10 RAMADHAN 1436 - EPISOD KESEPULUH (27 JUN 2015) SUDIKAH ANDA MENGIZINKAN SAYA?


Malam itu suasana di surau kelihatan muram dan sedih, apa bila seorang arkitek yang menjadi jemaah surau ini menceritakan tentang kecelakaan yang berlaku di dalam bulan mulia, Ramadhan, ini di Tunisia dan Kuwait baru semalam.

Secara kebetulan saja hal ini diceritakan oleh seorang arkitek kerana tajuk kisahnya bukanlah kena mengena dengan bidang profesion dan kerjayanya, tetapi mengenai politik keganasan di kalangan masyarakat Islam. Namun arkitek ini seperti orang lain hanya menceritakan berita yang di dengar dan di lihatnya di kaca TV dalam program berita antarabangsa.

Jemaah surau ini memang terdiri dari orang-orang profesional, korporat, pegawai awam, serta bidang kerja yang lain. Sebagai masyarakat elit dan beragama di keliling surau ini, maka kebanyakan penduduk yang menjadi jemaah surau ini, mereka sering membawakan cerita harian yang mempunyai hubungan dengan isu dan perkembangan semasa...terutamanya yang menyentuh agama dan uamat Islam.

Ahli jemaah surau ini merasa dukacita dengan tragedi ini, pertamanya kerana berlaku di dalam bulan puasa yang mulia, yang sepatutnya di sambut dan di hayati dalam suasana aman damai dan tenteram.

Kedua kerana peristiwa ini berlaku di negara Islam, dan berlaku kerana perbezaan mazhab agama yang seharusnya dapat di fahami dengan baik oleh kedua belah pihak, tanpa pertumpahan darah dan keganasan, kerana segala konflik dan perbezaan pendapat, tidak akan selesai dengan cara melakukan kekerasan dan keganasan.

Ketiga berlaku juga di negara asing, tetapi  malangnya telah dilakukan oleh seorang Muslim, yang di dakwa namanya sebagai Yasin.

Di Kuwait, sebuah masjid yang dikatakan khusus untuk pengikut "Syi'ah" telah di bom dan membunuh lebih sepuluh orang jemaah masjid tersebut. 

Di Tunisia pula tempat peranginan dengan hotel lima bintang juga di bom yang membunuh lebih sedozen mangsa, termasuk pelancung asing.

Hal ini ditambah dengan satu kemelut lain, iaitu pengeboman di Paris, yang dibuktikan oleh pihak berkuasa di sana telah dilakukan oleh seorang Muslim, yang bernama Yasin.

Sungguh pun tregedi ini hanya di beritakan oleh stesyen media Barat, namun ketiga-tiga insiden berdarah ini, amat mencukupi untuk memberikan gambaran tentang keganasan orang Islam, termasuk ketika menggunakan taksub mazhab agama, seperti Sunni dan Syi'ah, dan serangan ke atas sasaran di negara Barat yang tidak di ketahui motifnya.

Namun di dalam keadaan yang mendukacitakan itu, rupa-rupanya seorang pelajar universiti, yang sedang belajar di dalam bidang bahasa dan sastera, tiba-tiba memohon izin pengerusi untuk membaca sebuah syair yang mempunyai hubungan dengan keutamaan kaki mana kah yang seharusnya di langkah semasa memasuki tandas, dan kaki manakah yang di langkah untuk keluar dari tandas, juga tangan manakah yang digunakan untuk makan. Syair dalam bahasa Arab itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, dan Pengerusi membenarkannya untuk di baca di hadapan jemaah.

Dia, yang berperawakan sasterawan, dengan rambutnya yang agak panjang, tanpa di sikat dengan rapi, lalu membaca syair itu seperti berikut:
  
Sudikah anda mengizinkan saya mendidik anak kecil saya
Bahawa agama itu adalah untuk kebaikan, 
perilaku, perangai yang baik, akhlak mulia, jujur dan ikhlas,
Sebelum saya mengajarnya
dengan kaki manakah ia harus memulakan langkah masuk ke bilik air
dan tangan manakah ia mula menyuapkan makanan ke dalam mulut

Selesai membacanya, dia meminta izin untuk di polemikkan dengan para jemaah, tetapi Pengerusi meminta supaya di tangguhkan sahaja ke malam esok, kerana suasana dan "mood" jemaah tidak bersedia untuk membincangkan isi syair ini, kerana nampaknya seolah-olah terdapat sedikit konflik di antara pandangan penyair dengan perbincangan semalam di surau ini tentang kaki manakah yang seharusnya di langkah ketika memasuki tandas, kemudian kaki manakah yang di langkah ketika keluar dari tandas.

Tambahan pula syair ini juga mula menimbulkan persoalan tentang tangan manakah yang di gunakan untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut....

Semua bersetuju supaya perbahasan dan dialog selanjutnya tentang syair atau puisi ini di tangguhkan ke malam esok. Dan ketika semua jemaah mulai melangkah untuk keluar, tiba-tiba satu suara jemaah muda wanita, berkata "Maaf saya tuan Pengerusi  nak bertanya sedikit". 

Pada ketika itu semua jemaah kembali duduk di atas kerusi, atau berdiri tegak dan tidak jadi melangkah keluar, lalu wanita muda itu bertanya kepada sasterawan ini dengan berkata "Bolehkah saudara jelaskan siapakah nama penyair bagi syair ini?" yang menunjukkan bahawa dia amat berminat dengan hasil karya ini.

Sasterawan itu pun menjawab "Namanya ialah Nizar Tawfiq Qabbani, pemuisi dari Syria, yang nama ringkasnya di sebut sebagai Nizar Qabbani sahaja. Tarikh lahirnya ialah 21 Mac 1923, dan beliau meninggal pada 30 April 1998. Dan oleh kerana tajuk ini agak panjang untuk dibincangkan, maka tunggulah malam esok kita perincikan..."

Sampai di sini, semua jemaah pun mulai melangkah keluar surau, pulang ke rumah masing-masing, dengan harapan bahawa karya yang agak kontraversi ini dapat di hadamkan dalam perbincangannya malam esok......

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....