HARI PERTAMA PUASA - 1 RAMADHAN 1437=6. 6. 2016
PUASA HARI PERTAMA 1 RAMADHAN 1437 - 6. 6. 2016
CHANGE FOR THE GOOD..
Suasana
hidup dari malam tadi bertukar secara perlahan-lahan. Pertama kali mendirikan
ibadat ulangan tahunan, solat Terawih, banyak yang merasa terharu tanpa
mengetahui sebabnya, selain dari tiba2 mengalami hiba, sedih, dan air mata
mengalir panas membasahi pipi kanan dan kiri. Masing2 mempunyai perasaan dan
pengalaman yang hanya dia sahaja yang mengetahuinya
Ketika berlaku perubahan rutin hidup dengan menjelangnya malam awal Ramadhan, maka perubahan itu amat terasa. Bangun sebelum menjelangnya waktu subuh untuk bersahur di lakukan secara sepontan, kerana itulah perubahan pertama yang seharusnya di laksanakan tentang gaya hidup nya, yang biasanya bangun hanya untuk solat malam, atau solat subuh, kemudian bersarapan sebelum atau selepas terbitnya matahari.
Perubahan ini dapat dilakukan kerana pada malamnya sebelum tidur telah di pastikan di dalam hatinya bahawa mulai hujung malam nanti diri ini mesti melakukan satu perubahan, iaitu dengan hasrat hati yang di namakan NIAT di dalam istilah agama yang kemudiannya istilah ini menjadi satu kata kunci yang amat berkesan dalam kehidupan manusia ini, sehingga pada hujung malamnya nanti dia akan bangun memulakan ibadat puasanya, dan seterusnya mengubah semua gaya hidup pada siangnya dari berulang ke kantin, atau makan tengah hari dan minum petang, malah melakukan sesuatu kehendak badan dan keinginan nafsunya yang biasa.
Inilah sebenarnya pengalaman pertama puasa, iaitu melakukan perubahan, kerana puasa ertinya berani melakukan perubahan rutin hidup, luaran dan dalaman, yang sering berlaku kepada manusia biasa.
Perubahan ini di lakukan kerana iman dan pengakuan syahadahnya, mematuhi perintah Allah SWT, dan perubahan ini boleh di taggung oleh jasmani dan rohaninya yang telah di perkuatkan dengan azam, semangat, tekanan kepada kehendak nafsu dan perintah dalaman yang sering tidak dapat di atasi dengan rutin biasa, IAITU DENGAN NIAT NYA UNTUK BERPUASA..
Dan perubahan yang berat ini di lakukan kerana hasrat dan gesaan hati nuraninya yang kuat, yang nampaknya dalam bulan Ramadhan ini akal dan ruh telah dapat melawan kehendak emosi, naluri dan nafsu, yang selama ini menguasi nya dalam banyak ketika.
Niat yang merupakan tenaga dan kekuatan dalaman yang dapat menguasai perilaku dan azam manusia, ertinya untuk berubah, niat seharusnya betul, dan niat serta azam yang baik, akan menghasilkan perilaku dan perbuatan yang baik, maju ke hadapan dengasn penuh keberanian untuk mengatasi bisikan nafsu yang buruk dan jahat, dan mengikis tabiat buruk selama ini, malah menghentikan rutin hidup yang sia2 dan tidak berfaedah
Inilah namanya perubahan untuk kebaikan...Change for the good...ajaran ibadat puasa yang amat berkesan dan baik, yang seharusnya akan menjadi rutin hidup dan budaya serta gaya hidup manusia seterusnya selagi hayat di kandung badan....
Selamat Berpuasa Untuk Berubah ke arah yang lebih baik untuk selama2nya...
.

Comments
Post a Comment