13 RAMADHAN 1436 - EPISOD KETIGABELAS (30 JUN 2015) SAMPAI BILA NAK BERBINCANG...?

Di Surau mana-mana pun, malah di dalam majlis ilmu, tazkirah, ceramah dan perjumpaan lainnya tentang agama Islam, orang akan terus membicarakan masalah dan isu agama yang mempunyai kepelbagaian pendapat, atau tegasnya masalah-masalah ijtihad, yang terdapat perbezaan pendapat oleh para ulamak.

Paling banyak timbul ialah isu amalan sunat yang dilakukan setahun sekali di dalam bulan puasa, seperti berapa raka'at sembahyang terawih, bila nak sembahyang witir, seleps Terawih terus, atau balik dulu, witir di buat selepas sembahyang malam, tahajjud dan sebagainya yang dilakukan individu di rumah.....

Isu ini biasanya menimbulkan konflik dan masing-masing mempertahankan pandangan ulamak yang di anutinya, dan menghukum orang lain tidak betul, dan sebagainya.

Tahun depan timbul lagi, sehingga isu ini menjadi isu bermusim sejak puluhan tahun yang lalu, dan melibatkan personaliti ulamak lama dan baru, terutamanya yang di puja ramai, kerana ilmunya dan penglibatan aktifnya di dalam politik, kebajikan, atau NGO's.

Akhirnya perbincangan terbuka di surau Pak Hariri, iaitu melibatkan para intelek dan profesional saintis, pakar jurutera, perubatan, konporat, industri dan sebagainya mengambik kesimpulan bahawa kita amalkanlah seperti biasa, masing-masing mempunyai kebebasan nak buat perkara yang sunat ni pada bila-bila masa yang perlu.

Kesimpulan mereka senang saja, iaitu oleh kerana isu ini kebanyakannya melibatkan kehadiran banyak fatwa dan pandangan tertentu, maka biarlah orang yang tidak berninat tentang perbezaan pendapat, dan mengambilnya sebagi satu perkara wajib dan haram, biarlah mereka diberikan kebebasan bilakah nak buat perkara-perkara yang sunat itu, iaitu umpamanya sembahyang Terawih, biarlah siapa-siapa nak buat lapan, dan yang lain-lain nak buat dua puluh, silakan....nak sembahyang witir terus, atau tunggu balik, buat witir selepas bangun sembahyang malam, umpamanya, buatlah begitu.

Sekarang pun hal itu berlaku dengan berleluasa, dan tak perlulah dibangkitkan, dibicarakan, di hukum, malah di tunjukkan contoh perkara-perkara yang telah selesai dibicarakan saban tahun itu, kerana kalau diteruskan maka sampai bilakah hal-hal ini akan di polemikkan? Sampai Kiamat?
Wallahu a'lam

"Baliklah kita ramai-ramai malam ini, dah selesai terawih dan witir"

"Nizar Qabbani pun di sana sini di dalam puisinya memberikan isyarat serta pandangannya dalam isu-isu begini, tetapi dia pun manusia biasa, tak semestinya dia bercakap sebagai fatwa, hanya pendapat peribadi. Siapa bersetuju dengannya, atau tidak bersetuju, buatlah sendiri segala agenda yang terbaik, asalkan jangan bercanggah denga isu halal haram, dosa pahala yang nyata dan jelas dari ajaran agama"

Masing-masing mengangkat kaki keluar dari surau, balik ke rumah makan cucur udang, pulut lemak, kuih-kuih lain dan sebagainya...

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....