HARI KE-8 PUASA 13. 6. 2016

Semalam saya menaiki pesawat dari KLIA ke Kuala Trengganu. Masa bertolaknya 7.50 malam, dan saya percaya juruterbang sempat berbuka puasa di dalam pesawat sebelum memulakan penerbangan. Hal ini mengurangkan risiko, kerana seperti yang telah saya tulis di sini bahawa terdapat pesawat yang terbabas ketika mendarat yang mengikut kata doktor, juruterbang mengalami penurunnan gula di dalam darahnya sebab berpuasa. 
Bagaimana pun hal ini tidaklah harus kita besar2kan kerana ramai juruterbang yang berpuasa dalam penerbangannya, tetapi mereka tidak mengalami sebarang gangguan.
Tujuan saya menyebutkan hal ini semata2 untuk menjelaskan bahawa perintah agama kita mengandungi banyak rahsia, termasuklah bagi orang musafir yang di tentukan untuk jarak tertentu maka orang Islam itu harus berbuka puasa walau pun perjalanan itu mungkin dengan pesawat. Inilah rahsia dan hikmat syariah dalam hukum ini.
Namun dalam keadaan biasa, hukum "harus" ini maknanya boleh di lakukan dan boleh juga tidak di lakukan. Cuma sesiapa yang berbuka, dia hendaklah menggantikannya pada hari yang lain.
Pendeknya hukum agama seperti ini, yang di istilahkan sebagai "rukhsah" banyak sekali mengandungi hikmah dan rahsia, yang kadang2 tidak dapat kita salami secara sepintas lalu, dan inilah keadilan Islam dan kemudahan yang di berikan kepada penganutnya, berasaskan bahawa ajaran Islam adalah satu ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia.
Hal ini juga perlu di terangkan kepada generasi muda dan yang masih belum menyelami rahsia agama kita dalam banyak hal, supaya mereka sedar akan sesuatu yang di namakan hikmah syariah atau 'hikmat.al-tasyri' iaitu hikmat yang tersembunyi di sebalik sesuatu hukum syarak itu.
Alhamdulillah dalam masa 45/50 minit selamat lah pesawat mendarat di destinasi yang saya tujui,

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....