Posts

Showing posts from June, 2016

HARI KE-24 PUASA - 29. 6. 2016

Dulu, zaman saya kecil2 di kampung, bila tiba hari ke sepuluh terakhir puasa, maka sibuklah masing2 menyediakan kelapa, beras pulut, dan akan mulai masuk hutan mencari daun palas untuk buat ketupat raya. Yang kanak2 pula akan mencari tempurung kering yang bakal digunakan pada malam raya bagi menerangi halaman rumah, iaitu dengan menyusun tempurung ini melalui sebatang kaya yang di tanam di atas tanah agak panjang, lalu tempurung itu di tebuk lubang dan di susun dari bawah ke atas, hingga ke kemuncak kayu itu. Pada malam raya tempurung ini akan di bakar dari atas dan api akan membakar sehingga ke bawah dengan cahayanya menerangi pekarangan rumah.  Kadang2 ada dua tiga bakaran tempurung di atas tiang yang tertegak tinggi ini, sehingga apinya terus menyala beberapa jam, dan ketika itulah budak2 bermain mercun, bunga api dan meriam buluh. Orang2 dewasa pula sibuk juga ke madrasah atau ke masjid mengintai2 malam lailatul-qadar, terutamanya menjelang malam 27 puasa. Jamua...

HARI KE-23 PUASA - 28. 6. 2016

Negara Turki yang mengalami keadaan yang tidak setabil sejak beberapa bulan ini, hari ini di kejutkan dengan letupan bom di lapangan terbangnya Istanbul. Istanbul merupakan sebuah lapangan terbang yang sebuk di Eropah, dan menjadi pintu masuk ke Turki oleh bilangan pelancong yang ramai. Bulan lalu dan hari2 yang berikutnya, letupan bom berlaku juga di tengah2 kota Istanbul, khususnya di kawasan pelancungan yang terkenal dan bersejarah. Serangan bom ini menyebabkan ramai yang terkorban, termasuk pelancung asing, dan keadaan ini memberikan kesan kepada industri pelancungan negara Turki, kerana bilangan pelancung telah menurun dengan ketara. Turki menjadi sasaran keganasan, yang pada amnya merupakan akibat dari keadaan politik yang mengalami kerisis, terutamanya di antara Kerajaan dengan parti Kurdish. Hal ini menyebabkan keadaan yang tidak setabil dalam politik Turki, iaitu perebutan kuasa dan konflik ideologi politik di antara rakyat yang menyokong kebangkitan Islam denga...

HARI KE-22 PUASA - 27. 6. 2016

Mufti ialah sumber fatwa rasmi negeri2 di Malaysia ini. Oleh kerana Mufti merupakan otoriti rasmi untuk mengeluarkan fatwa, maka seharusnya para Mufti hendaklah berhati2 mengeluarkan fatwa, hatta dalam hukuman biasa setiap hari pun, apa bila Mufti bercakap maka cakapannya itu telah di anggap sebagai fatwa. Baru2 ini terdapat "fatwa' dari Mufti Pahang dan Perak, yang menjadi isu perdebatan, iaitu ketika Mufti Pahang mengeluarkan fatwa nya bahawa terdapat orang2 bukan Islam di negara kita ini yang di hukum sebagai kafir "harbi" iaitu kafir yang seharusnya (boleh?) di perangi, manakala Mufti Perak pula mengeluarkan fatwa bahawa tidak sah membayar zakat terus kepada ansaf (orang2 yang berhak menerima zakat) yang menurutnya pembayar zakat hendaklah membayar zakatnya kepada badan rasmi yang di lantik oleh Majlis Agama Islam Negeri yang di kira sebagai 'amil iaitu Pusat Pungutan Zakat dan 'amil yang bertauliah. Mereka sememangnya bebas mengeluarkan fatwa, ...

HARI KE-21 PUASA - 26. 6. 2016

Beberapa hari yang lalu, saya membaca dalam akhbar on-line tentang beberapa orang Barat bukan Islam yang ingin mencuba berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini. Mereka secara sukarela mencuba untuk berpuasa seperti orang Islam. Hal ini berlaku di beberapa buah negara Arab yang mempunyai hubungan rapat dalam bidang perniagaan dengan negara2 Eropah, seperti Qatar, dan UAE. Tetapi semalam saya mendengar dari cucu saya yang sedang belajar di Kolej Tuanku Jaafar, Mantin N.S., menceritakan kepada saya bahawa Kolejnya membuka peluang kepada para pelajarnya bukan Islam untuk berpuasa pada hari Ahad dan Rabu sekiranya mereka ingin mencuba secara sukarela. Kata cucu saya, Ziad, 16 tahun, terdapat juga di antara pelajar Malaysia dan bukan Malaysia yang bukan Islam mencuba untuk berpuasa, terutamanya pada hari Rabu, kerana pada hari Ahad mereka tidak bersekolah, yang mungkin agak sukar berpuasa kerana Ahad mereka tidak ke sekolah. Ziad menceritakan kepada saya bahawa ada di antara mereka ya...

HARI KE-20 PUASA - 25- 6- 2016

Gelagat orang2 tua kampung saya ketika mengerjakan solat terawih di surau kami kira2 40 tahun dulu kadang2 menggelikan hati mengingatinya kini. Dulu tidak pernah timbul isu terawih lapan atau dua puluh rakaat. Masa itu belum ada orang yang membawa pembaharuan di dalam ibadat solat terawih tentang bilangan rakaatnya. Semua mengikut adat turun temurun, iaitu solat dua puluh rakaat. Ketika menunaikan solat terawih ketika itu, imam tidak membaca ayat2 yang panjang seperti sekarang iaitu ketika imam kadang2 membaca surah tertentu dari al-Quran memakan masa sehingga 15 - 20 minit atau lebih untuk membaca satu juzu' al-Quran Imam membaca Al-Fatehah dan ayat lazim mulai dari surah Al-Takathur (Al-Hakumuttakathur)....sehingga surah Al-Masad (Tabbat Yada Abi Lahab), cukup dua puluh rakaat, kemudian sambung dengan witir 3 rakaat dua salam, sama seperti solat witir yang di amalkan sekarang. Cuma orang kampung yang telah agak berumur, sering kali mencuri tulang ketika sembahyan...

HARI KE-19 PUASA - 24. 6. 2016

Semua amal ibadat yang kita lakukan adalah di sertai dengan niat kerana Allah SWT, termasuklah ibadat puasa yang kita lakukan hari ke 19 pada hari ini. Ibadat itu kita lakukan ialah kerana menunaikan perintah Allah dan kerana Allah, bukan kerana sesuatu makhlok dan tujuan yang lain, sehinggakan perbuatan yang kita lakukan untuk kepentingan sesama manusia adalah juga kerana Allah seperti perbuatan memberi sedekah kepada sesama manusia, maka niatnya ialah kerana Allah, supaya kita diberikan ganjaran oleh Allah SWT dengan kerja yang di galakkan oleh Allah itu, sedangkan manfaatnya ialah untuk kepentingan orang yang kita berikan sumbangan dan sedekah itu. Puasa bulan Ramadhan juga kita laksanakan kerana telah di fardhukan oleh Allah, dan kita lakukan kerana menunaikan perintah Allah. Banyak para penyelidik di dalam berbagai2 bidang kehidupan manusia, seperti pakar perubatan, ahli psaikologi, sosiologi, kerohanian dan sebagainya telah membuat kajian tentang puasa dan mereka, mener...

HARI KE-18 PUASA - 23. 6. 2016

Bagi orang yang biasa berpuasa, tentulah puasa dengan menahan nafsu ini tidaklah terasa amat payah dan berat. Itulah hikmat puasa, iaitu untuk melatih diri supaya mempunyai adat dan budaya hidup yang tertentu. Nafsu tamak haloba, menabur fitnah dan mengumpat orang, kalau telah menjadi kebiasaan, tentulah amat susah untuk di tinggalkan. Demikian juga segala sifat2 buruk yang telah menjadi tabiat seseorang, memang akan menjadi kebiasaan, dan tidak terasa bahawa hal2 itu adalah merupakan satu tabiat buruk bagi manusia ini. Oleh itu puasa merupakan satu didikan rohani dan jasmani untuk di biasakan sehingga menjadi budaya dan peraturan hidup yang mudah sekali di amalkan. Membentuk budaya berdisiplin, mengurus waktu dengan baik, menjaga perbualan dan pertuturan, malah menjaga hati dari buruk sangka dan berperasaan negatif semata2 dalam hidup ini, merupakan satu tabiat manusia yang tidak dapat di perbaiki tanpa latihan yang praktikal. Hal ini menjadi bertambah kuat dan k...

HARI KE-17 PUASA - 22. 6. 2016

HAMPIR 40 TAHUN BERPUASA DAN BERAYA DI DALAM PENJARA? BERUNTUNG JUGA BAGI ORANG iSLAM YANG DI KENAKAN HUKUM DUNIA, KERANA HUKUM INI SERING MENJADI KEINSAFAN KEPADA MEREKA. Hari ini kita baca dalam akhbar tempatan bahawa ada seorang banduan yang di hukum penjara seumur hidup kini memasuki ke tahun 38 berpuasa dan beraya di dalam penjara.... Banduan ini mengaku dengan ikhlas bahawa dia amat merinduai keluarganya dalam bulan Ramadhan dan berhari raya yang telah di jalani selama 38 tahun di sebalik pagar besi dan lantai simen penjara yang kasar dan menjemukan itu.... Dia dulunya liar dan lupakan dosa pahala, tidak tahu apa kah ibadat dan nilai moral dan akhlak yang baik sesama manusia dan dunia sekelilingnya. Saya rasa hal inilah yang menyebabkan dia bertindak liar melakukan kesalahan yang menyebabkan dia di penjara seumur hidup kerana mengetuai satu rompakan bersenjata. Dia sekarang telah berumur 71 tahun, dan menceritakan bahawa ketika dia memasuki penjara sekitar tahun 19...

HARI KE-16 PUASA - 21. 6. 2016

Pengalaman peribadi saya sendiri menunjukkan bahawa para pengikut kepelbagaian agama di dunia ini amat mengharapkan supaya nilai etika agama dan ciri-ciri sejagat agama akan dapat menjadi teras pegangan manusia bagi merealisasikan sebuah kehidupan yang aman sejahtera, beretika dan bermoral tinggi, iaitu ketika dalam tahun 1998, semasa menerajui Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) saya turut serta menghadiri satu perhimpunan berbagai agama yang telah diadakan di Chicago dengan dihadiri oleh lebih daripada dua ratus perwakilan yang mewakili semua agama dan kepercayaan seluruh dunia, iaitu perhimpunan yang dinamakan Parliament of the World’s Religions . Perhimpunan tersebut telah memperakukan empat komitment yang berikut untuk direalisasikan oleh masyarakat seluruh manusia di dunia ini bagi mewujudkan masyarakat manusia yang sejahtera dan aman. Empat komitmen tersebut ialah I.      Commitment to a culture of non-violence and respect for life II.  ...

HARI KE-15 PUASA - 20. 6. 2016

·  MELAYU BOLEH ! Dalam bulan puasa ini, di Surau Jumaat P. 14 Putrajaya, muncul imam Sudais muda umur 19 tahun...Memang Melayu boleh. Dia boleh membaca ayat Al-Quran ketika menjadi imam terawih dengan tertib, lemah lembut dan lagu gaya Imam Makkah, Sheikh Sudais..Jemaah Arab yang mengikuti solah terawih tersebut juga mengakui hal ini....Orang Islam berbahasa Arab dan keturunan darah Arab mungkin banyak yang dapat menurut bacaan dan lagu Sudais. tetapi Melayu, yang makan belacan atau budu dan tempoyak, baca ikut Sudais bagi kita agak ganjil. dan jarang2. Rupa2nya bila satu kumpulan jemaah kami berbual, kata mereka di Malaysia ini memang banyak Sudais, baca lagu Sudais, dan tarannum juga tarannum Sudais, sejak lama dah. Bukan hanya lagu Sudais tetapi dulu, Mahmud Husairi, Abdul Basit Abdul Samad, dan sekarang Al-Ghamidi serta beberapa orang lagi Imam Makkah yang dapat di tiru bulat2 oleh orang Melayu... Ajaib, fikir saya, kerana orang Isla...

HARI KE-14 PUASA - 19. 6. 2016

Ibadat puasa yang kita masuki ke hari yang ke empat belas pada hari ini merupakan ibadat seumur hidup yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Ibadat ini mempunyai kaitan rapat dengan pemupukan nilai2 ketuhanan, taqwa, sabar, keteguhan iman dan tanggung jawab yang penuh amanah dengan Allah SWT. Namun dalam masa yang sama puasa  juga penuh dengan ajaran kemanusiaan dalam menjaga lidah dan perbuatan, tutur kata dan pengucapan dengan orang lain, bantuan serta pertolongan sesama insan yang lemah, miskin dan menderita, menjauhkan buruk sangka, fitnah dan umpatan sesama insan.  Puasa juga melatih manusia menjadi makhluk yang berakal, berilmu, berdisiplin, bersih luaran dan dalaman, berbudi pekerti mulia, bertanggung jawab sosial dan sentiasa peka kepada kepentingan umum. Inilah ertinya penghayatan ilmu yang di perolehi melalui akal fikiran iaitu ilmu aqli, dan yang di perolehi melalui kitab suci Al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW yang d...

HARI KE-13 PUASA - 18. 6. 2016

Ledakan pembangunan ilmu manusia dalam  komputer dan teknologi serta peralatan yang berhubungan dengannya telah sampai ke peringkat yang tinggi dalam masa yang singkat sahaja, iaitu kira2 dalam jangka waktu lima atau enam puluh tahun terakhir ini. Mereka telah dapat menguasai dunia dan masyarakat  manusia keseluruhannya dengan melakar sejarahnya yang tersendiri sebagai rekod pembangunan ilmu manusia jika di bandingkan dengan pembangunan dalam bidang pertanian dan perindustrian yang telah mengambil masa ratusan malahan ribuan tahun dulu, Perkembangan pesat inilah yang mengambil tempat dalam arena kecanggihan teknologi manusia hari ini iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, ICT... Manusia yang bertamaddun sentiasa memandang ke hadapan dengan penuh harapan untuk meningkatkan kemahiran ilmunya, dan seperti yang saya sebutkan sebelum ini, manusia boleh maju ke hadapan untuk mencapai sasarannya dengan kekuatan dalaman dan keyakinan diri yang tinggi seperti yang di anjurkan...

HARI KE 12 PUASA - 17. 6. 2016

Kita di dalam negara ini sering merasakan bahawa masa itu amat cepat berjalan. Mungkin kerana kehidupan majoriti orang kita dalam keadaan yang agak senang. Makan, pakai, kerja, perjalanan, pengangkutan dan sebagainya masih agak selesa, walau pun dari segi ekonomi bagi sebahagian keluarga agak tertekan disebabkan harga barang, pakaian dan sebagainya lebih mahal dari biasa. Kerana itu secara cepat pula nampaknya kita melalui bulan puasa ini, sehingga pada hari ini kita telah berpuasa masuk ke hari yang ke dua belas. Dua belas hari berpuasa dan dua belas malam pula kita bersembahyang terawih, membaca Al-Quran, bertadarus dan beramal.  Memang telah menjadi rutin kebanyakan orang Islam yang merasakan bahawa dalam bulan puasa inilah mereka menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat, menjauhkan umpatan dan maksiat yang lain, seolah2 hal itu hanya perlu dijauhkan hanya di dalam bulan puasa, dan dengan itu terfikir pula mereka bahawa di luar bulan Ramadhan mereka akan kembali beb...

HARI KE-11 PUASA - 16. 6. 2016

Ibadat di fardhukan oleh Allah untuk hamba2-Nya adalah untuk-Nya. Kita juga menunaikan ibadah dengan niat kerana Allah. Namun segala ibadat untuk Allah itu adalah mengandungi hikmahnya yang tersendiri, iaitu yang di sebut sebagai "hikmah al-tasyri" iaitu hikamh syariatnya.  Ibadat puasa ini mempunyai banyak hikmat dan rahsianya, dan semuanya merupakan latihan yang amat berguna untuk manusia di dunia dan akhirat. Puasa memberikan kekuatan dalaman yang sering tidak dapat di laksanakan oleh orang yang lemah. Bila kita berniat dan berazam untuk berpuasa, maka kita telah bersedia dengan segala kekuatan dalaman dan luaran, fizikal dan spiritual kita untuk menghadapi sebarang apa saja cabaran dan halangan. Inilah maknanya kekuatan dalaman, hati nurani, kekuatan mental dan kekuatan fizikal serta jasmani yang di punyai oleh orang yang berpuasa kerana Allah SWT. Berpuasa ertinya berdisiplin dalam pengurusan waktu dan masa, kerana permulaan puasa dan pengakhirannya di ten...

HARI KE 10 PUASA - 15. 6. 2016

Bulan Ramadhan bulan Al-Quran. Orang baca Quran, tadarus Quran siang dan malam, pagi dan petang dalam bulan yang berkat ini. Alhamdulillah masyarakat Islam di Malaysia nampaknya amat komited dengan Al-Quran, dan banyak mendapat pahala dengan membaca, bertadarus sepanjang bulan mulia ini, kerana pada bulan inilah Al-Quran di turunkan... Semoga kesedaran untuk membaca dan menghafal ayat2 suci ini akan berterusan sepanjang masa, dan mudah2han orng Islam kita juga akan dapat pergi jauh ke depan dengan mengerti makna dan apa2 yang dibaca dari Al-Quran itu, kerana dengan mengetahui makna dan maksudnya yang mulia, maka semakin bertambah ilmu pengetahuan tentang rahsia kandungan Al-Quran dan bertambah hikmah serta nilai2 akhlak yang di terapkan oleh kitab suci itu. Surah Al-Fatehah yang di baca dalam setiap rakaat sembahyang, ketika berwirid selepas sembahyang dan dalam munasabah yang lain sepatutnya di fahami dan di tadabburkan oleh setiap orang Islam kerana surah ini mengandungi ...

HARI KE-9 PUASA - 14. 6. 2016

      Dalam salah satu persidangan antara agama, yang dihadiri oleh lebih daripada 21 perwakilan kepelbagaian agama yang di adakan di Chicago beberapa tahun yang lalu telah di rumuskan bahawa semua agama menuntut komitmen yang seharusnya di laksanakan oleh semua penganut agama untuk mencipta kesejahteraan dan perdamaian manusia dan dunia ini.   Salah satu komitmen yang di ambil ialah komitmen persamaan di antara wanita dan lelaki. Ertinya persamaan di antara manusia seharusnya tidak berdasarkan kepada gender. .     Terdapat sesetengan masyarakat bukan Islam yang sememangnya selama ini melihat bahawa Islam mempunyai ajaran yang mengamalkan diskriminasi di antara lelaki dan wanita, tidak mempunya hak yang sama, wanita di tegah dari bekerja, hanya menjadi hamba abdi di rumah dan sebagainya. Dalam menunaikan ibadat puasa ini kita haruslah mengambil juga sedikit pelajaran tentang hak persamaan di antara lelaki dan wanita ini, iaitu wanit...

HARI KE-8 PUASA 13. 6. 2016

Semalam saya menaiki pesawat dari KLIA ke Kuala Trengganu. Masa bertolaknya 7.50 malam, dan saya percaya juruterbang sempat berbuka puasa di dalam pesawat sebelum memulakan penerbangan. Hal ini mengurangkan risiko, kerana seperti yang telah saya tulis di sini bahawa terdapat pesawat yang terbabas ketika mendarat yang mengikut kata doktor, juruterbang mengalami penurunnan gula di dalam darahnya sebab berpuasa.  Bagaimana pun hal ini tidaklah harus kita besar2kan kerana ramai juruterbang yang berpuasa dalam penerbangannya, tetapi mereka tidak mengalami sebarang gangguan. Tujuan saya menyebutkan hal ini semata2 untuk menjelaskan bahawa perintah agama kita mengandungi banyak rahsia, termasuklah bagi orang musafir yang di tentukan untuk jarak tertentu maka orang Islam itu harus berbuka puasa walau pun perjalanan itu mungkin dengan pesawat. Inilah rahsia dan hikmat syariah dalam hukum ini. Namun dalam keadaan biasa, hukum "harus" ini maknanya boleh di lakukan ...

HARI KE-7 PUASA - 12. 6.2016

Ibadat dalam Islam adalah amalan yang seragam dan sama di amalkan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Sembahyang, puasa, zakat dan haji dikerjakan dengan syarat rukunnya yang sama, kecuali di dalam beberapa amalan ranting2 yang mungkin terdapat perbezaan. Tetapi sayangnya kita bersatu dalam menunaikan ibadat, dalam hubungan kita dengan Allah, namun dalam urusan lain, kita tidak. Kita bersatu ketika menunaikan suruhan Allah, supaya amal ibadat kita di terima Allah, dan merupakan hubungan kita secara langsung dengan Tuhan, yang merupakan kekuatan kita atas dasar peribadi. Tetapi kita tidak punya tanggung jawab secara kolektif untuk menunaikan ajaran agama kita, kerana kita merasakan bahawa kewajipan kita telah selesai dengan hanya menjaga amal ibadat kita dengan Allah, tidak sesama umat, sesama sendiri. Dari sudut peribadi, amalan individu, orang Islam amat kuat. Tetapi dari segi tanggung jawab keislaman terhadap masyarakat, jamaah, sesama send...

HARI KE-6 PUASA - 11/6/16

SEKOLAH RAMADHAN Institusi yang mendidik seorang bayi itu hingga ke besarnya, seterusnya ke peringkat dewasa dan meninggal dunia adalah mereupakan pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal itulah yang pertama mendidik kanak2, seperti pendidikan ibu bapa, media : Tv dan lain2, kemudian pendidikan luar rumah termasuk institusi sosial, bisnes, dan lain2 Bila anak2 yang sampai masanya pergi ke tadika dan sekolah, maka pada masa itulah dia menerima pendidikan formal, dari tadika hingga ke Uniiversiti, dan dalam peringkat2 inilah dia mempelajari ilmu dan membangunkan potensi serta perwatakannya untuk masa muka dengan mempelajari berbagai2 bidang ilmu pengetahuan dari guru sekolah dan para pensyarah university. Dalam sistem Islam, para pelajar mempelajari ilmu secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal di lalui oleh umat manusia awal melalui gurunya yang terdiri dari para Nabi dan Rasul yang di ututskan Allah kepada umat dan kaumnya yang tertentu. .. ...

HARI KE-5 PUASA (JUMAAT) 10. 6. 2016

MANUSIA PUNYA PILIHAN... Kita berpuasa masuk ke hari kelima pada hari Jumaat. Telah menjadi amalan ketika menunaikan solat subuh pada pagi Jumaat ini, Imam akan membaca surah As-Sajdah, dan imam serta makmum akan turun sujud ketika di baca ayat tentang reaksi dan sikap orang yang beriman apa bila mendengar peringatan Allah tentang kekuasaan-Nya yang amat besar, mereka akan tunduk sujud dan meyakini apa2 saja yang di jelaskan oleh Allah, berbeza dari sikap orang kafir yang akan berdegil tidak mahu mengakui keesaan dan kekuasaan Allah. Maka orang yang beriman akan tunduk sujud sambil menggerakkan lidah mereka bertasbih dan memuji Allah dengan penuh iman dan patuh terhadap sebarang penerangan Allah SWT. Di dalam Al-Quran dan melalui wahyu yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada manusia, semuanya menjelaskan tentang hikmah dan kejadian Allah SWT, kekuasaan dan kemurahan-Nya bagi sesiapa yang mahu mengikut dan mematuhi perintah Allah dan Rasul, termasuklah hikmat puasa yan...

HARI KE-4 PUASA - 9. 6. 2016

EGO CENTRIC... Cepat atau lambatnya hari dan masa berjalan agak subjektif juga. Namun bagi orang yang tidak bermasaalah, masa baginya berjalan agak pantas. Masuk hari ke empat Ramadhan pun mungkin antara sedar dengan tidak sedar saja hari ini di lampaui. Orang Islam yang sedang berjuang melawan cabaran nafsu dalam bulan Ramadhan ini pun nampaknya bertibaran juga di atas dunia yang semakin sempit bagi mereka iaitu sebagai pelarian perang. Mereka lari dari negara sendiri kerana mahu menyelamatkan nyawa mereka dengan ahli keluarganya, yang banyak juga terdiri dari anak2 kecil beberapa bulan sahaja umurnya, atau membawa bayi yang sedang sarat di dalam perut ibunya, menunggu saat kelahirannya ke dunia nyata, di luar perut ibunya. Mungkin sebahagian besar umat di negara Islam di Asia Barat dan Utara Afrika, tanah besar India dan Pakistan serta negara sekitarnya yang sedang terapung2 di tengah lautan yang dalam dan bergelora pada waktu malam yang gelap pekat sedang dalam pelaria...