PUASA SUNAT ; PERLUKAH DI PERTIKAIKAN?
PUASA - MENGULANGI PERTELINGKAHAN
Dulu arwah ibu bapa dan anggota keluarga sering berpuasa tiga bulan. Dua bulan bagi bulan Rejab dan Sya'ban, sebulan lagi berpuasa bulan Ramadhan, jadi semuanya tiga bulan orang berpuasa.
Dulu tidak ada orang yang membantah, menyokong atau menimbulkan konflik tentang berpuasa tiga bulan ini. Ibadat ini untuk Allah SWT, dan orang yang bersukarela mengerjakan puasa dua bulan sebelum Ramadhan adalah melakukannya kerana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu dan anak pinak serta orang Melayu di mana-mana pun berpuasa tiga bulan mengikut nenek moyang mereka. Mereka berniat untuk berpuasa sunat kerana Allah SWT, dan mereka sendiri pun tidak pernah menjamin bahawa puasa mereka diterima oleh Allah atau tidak, kerana hal itu bukanlah urusan mereka sebagai hamba Allah,,,tetapi urusan Allah..
Yang berpuasa tentulah memikirkan apakah salahnya mengerjakan ibadat untuk Allah selain dari ibadat fardhu dan wajib. Yang tidak berpuasa pun dua bulan Rejab dan Sya'ban itu, tidak pernah pula terfikir yang dia telah melanggar perintah Allah, kerana puasa dua bulan itu diniatkan sebagai puasa sunat oleh orang-orang yang melakukannya...yang sunat itu bukan wajib, buat dapat pahala, tak buat pun tidak berdosa...
Tetapi sekarang setiap kali menjelangnya bulan Rejab dan Sya'ban sebelam berpuasa Ramadhan, maka orang-orang yang berpuasa Rejab dan Sya'ban itu akan mendengar berbagai-bagai fatwa tentang ibadatnya. Ada dihukumkan berdosa kerana berpuasa Rejab dan Sya'ban. Ada yang menerima fatwa-fatwa, bahawa puasa dua bulan sebelum Ramadhan itu adalah bid'ah, dan bid'ah adalah sesat, dan yang sesat akan masuk neraka.
Kalaulah nenek-nenek kita yang pernah berpuasa pada zaman mereka dulu sebanyak tiga bulan berturut-turut, termasuk puasa Ramadhan, bangun dari kubur mereka dan mendengar orang berfatwa bahawa mereka telah melakukan kesalahn kepada Allah kerana berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'ban, tak taulah bagaimanakah akan mereka bertindak dan apakah perasaan mereka....??
Inilah sebenarnya konflik bermusim yang berlaku setiap tahun, saban tahun akan muncullah para mufti, termasuk mufti lantikan sendiri, yang akan bangun bersuara dengan lantang, menghantar pesanan ringkas atau watsup melalui telefon bimbit kepada orang awam tentang dosa pahalanya hal ini, tentang salah benarnya perbuatan itu, neraka atau syurga untuk mereka, malah menghukum dengan penuh yakin tanpa sebarang penjelasan yang tertentu...yang ini akan masuk syurga dan yang itu akan masuk neraka, yang ini melakukan dosa, yang itu melakukan amalan yang mendapat pahala, seolah-olah manusia inilah yang menentukan hukum syurga neraka sebelum Allah SWT menentukannya...dan seolah-olah semua orang boleh menjadi hakim dan qadi, untuk menjatuhkan hukum sahaja siang malam, tanpa menjadi agen ilmu pengetahuan untuk memberikan penjelasan kepada orang awam secara yang jelas tanpa menjatuhkan hukum, malah membiarkan orang lain berfikir tentang amalannya,,,
Patutlah alam Islam ini sedang mengalami keadaan yang amat kecoh dan heboh dengan konflik, kerisis, pertelagahan, perselisihan fikiran dan hukum, malah banyak yang bertembakan dan berbunuhan kerana terlalu banyak orang yang mengatakan bahawa dia dan golongsnya sahaja yang benar, sedangkan orang lain semuanya salah.....dia saja yang benar-benar melakukan ibadat yang diterima Allah, sedangkan orang lain beramal juga, tetapi melakukan dosa dalam amalannya itu....
Mungkin sampai kiamat kita akan berselisih pandangan seperti ini, dan akan bertelagah tak putus-putus....sedangkan benda yang dipertikaikannya itu kadang-kadang tidak mempunyai asas sebenar, dan yang menimbulkan pertikaian itu pun hanya mendengar orang lain berkata demikian, tanpa diketahuinya benar atau salah....tanpa dia sendiri memahami perinciannya..
Telefon bimbit kita hari-hari penuh dengan mesej berjela-jela panjangnya dari pertikaian dua tiga belah pihak ini, seolah-olah tidak terdapat isu lain yang lebih penting lagi yang harus dibicarakan........
Ini belum berpuasa, dan belum lagi didirikan sembahyang terawih, belum lagi berbicara tentang rak'at terawih, bacaan selawat dan sebagainya...kita tunggulah sahaja apakah yang akan terjadi dalam bulan Ramadhan tahun ini...Tunggu....
Ini belum berpuasa, dan belum lagi didirikan sembahyang terawih, belum lagi berbicara tentang rak'at terawih, bacaan selawat dan sebagainya...kita tunggulah sahaja apakah yang akan terjadi dalam bulan Ramadhan tahun ini...Tunggu....
Comments
Post a Comment