6 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEENAM (23 JUN 2015) JIHAD DAN ISIS
Pihak Surau telah menyediakan kain rentang khas hasil dari cadangan jemaah supaya majlis perbincangan di ubah nama menjadi majlis Dialog, bukan Debat...
Kain rentang itu di pasang di pintu pagar, dan satu lagi di dinding sebelah pintu utama surau....Dan kain rentang malam ini tertulis "Majlis Dialog Jihad di Syria/ISIS" dan di bawah tajuknya di tulis "Oleh Penceramah Mistri" bertujuan untuk menarik seberapa ramai jemaah datang bersembahyang kemudian menyertai majlis dialog...
Pak Hariri sekali lagi menjadi pemain utama bagi mengendalikan majlis malam ini, dengan tajuknya yang sedang di perkatakan dengan hebohnya di seluruh dunia pada masa kini...iaitu berkaitan dengan satu kumpulan jihad yang sedang bertempur di Syria, dikenali dengan nama ISIS.
Tiba masanya, Pak Hariri kelihatan amat gagah dan megah membawa masuk anak muda berjambang ke tengah pentas. Mereka berdua duduk dengan tenang di atas kerusi masing-masing mengadap para jemaah yang penuh sesak di dalam dewan sembahyang surau, yang dianggarkan kira-kira lima ratus orang...
Pemuda inilah minggu lalu yang menyapa Pak Hariri dan memberikan namanya sebagi Halim, anak Pak Mat, kawan Pak Hariri semasa mereka sama-sama belajar di Kolej dulu, agak lama kira-kira 40 - 45 tahun dulu. Tetapi para hadirin majlis ini belum mengetahui sesuatu apa pun tentang nama dan pengalaman pembicara ini, kerana pada kain rentang majlis hanya di tulis "penceramah mistri"
Halim, dalam pertemuan pertamanya dengan Pak Hariri tempoh hari menyebut bahawa arwah bapanya semasa hayatnya pernah berpesan kepadanya supaya mencari seberapa banyak kawannya untuk di hubungkan kembali tali silatur-rahim antara keluarga, dan mencari anak-anak kawannya untuk di jadikan kawan dan teman bagi Halim sendiri. Ini merupakan sunnah Rasulullah SAW .
Halim, berjambang hitam, tetapi tidak begitu tebal. Dia tidak memakai songkok atau sebarang kopiah lain. Bajunya juga hanya baju Melayu biasa, warna biru laut, serta berkain pelekat warna biru tahi anjing.
"Saya kenalkan kepada para jemaah sekelian, inilah pembicara mistri kita pada malam ini, namanya Halim" Pak Hariri membuka majlis, setelah mengucap salam dan berselawat seperti biasa ketika memulakan majlis.
Halim bangun berdiri. Tubuhnya nampak tegap dan tinggi, dengan wajahnya iras-iras Hang Tuah seperti yang di khayalkan oleh para pelukis wajah pahlawan Melayu itu.
Dia tersenyum, melihat ke kiri dan ke kanan, tetapi raut mukanya agak serius dan berpandangan jauh, kemudian duduk kembali, dengan membiarkan Pak Hariri meneruskan majlis.
"Bapak dia dulu ialah orang Ko' Diang, Kedah, baru meninggal, dan saya banyak bergambar dengannya semasa kami sama-sama belajar di Kolej, sebab itulah Halim dapat mengecam muka saya, sungguh pun gambar-gambar semuanya dalam bentuk hitam puteh, dan kami semua masih teruna, belum kawin pada masa itu" sambung Pak Hariri dengan menggambarkan air muka yang jernih dan bangga.
"Tanpa melengahkan waktu lagi, saya dengan megahnya mempersilakan Halim bin Ahmad Mahdi, untuk memulakan majlis dialog kita ini, mengikut apa saja cara dan pendekatan yang hendak di perkatakannya." Tetapi Pak Hariri nampaknya masih mahu membicarakan sesuatu, lalu ia pun menyambung "Bapanya orang seni, dan pemain bola yang lincah. Pernah mewakili Kolej kami dalam liga bola sepak Daerah, cuma dia ni tidak bermain jahat seperti beberapa orang kawan kami" . Pak Hariri kemudiannya duduk dan memberi isyarat kepada Halim supaya memulakan perkongsiannya.
Halim mengambil tempat di hadapan meja yang siap mempunyai mikrofon pembesar suara...dia memulai dengan mukaddimah yang pendek, tapi bunyinya seakan-akan bunyi suara Arab, garau dan nyaring,,,,
"Saya baru balik dari perantauan, yang dikatakan tanah jihad di Syria" jelasnya "Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air...Saya hampir menjadi korban tentera Syria. Pada satu malam, saya dan sekempulan pejuang dari negara Arab lain, memasuki sebuah perkampungan yang telah ditawan oleh pemberontak Syria, dan kami tersalah masuk lorong, saya bagaimana pun berseorangan di jalan lain, kalau tidak tentulah saya juga sama-sama terkorban seperti teman-teman bersama saya itu....Mereka semuanya di tembak mati...dan saya terlepas...."
Halim terdiam sekejap, tetapi dalam masa yang sama, terdengar kecoh-kecoh suara orang yang bunyinya agak cemas, berlari-lari masuk ke dalam surau, dan terdapat juga sekumpulan lain yang berlari keluar..
Rupa-rupanya terdapat sekumpulan pasukan keselamatan yang baru tiba dan mereka terus masuk menuju ke arah Halim sambil memegangnya, kiri kanan, depan belakang. Mereka berbisik sesuatu ke telinga Pak Hariri, dan kemudiannya memberi salam kepada para jemaah, sambil membawa Halim keluar dan hilang ditenggelami suasana malam dalam kenderaan yang meluncur laju meninggalkan pekarangan Surau dan orang ramai yang baru saja mulai mendengar perkongsian pengalaman Halim itu. Mereka nampaknya amat hampa kerana tak sampai ke mana lagi ceritanya, dia telah di bawa pasukan keselamatan...
Tidak lama kemudian, Pak Hariri membuat pengumuman kepada jemaah sekelian, yang menyatakan bahawa pasukan keselamatan baru mendapat maklumat tentang majlis ini, dan sebagai langkah berjaga-jaga, mereka perlu menemu bual Halim dan menyiasat latar belakangnya. "Insya' Allah kalau semuanya selesai dengan baik, Halim bolehlah meneruskan bicaranya, mungkin sehari, mungkin dua, atau seminggu, dua minggu, malah mungkin lebih lama lagi, wallahu a'lam. Kita doakan semua, malam esok Halim akan kembali ke sini dan kita akan meneruskan majlis ini..." Pak Hariri memberikan harapannya yang tinggi dengan penuh yakin...
Namun seperti firman Allah SWT di dalam Surah Luqman ayat 34 "Sesungguhnya di sisi Allah jua lah pengetahuan yang tepat tentang hari Kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-sebenarnya yang ada di dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seorang pun yang (benar-benar) mengetahui apa-apa yang akan diusahakannya esok, dan tiada seorang pun yang (benar-benar) mengetahui di bumi manakah ia akan mati, sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya"
"Tinguklah esok, bagaimana!" kata Pak Hariri mengalas cakapnya dengan mesej Al-Quran...

Comments
Post a Comment