HARI KE-2 PUASA - 7. 6. 2016






PUASA DAN REALITI HIDUP.

Sebuah pesawat terbang, tiba2 terbabas ketika membuat pendaratan di salah sebuah lapangan terbang, dan mengalami kerosakan, tetapi syukur tidak ada penumpang yang cedera parah. Pemeriksaan telah di jalankan ke atas juruterbang, dan di dapati bahawa paras gula di dalam darahnya menurun yang menyebabkan pertimbangan Juruterbang ini agak tidak setabil, dan kerana itulah jangkaannya tidak tepat.
Tanpa sebarang prejudis, doktor mengatakan bahawa sebab insiden ini berlaku ialah kembali kepada beberapa elemen yang tertentu, selain dari takdir Allah, di antaranya ialah kerana dia (juruterbang) berpuasa dalam penerbangan ini, yang berjalan pada siang hari bulan Ramadhan, bukan kerana terdapat anasir dadah, minuman keras dan sebagainya.
Kita juga sekiranya mengambil pendapat doktor tersebut hasil dari petunjuk ilmu dan kepakarannya dengan sangkaan baik, maka akan segera kembali kepada ajaran Islam tentang berpuasa kepada orang2 yang mengembara di dalam lengkungan jarak yang tertentu, pada siang hari bulan Ramadhan.
Islam mengharuskan orang yang di dalam perjalanan dua marhalah, membuka puasanya tanpa mengaitkannya dengan cara perjalanan, sama ada dengan berjalan kaki, berkereta atau menaiki pesawat sekali pun, menurut hukum yang kita fahami dari ayat2 Al-Quran dalam konteks ini. Bilangan hari puasa yang di tinggalkan itu bolehlah di gantikan kemudian.
Kita sebagai penumpang pesawat yang berulang alik dalam negara sendiri, atau ke luar negara yang jaraknya tidak begitu jauh, namun telah melampaui dua marhalah, tentulah lebih mengutamakan berpuasa kerana kita tidak mengalami sebarang kepayahan. Namun bagi Juruterbang seperti yang di nyatakan di atas, sekiranya benar puasa boleh membawa mudarat kepada dirinya, atau kepada penumpangnya, maka dia bolehlah mengambil ajaran Islam yang mengharuskan pengembara dalam jangka jarak itu membuka puasa ketika dalam perjalanan, dan menggantikannya pada masa yang lain.
Di dalam Al-Quran pun banyak ayat yang menyatakan bahawa Allah menghendaki kemudahan kepada hamba-Nya dan tidak mahu kesusahan kepada mereka. Malah Allah menuntut hamba-Nya menunaikan sesuatu kewajipan agama (taklif) sekadar yang mampu di kerjakan oleh manusia biasa, dengan syarat2 yang tertentu. Bahkan oleh kerana itulah Islam mempunyai hukum Wajib, Sunat, Makruh, Harus dan Haram di dalam kategori2 hukumnya untuk kemudahan hamba2-Nya.
Dengan ini ternyata bahawa Islam memberi pertimbangan yang amat berat kepada para penganutnya di dalam beribadat dalam konteks kehidupan hakiki individu yang tertentu. seperti harus berbuka puasa kepada Muslim yang mengembara, yang sakit dan sebagainya, untuk di ganti (qada') pada waktu yang lain, malah boleh di gantikan dengan fidyah bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana uzur dan sakit yang tidak punya harapan untuk sembuh lagi, atau terlalu tua...
Keindahan Islam jarang di perkatakan dalam konteks realiti hidup ini oleh kita semua. Kita hanya banyak menyatakan tentang hukum, tanpa menghubungkannya dengan realiti hidup seharian, seolah2 ibadat itu merupakan satu ajaran yang asing dari kenyataan hidup kita di alam nyata, di dunia ini.
Sebenarnya Islam mempunyai hubungan yang rapat dengan alam nyata dan realiti hidup dari segi fizikal dan spiritual, akal dan ruh, di peringkat individu dan jemaah, akhlak dan perwatakan peribadi dan masyarakat kecil dan besar, Muslim dan bukan Muslim, malah kehidupan di dunia dan akhirat...semuanya berpadu di dalam ajaran dan tuntutan Islam, sebagai satu sistem hidup yang holistik dan menyeluruh..

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....