HARI KE-7 PUASA - 12. 6.2016

Tetapi sayangnya kita bersatu dalam menunaikan ibadat, dalam hubungan kita dengan Allah, namun dalam urusan lain, kita tidak.
Kita bersatu ketika menunaikan suruhan Allah, supaya amal ibadat kita di terima Allah, dan merupakan hubungan kita secara langsung dengan Tuhan, yang merupakan kekuatan kita atas dasar peribadi.
Tetapi kita tidak punya tanggung jawab secara kolektif untuk menunaikan ajaran agama kita, kerana kita merasakan bahawa kewajipan kita telah selesai dengan hanya menjaga amal ibadat kita dengan Allah, tidak sesama umat, sesama sendiri.
Dari sudut peribadi, amalan individu, orang Islam amat kuat. Tetapi dari segi tanggung jawab keislaman terhadap masyarakat, jamaah, sesama sendiri, nampaknya kita tidak sekuat mana.
Tanpa kesatuan sikap, budi bicara, pegangan nilai moral dan akhlak, kita tidak berpadu, malah dunia Islam menunjukkan contoh yang negatif dengan berlakunya keganasan dan pembunuhan sesama sendiri, mengakibatkan bilangan pelarian perang yang banyak, terkorban di tengah lautan, azab dan sengsara dalam cuaca sejuk negara Barat, dan sebagainya, yang mencemarkan ajaran Islam itu sendiri.
Mungkin individual responsibility terhadap Tuhan dalam ritual amat tinggi dan baik, tetapi collective responsibility terhadap sesama umat dan tugasan agama, kewajipan dunia ini, sikap terhadap orang lain, tata laku hidup, nampaknya amt lemah dan masih ketinggalan di belakang.
Masyarakat Islam haruslah sedar. bahawa asas kesatuan dalam amal ibadat Islam, adalah merupakan pengajaran yang baik dalam kesatuan ummah dan masyarakat Islam sendiri, dengan fromulanya yang amat rapi dari segi syariah, akidah dan akhlak...
Umat Islam memerlukan kesedaran yang tinggi untuk mengubah sikap dan pendirian mereka selama ini, kerana hidup mereka di dunia ini mempunyai tiga hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan dengan sesama manusia dan hubungan dengan alam...Ketiga-tiga hubungan ini haruslah di sepadukan dalam niat dan amalan kita sehari-hari, sama seperti kita berpuasa selama sebulkn dengan syarat rukunnya yang sama, yang memasuki hari yang ke-7 hari ini.

Show More Reac

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....