12 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUABELAS (29 JUN 2015) APA ITU AKHLAK?
Sesampainya Pak Hariri ke pentas lalu anak muda ini bersuara di dalam mikrofon "Tuan Puan sekelian, saya mengucapkan selamat datang kepada Pak Hariri yang bijak sana, namun saya nak mula berbicara, bukan sebagai Pengerusi tetapi sebagai seorang peserta dialog"
Pak Hariri membiarkan dia bercakap, malah mengisyaratkan kepadanya supaya meneruskan percakapan.
"Walau pun saya generasi muda, dan penyair Nizar Qabbani, telah agak lama meninggal, tetapi saya nampak dia ini bermadah dan berbicara seperti pemikiran kami orang muda. Dia bukan seperti penyair lama yang bersyair dalam bentuk lama, tanpa menyedari realiti masyarakat zaman kini" dia berhenti sejenak
"Jadi apakah yang anak mahu pada malam ini?" tanya Pak Hariri
"Saya mahu kita teruskan pembicaraan puisi ini dan mesej yang hendak disampaikannya, serta motif keseluruhan puisi ini"
"Itu sahaja?" tanya Pak Hariri lagi. Pemuda ini menganggukkan kepalanya, dan Pak Hariri segera memanggil Kasim untuk meneruskan ulasannya.
Kasim mengambil tempat di depan, dan memulakan percakapan "Memang tepat perkara yang dikatakan oleh saudara kita itu. Terlalu jarang para penulis lama yang dapat menyelami pemikiran generasi baru, dan mencuba untuk menganalisis keadaan semasa sekarang, yang menjadi pemikiran kami"
Kasim kemudian meneruskan pembacaan puisi Nizar Qabbani dalam bahasa Inggeris.
"Would you permit me to teach my daughter that God is about love,
and she can dialogue with Him and ask Him anything she wants,
far away from the teachings of anyone?
Would you permit me not to mention the torture of the grave to my
children,
who do not know about death yet?"
"Komennya" kata Kasim " dalam ungkapan ini pemuisi menekankan tentang kesilapan pendidikan kita tentang agama, sama ada di rumah atau di institusi pengajian ialah ketika kita sering melupakan fokus kita ketika kita sedang membina generasi baru untuk menjadi generasi yang bermoral dan berakhlak, dengan mengamalkan nilai-nilai moral yang baik, kerana kita tidak memberikan fakta dan ajaran agama yang sebenarnya dalam pembentukan peribadi dan masyarakat yang penyayang, bersih fizikal dan spiritualnya, sebab itulah penekanan haruslah ditekankan tentang aspek ini, bukan terus mengajar tentang seksa dan azab seperti seksa kubur umpamanya, sedangkan anak-anak kecil ini belum pun memahami apakah ertinya mati itu"
Kasim berhenti di situ dan dia meninjau kepada jemaah wanita, melihat kalau-kalau Ustazah Mariam akan memberikan reaksinya yang keras seperti semalam. Rupa-rupanya Ustazah Mariam tidak ada pada malam ini.
Kasim kemudiannya meneruskan pembacaan puisi Nizar dalam bahasa Inggeris:
"Itulah halnya apa bila kita hanya mementingkan keterampilan ketika mengajar sirah dan mendidik anak-anak kita supaya mencontohi Nabi Muhammad SAW, sedangkan akhlak mulia, keikhlasan, sifat patuh dan taat kepada kebenaran tidak kita tekankan"
sudikah anda
mengizinkan saya
untuk mendidik anak
perempuan saya bahawa Tuhan itu adalah pengasih
lalu dia boleh
berbicara dengan-Nya dan mohon kepada-nya apa-apa saja yang dia mahu, jauh
sekali dari ajaran orang lain?
Sudikah anda
mengizinkan saya
Tidak memperikan
tentang azab kubur kepada anak-anak saya
Yang belum pun
mengetahui tentang makna kematian?
"Komennya" kata Kasim " dalam ungkapan ini pemuisi menekankan tentang kesilapan pendidikan kita tentang agama, sama ada di rumah atau di institusi pengajian ialah ketika kita sering melupakan fokus kita ketika kita sedang membina generasi baru untuk menjadi generasi yang bermoral dan berakhlak, dengan mengamalkan nilai-nilai moral yang baik, kerana kita tidak memberikan fakta dan ajaran agama yang sebenarnya dalam pembentukan peribadi dan masyarakat yang penyayang, bersih fizikal dan spiritualnya, sebab itulah penekanan haruslah ditekankan tentang aspek ini, bukan terus mengajar tentang seksa dan azab seperti seksa kubur umpamanya, sedangkan anak-anak kecil ini belum pun memahami apakah ertinya mati itu"
Kasim berhenti di situ dan dia meninjau kepada jemaah wanita, melihat kalau-kalau Ustazah Mariam akan memberikan reaksinya yang keras seperti semalam. Rupa-rupanya Ustazah Mariam tidak ada pada malam ini.
Kasim kemudiannya meneruskan pembacaan puisi Nizar dalam bahasa Inggeris:
Would
you permit me to teach my son that following the footsteps of the Honourable
Prophet begins with his honesty, loyalty and truthfulness,
Before
his beard or how short his thobe (long shirt/dress) is?
Sudikah anda
mengizinkan saya untuk mengajar anak lelaki saya
Bahawa mencontohi Nabi
Besar haruslah dimulai dengan kebenara
n, ketaatan dan keikhlasannya
sebelum mempelajari
tentang janggut dan panjang pendek jubahnya?
"Itulah halnya apa bila kita hanya mementingkan keterampilan ketika mengajar sirah dan mendidik anak-anak kita supaya mencontohi Nabi Muhammad SAW, sedangkan akhlak mulia, keikhlasan, sifat patuh dan taat kepada kebenaran tidak kita tekankan"
"Betul Kasim" celah seorang jemaah lelaki separuh umur yang berpakaian jubah dan serban. Kasim fikirkan dia akan marah dengan ungkapan syair ini, tetapi rupanya tidak "Saya baru saja tenguk TV malam tadi, satu kumpulan jemaah yang pergi ke Makkah untuk umrah telah ditipu oleh seorang yang berjubah semasa di Kedah sebelum bertolak dulu"katanya.
"Dia menerima tawaran "Pak Haji" ini untuk menguruskan pemergiannya ke Makkah dengan 8 orang keluarganya, dan berjanji akan menguruskan semuanya dari mutawwaf, tempat kediaman, makan minum, pengangkutan di Madinah, Makkah dan Jeddah. Mulutnya manis, pakaiannya warak, sambil bercakap sambil berwirid memegang buah tasbih, tetapi apa dah jadi?" tanyanya. "Kena tipu?" tanya seorang jemaah lain
"Betul. Kena tipu. Dari Malaysia lagi, keluarga ini terpaksa bermalam di rumah kawan-kawan di Kuala Lumpur kerana pesawat yang dijanjikan tidak berlepas pada masa yang dijanjikan. Lewat tiga hari. Sampai di Madinah, tak ada sesiapa pun yang tunggu, lalu terpaksa merayau sendiri, belanja sekadar mana wang yang ada, cari pengangkiutan sendiri ke Makkah, dan di Makkah pun tak ada sesiapa yang tunggu, tak ada tempat tinggal, makan minum dan urusan perubatan, kerana dua orang warga tua bersama rombongan ini demam dan batuk"
"Kenapakah tak semak dulu status syarikat itu di Malaysia?" seorang wanita bertanya.
"Manalah sangka"Jawab jemaah itu "Mereka tenguk orang alim dan warak yang berjumpa mereka, tak kan pula orang ni nak tipu"tambahnya "Nilah orangnya tuan puan sekelian. Hati tak bersih, tidak ikhlas dan tidak amanah langsung. Kalau orang yang berakhlak sanggupkah dia menipu wang ringgit orang, tambahan pula memperdagangkan agama untuk keuntungan dan isi tembolok sendiri, tanpa takut dan malu kepada orang, apa lagi takut dan malu kepada Allah, jauh sekali" kata jemaah itu dengan marah dan sedih. "Inilah sifatnya orang yang disebutkan oleh Allah sebagai orang yang buta, tuli dan bisu, yang tidak mempunyai mata hati sama sekali"...
Kasim kemudian menutupkan perbincangannya dengan ungkapan seterusnya dari karya Nizar Qabbani:
Would you permit me to say, that God has forbidden killing the
human spirit
and who kills wrongly a human being is as if he killed all human
kind,
and no Moslem has the right to frighten another Moslem?
and no Moslem has the right to frighten another Moslem?
Would you permit me to teach my children that God is greater,
more just, and more merciful than all the (religious) scholars on
earth combined?
And that His standards are different from the standards of those
trading the religion,
and that
HIS
accountability is kinder and more merciful.
Would you permit me?"
Sudikah anda mengizinkan saya untuk
bersuara
Bahawa Tuhan melarang manusia membunuh
sama sendiri
Dan sesiapa yang membunuh seorang lain
secara salah
Seolah-olah dia membunuh keseluruhan
umat manusia
Dan tidak seorang pun orang Islam yang
boleh menakut-nakutkan orang Islam yang lain?
Sudikah anda
mengizinkan saya untuk mengajar anak-anak saya
Bahawa Tuhan itu maha
besar, maha adil, dan maha pengasih dari semua ulamak di atas muka bumi ini?
Dan pertimbangan-Nya
adalah berbeza dari pertimbangan orang-orang yang memperdagangkan agamanya
Dan sesungguhnya
ganjaran-Nya lebih pemurah dan lebih penyayang
Sudikah anda mengizinkan
saya?
Comments
Post a Comment