HARI KE-3 PUASA 8. 6. 2016
BULAN PERTAMA MENDIDIK
MANUSIA
Ramadhan tahun ini semua kos meningkat. Jamuan
moreh di surau pun meningkat ribuan ringgit untuk satu malam. Hal ini tidak
dapat di elakkan, kerana ketika makanan untuk penduduk dunia semakin
berkurangan di sebabkan oleh cuaca dan fenomena alam yang tidak menentu, di
tambah pula oleh ketamakan manusia meraih keuntungan cepat kaya, maka semuanya
di salahkan, termasuk GST.
Mengikut kajian yang dibuat bahawa sekiranya
dalam sedekat yang lalu, makanan dunia mencukupi untuk dua minggu bagi kegunaan
manusia ini, maka hari ini mungkin mencukupi untuk tiga hari sahaja.
Hal ini di tambah lagi dengan kemajuan sains teknologi yang menambahkan bilangan warga tua, manusia yang semakin lama hidupnya, maka semakin banyak pula warga tua yang hanya memerlukan makanan dan perubatan setiap hari, dan industri makanan serta perubatan menjadi semakin rancak membuat pengeluaran makanan dan ubatan.
Hal ini di tambah lagi dengan kemajuan sains teknologi yang menambahkan bilangan warga tua, manusia yang semakin lama hidupnya, maka semakin banyak pula warga tua yang hanya memerlukan makanan dan perubatan setiap hari, dan industri makanan serta perubatan menjadi semakin rancak membuat pengeluaran makanan dan ubatan.
Dalam keadaan ini, ketamakan manusia
menambahkan peningkatan cabaran kuasa membeli manusia, malah dalam produk
makanan dan ubatan itu pula, terlalu banyak kemikal dan racun yang di gunakan
bagi menambahkan produk itu, dan membawa pula kepada cabaran kesihatan kepada
umat manusia, lalu bertambahlah kesengsaraan manusia, terutamanya di dunia ke
tiga, dunia membangun, dengan perlumbaan bersenjata, pembunuhan, pelarian
perang, ketinggalan sekolah dan pendidikan , dan hal inilah yang menjadi
pendesak untuk kesengsaraan umat yang lemah, tetapi dalam masa yang sama
menambahkan kekayaan dunia maju, dunia Barat, dan beberapa buah negara maju di
Asia.
Hal ini perlu di pelajarai dari ibadat puasa,
ketika kita berpuasa dan mengurangkan penggunaan makanan, dan dengan berpuasa
juga, banyak kemungkinan, kita menjadi bertambah sihat, maka umur panjang, akan
menjadi umur yang berkualiti, kerana umur panjang bukan kerana terlalu banyak
makan, malah terlalu banyak makan, umur manusia akan menjadi bertambah pendek,
terutamanya makanan segera, berkemia, beracun, air gas, makanan segera dan
sebagainya, yang menjadikan manusia obes, seperti yang berlaku di negara kita,
dan makin banyak pula orang2 yang berumur muda telah mulai mengidap penyakit.
Inilah diantara pelajaran dan hikmah yang
sepatutnya kita ambil dari Ramadhan, dan bukan hanya dalam Ramadhan, kerana
bulan ini bukan merupakan bulan terakhir untuk mengalami pelajaran dan
pendidikan itu, malah jadikanlah bulan ini sebagai bulan pertama untuk mendidik
jiwa, dan akal, jasad dan rohani, fizikal dan spiritual yang bakal kita
teruskan untuk sepanjang hayat kita.
Comments
Post a Comment