ITU DIJELASKAN DENGAN LEBEH LANJUT LAGI DI DALAM AKHBAR-AKHBAR PADA HARI INI, IAITU MENGENAI "KEGIATAN AJARAN SYIAH TEGAR YANG DIKHUATIRI BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA YANG DIKESAN BERGERAK AKTIF DI NEGARA INI BERIKUTAN PENAHANAN 200 PENGIKUT DAN KETUA KUMPULANNYA" (UTUSAN MALAYSIA, JUMAAT 17 DISEMBER 2010) HAL INI AMAT MENDUKACITAKAN KITA, KERANA SELAMA INI KITA MENYANGKA BAHAWA UMAT ISLAM DI MALAYSIA AMAT MATANG DAN AMAT BERILMU UNTUK MENERIMA SEBARANG PENYELEWENGAN YANG TERANG-TERANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM YANG SEBENARNYA. AJARAN INI AMAT MERBAHAYA JIKA TIDAK SEGERA DIBENDUNG DAN DIHAPUSKAN KE AKAR UMBI DENGAN SEBERAPA SEGERA, OLEH ITU AMATLAH DIHARAPKAN SEMOGA TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN SEGERA DIAMBIL KE ATAS PARA PENYELEWENG INI. NAMUN SATU HAKIKAT YANG AMAT MENAKJUBKAN KITA IALAH SIKAP DAN PENDIRIAN UMAT ISLAM YANG S...

TV AL-HIJRAH

Ketibaan satu Muharram selasa kelmarin menandakan satu detik baru bagi manusia, khususnya umat Islam, untuk memulakan satu hidup baru yang lebeh cemerlang. Dalam bidang pembangunan media letronik, kemunculan sebuah stesyen baru bagi satu saluran TV di negara kita merupakan satu kemunculan baru saluran TV pada permulaan tahun baru hijrah itu. Saluran baru tv itu ialah kelahiran TV Al-Hijrah di negara kita yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, pada 1 Muharram jam 8.30 malam bertempat di studio tv tersebut, iaitu dikompleks Pusat Islam lama, yang kini dijadikan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), berhadapan dengan Masjid Negara Kuala Lumpur. Stesyen tv yang baru ini membawa imej baru, iaitu bertemakan hijrah yang dihubungkan dengan perubahan dan kemajuan, berlambangkan hijrah sebagai satu permulaan untuk segala-segalanya, ilmu pengetahuan, keamanan, kedaulatan, kesepaduan, inovasi, dan sebagainya, berpaksikan Segalanya Bermula Di Sini.... Yang ditunggu-tunggukan oleh penont...
SEMUA AMALAN ADALAH DENGAN NIAT....! Mungkin Datin Sri Dr Wan Azizah berniat ikhlas ketika mengeluarkan kenyataan bahawa suaminya DSAI adalah anugerah Tuhan untuk menjadi pemimpin negara. Demikian juga ketika beliau mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan perjuangan ketuanan Melayu, mungkin juga dia ikhlas, kerana keikhlasan seseorang itu hanya diketahui oleh orang itu dengan Allah sahaja. Bagaimana pun ikhlas atau tidaknya seseorang itu mempunyai kaitan juga dengan konteks ketika pengucapan atau kenyataan itu dibuat. Datin Wan Azizah mengeluarkan kenyataan itu ketika beliau membuat ucapan politik dalam perjumpaan ahli politik partinya, maka agak sukar untuk kita menilai keikhlasannya. Tambahan pula mengikut etika dan adab Islam, seorang itu tidak seharusnya memuji dirinya atau orang terdekat dengannya bersandarkan kepada anugerah Allah, satu kurniaan Allah Maha Kuasa yang tidak dapat diukur dengan penilaian yang amat subjektif itu. Anugerah Allah adalah sesuatu yang amat " sacr...
APAKAH TUGAS AHLI POLITIK SEKARANG? Nampaknya ketika diadakan perhimpunan parti politik yang tertentu dari masa kesemasa, maka isu yang ditimbulkan sering merupakan penentangan terhadap parti lawan. Keritikan, serangan, bantahan dan sebagainya sering bergema dengan penuh emosi dan marah-marag tanpa asas di dalam ucapan dasar dan penggulungan, juga ucapan wakil-wakil tertentu. Semua serangan dan kecaman terhadap parti lawan ini amat bersifat konfrantasi dan permusuhan, yang sering kali pula bercorak perkauman dan keagamaan yang sempit dan menyakitkan, malah terdapat kecaman peribadi orang lain yang merupakan andaian sahaja. Negara kita mengalami sindrom ini, terutamanya sejak akhir-akhir ini, ketika parti pembangkang menjadi kuat dengan kemenangan yang agak besar di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Di dalam Prlimen, DUN, dan diluarnya juga terdapat konfrantasi dan serang menyerang di antara pembangkang dengan pihak Kerajaan, sehingga kadang-kadang terdengar kata-kata kesat dan k...
    MU'JIZAT ALLAH   Mu'jizat dan kuasa Allah Apabila Dia berfirman Kun Fa Yakun maka jadilah apa-apa saja.   Adam diciptakan dari tanah Menghuni syurga bersama Hawa' Kemudian berlaku kesilapan Lalu turun ke dunia Menjadi penghuninya Hingga ke anak cucunya   (2) Maryam menerima tiupan Roh langsung dari Allah Tanpa sentuhan lelaki 'Isa dilahirkan Dengan mu'jizat-Nya Mengatasi jadian alam   (3) Mu'zijat Allah meyakinkan Hati sanubari Prangsangka dan andaian Manusia tanpa iman, bongkak Ilhad tidak percaya Tuhan Sombong dengan sains jadian Ciptaan tangan mereka sendiri   (4) Nabi 'Isa membuktikannya Lahir sebagai putera istima Telah berbicara Ketika masih dalam buaian Lalu terus berbicara Hingga dewasa sebagai seorang Nabi   (5) 'Isa diutuskan untuk Bani Israel Kaum Yahudi serba ingkar Nabi dan Rasul istimewa Menyeru kepada agama tauhid "Buktikan!" Kata mereka "Ya, aku d...
RADIKALISME BUKAN SIFAT ISLAM ( Siri Ketiga - Akhir) Islam sebenarnya mempunyai sikap yang amat terbuka terhadap bangsa lain yang tidak beragama Islam, iaitu seperti yang juga ditegaskan oleh Al-Quran tentang kejadian manusia yang terdiri dari berbagai-bagai puak dan bangsa, sama juga seperti kejadian manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan, juga kejadian manusia yang terdiri daripada kepelbagaian warna kulit dan bahasa, maka manusia seluruhnya tanpa mengira jantina dan bangsa, warna kulit, bahasa dan budaya, adalah diciptakan untuk berinteraksi, bekerjasama dan berbaik-baik di antara semua umat itu. Malah Al-Quran memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan mencela atau mencerca apa-apa benda yang disembah oleh orang-orang lain yang menyembah selain daripada Allah, supaya mereka pula tidak akan mencerca Allah dengan melampaui batasan tanpa ilmu. (Al-Quran 6:108). Jadi berdasarkan sikap terbuka dan toleransi ini, tidak mungkin sama sekali bagi sesiapa pun melemparkan fitnah ...
SIKAP RADIKAL ISLAM : APAKAH PUNCANYA? (SIRI KEDUA) Ketika menjalankan dasar kuku besi penjajahan itu, apa bila timbul sahaja penentngan dari rakyat umum, seperti perbuatan rakyat Palestin yang bertindak membaling batu kepada askar-askar Israel, atau melancarkan roket jarak dekat ke bumi Israel, maka mereka akan segera bertindak balas dengan senjata berat yang membunuh begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, sedangkan batu yang dibaling rakyat Palestin, dan roket yang dilancarkan itu tidak membawa sebarang bahaya yang serius kepada askar atau orang awam penjajah itu. Para pejuang yang bertindak untuk memerdekakan tanah air mereka itulah yang dianggap sebagai puak pengganas, radikal dan ekstrem.   Sebaliknya para pemimpin imperialis Barat yang bertindak merampas atau menjajah tanah air dan negara orang lain dan melakukan segala penyeksaan kepada rakyat, merekalah yang dianggap oleh dunia sebagai penyelamat umat manusia yang cintakan keamanan, pada hal merekalah yang sebenarnya bertinda...

JIKA KITA LEKA.......

Jika kita leka, segala yang berasal dari kita pun boleh diambil orang. Yang kita punya itu jangan kita anggap akan berada di tangan kita selama-lamanya, tetapi orang lain yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh akan berjaya merampasnya dari kita. Inilah yang berlaku dalam permainan yang berasal dari kita seperti "sepak raga" telah dirampas oleh orang lain dengan nama baru "sepaktakraw" Saya teringat hal ini kerana dalam sukan Asia yang berlangsung di China sekarang ini, sudah empat kali, kalau tak salah saya, Thailand merampas kejuaraan permainan itu dari kita. Permainan sepak raga itu telah dimain oleh nenek moyang kita sekian lama, telah menjadi kebudayaan dan permainan rakyat kita di merata kampung dan desa, tetapi apa bila di permodenkan, dan semua orang mulai meminatinya, mulai menjadi permainan dalam temasya sukan antarabangsa, maka kita ketinggalan di belakang, permainan yang menjadi darah daging keturunan kita itu, telah di kuasai oleh orang lain. Kita t...
HORMATI PERLEMBAGAAN : MAJLIS PERUNDINGAN AGAMA-AGAMA Majlis Perundingan Agama-Agama Malaysia : Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao melalui Presidennya Dr. Thomasa Philips, telah mengeluarkan kenyataan yang amat positif dan tepat pada masanya iaitu menggesa semua rakyat negara kita supaya menghormati Perlembagaan yang mengandungi kontrak sosial bagi mewujudkan keadilan sosial dan perpaduan di negara ini. Ketika saya mengetuai Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam tahun 90an lagi, Majlis ini sering mengadakan dialog dengan IKIM bagi mencari jalan mewujudkan kesefahaman agama di Malaysia, kerana isu agama adalah merupakan isu yang paling sensitif bagi rakyat negara berbilang agama ini. Saya merasa bangga kerana Majlis ini masih aktif bergerak dalam masyarakat bagi mencari jalan kemanan dan perpaduan yang berterusan di dalam negara kita. Hanya ketua-ketua agama sendiri yang merupakan para pelaku yang dapat memainkan peranan yang penting dalam memahami keadaan masyarakat berbila...
WASATIYYAH : AGENDA UMAT YANG DINAMIK (Bahagian ke-3 – Akhir) "Umatan wasatan" ialah umat yang dinamik, kuat dan maju dalam bentuk dan agenda perjuangan yang sejajar dengan agama dan ajarannya yang lengkap dan menyeluruh., bukan merupakan umat yang mengambil sesetengah bahagian sahaja dari ajaran agamanya. Dalam hal ini, kita merasa sukacita apa bila melihat tafsiran-tafsiran yang membina di dalam kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu, termasuk Pimpinan Al-Rahman yang memberikan huraian yang dinamik ketika mentafsirkan ayat yang saya sebutkan di atas, iaitu tentang "ummatan wasatan". Ayat 143 dari Surah Al-Baqarah itu diberikan pengertian begini: "Dan demikianlah ( sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus) Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang men...
SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA SEMUA SNAK SAUDARA, HANDAI TOLAN, JAUH DAN DEKAT. SELAMAT BERKORBAN DAN SEMOGA MENDAPAT GANJARAN BERGANDA DARIPADA ALLAH SWT. MAAF SALAH SILAP DAN SESUATU YANG TERKASAR BAHASA, SEMOGA KITA KEMBALI BERSIH SEPERTI DILAHIRKAN DALAM FITRAH. KULLU SANAH WA ANTUM BI KHAIR
SIKAP RADIKAL : APAKAH ISLAM PERLU DISALAHKAN ? (SIRI PERTAMA) Peristiwa yang berlaku dengan agak rancak dan memakan korban ramai nyawa yang tidak berdosa yang sedang berlaku di dalam dunia moden pada hari ini menunjukkan bahawa umat manusia sekarang ini lebeh cenderong mengambil pendirian radikal dan ekstrem dalam memperjuangkan kes masing-masing, dan lebeh yakin kepada cara ganas untuk mencapai objektifnya, walau pun dalam kebanyakan kes, cara ganas seringkali tidak membawa kepada kejayaan.   Setiap hari ketika membaca akhbar atau menonton berita di kaca TV, kita dapat melihat peristiwa berdarah berlaku di sana sini. Tindakan membunuh manusia seolah-olah menjadi satu permainan harian yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan dari satu segi yang lain, nyawa manusia kelihatan lebeh murah dari nyawa semut dan lipas, yang boleh dibunuh dengan amat senang dan sesuka hati pada bila-bila masa sahaja.   Cara membunuh orang juga menjadi lebeh kompleks lagi pada hari ini, iaitu dengan ter...
WASATIYYAH : TUNDUK KEPADA DEFINESI BARAT? (Siri Kedua) Dalam salah satu siri CNN Larry King Live selepas peristiwa 11 September, seorang pendeta Yahudi memetik beberapa ayat al-Quran untuk menyokong hujahnya bahawa Islam adalah satu agama yang keras, tidak toleran, dan tidak mesra dengan umat lain dengan mengambil contoh dari ayat 51 Surah Al-Maidah di luar konteks. Ayat itu bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah menjadikan Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat, kerana sesetengah dari mereka menjadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain, dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kepada kaum yang berlaku zalim" Ayat ini sebenarnya merupakan amaran Allah kepada umat Islam tentang tindakan kaum-kaum tersebut yang mempunyai permusuhan terhadap agama Islam dan umatnya, iaitu mereka yang ternyata mempunyai niat yang jahat dan berusaha ...
  Lihat apa kata Clinton ?   Inti International University di Nilai menyaksikan Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat, yang berubah perangai dan cakapnya, dibandingkan semasa dia datang ke Malaysia semasa masih menjadi Presiden AS menyeru kepada "reformasi" dan membelakangkan pihak berkuasa Kerajaan lebeh sedekad yang lalu.   Kini dia menjadi "mantan" President, dan memberikan nasihat kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia dalam nada yang amat positif dan penuh "hikmah". Itulah perubahan yang dialaminya ketika dia tidak lagi menjadi Presiden, dan tidak lagi tertekan dengan pandangan politik dan dasar luar negaranya AS yang merupakan sebuah negara yang menjadi "polis dunia". Kini dia menjadi orang bebas yang boleh bercakap atas nama peribadinya. Dia menjadi lebeh mesra dan bebas.   Dia menyeru Kerajaan dan para ahli politik dunia supaya menumpukan usaha kepada politik yang penuh harapan, tidak kepada politik yang penuh dengan rungutan dan ras...
  APAKAH 'WASATIYYAH" BERARTI MENYERAH KALAH ? (siri pertama)   Sejak konssep "wasatiyyah" di ketengehkan akhir-akhir ini di dalam masyarakat kita sebagai sifat dan sikap umat Islam, maka telah timbul berbagai-bagai kesalah fahaman tentang pengertian sebenarnya konsep ini. Kenapakah hal ini berlaku? Saya akan cuba memberikan jawapan tentang persoalan ini di dalam beberapa siri tulisan di sini, dimulai dengan tulisan ini sebagai siri yang pertama, dan akan disambung dengan siri-siri berikutnya kemudian. Kesalah fahaman tentang sesuatu istilah yang dihubungkan dengan agama sering timbul kerana kekeliruan umat Islam sendiri dalam memahami agamanya itu secara menyeluruh. Kekurangan ilmu tentang konsep dan falsafah serta hukum hakam agama sering membawa kepada kesalah fahaman tentang ajaran dan misi Islam itu sendiri sebagai "Ad-deen" atau "cara hidup yang lengkap dan menyeluruh". Lebih menyedihkan lagi, kesalah fahaman tentang agama ini juga ser...