HARI KE-5 PUASA (JUMAAT) 10. 6. 2016
MANUSIA PUNYA PILIHAN...
Kita berpuasa masuk ke hari kelima pada hari Jumaat. Telah
menjadi amalan ketika menunaikan solat subuh pada pagi Jumaat ini, Imam akan
membaca surah As-Sajdah, dan imam serta makmum akan turun sujud ketika di baca
ayat tentang reaksi dan sikap orang yang beriman apa bila mendengar peringatan
Allah tentang kekuasaan-Nya yang amat besar, mereka akan tunduk sujud dan
meyakini apa2 saja yang di jelaskan oleh Allah, berbeza dari sikap orang kafir
yang akan berdegil tidak mahu mengakui keesaan dan kekuasaan Allah. Maka orang
yang beriman akan tunduk sujud sambil menggerakkan lidah mereka bertasbih dan
memuji Allah dengan penuh iman dan patuh terhadap sebarang penerangan Allah
SWT.
Di dalam Al-Quran dan melalui wahyu yang di sampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW kepada manusia, semuanya menjelaskan tentang hikmah dan kejadian
Allah SWT, kekuasaan dan kemurahan-Nya bagi sesiapa yang mahu mengikut dan
mematuhi perintah Allah dan Rasul, termasuklah hikmat puasa yang di lakukan
kerana Allah, maka ganjaran dan hikmah serta faedah yang akan di dapati oleh
hamba2-Nya di dunia dan di akhirat adalah akan di rasai dan di kecapi oleh
orang2 yang meyakini tentang kekuasaan Allah, lalu mematauhi segala
perintah-Nya.
Hakikatnya menusia sendiri yang mempunyai pilihan sama ada akan mematuhi Allah atau kufurkan perintah-Nya, yang bererti bahawa manusia sendiri yang memilih untuk mendapatkan hidayah Allah, atau menolaknya. Manusia punya pilihan, kerana Allah menjadikan manusia lengkap dengan akal fikiran, hati nurani, emosi dan perasaan serta nafsunya, juga pendengaran dan penglihatannya yang amat tajam. Maka manusia sendirilah yang seharusnya memilih jalan yang benar dan lurus, dan mengharapkan hidayah serta berkat Allah kepadanya akan bertambah2 lagi.

Ibadat puasa juga membawa misi yang sama, kenapa kah kita harus
berpuasa, menahan bisikan nafsu dan syaitan, menahan lapar dan dahaga dan
tuntutan badani lainnya. Kita punya pilihan kerana kita meyakini akan wujudnya
Tuhan, wujudnya hari akhirat dan balasan dari Allah, adanya syurga dan neraka,
.....
Hal inilah yang membentuk sikap dan perbuatan manusia, sebagai orang mukmin, atau menjadi makhlok yang tidak mahu berfikir serta kufur tentang kekuasaan Tuhan...
Hal inilah yang membentuk sikap dan perbuatan manusia, sebagai orang mukmin, atau menjadi makhlok yang tidak mahu berfikir serta kufur tentang kekuasaan Tuhan...
Like
Comments
Post a Comment