HARI KE-6 PUASA - 11/6/16
SEKOLAH RAMADHAN
Institusi yang mendidik seorang bayi itu hingga ke besarnya, seterusnya ke peringkat dewasa dan meninggal dunia adalah mereupakan pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal itulah yang pertama mendidik kanak2, seperti pendidikan ibu bapa, media : Tv dan lain2, kemudian pendidikan luar rumah termasuk institusi sosial, bisnes, dan lain2
Institusi yang mendidik seorang bayi itu hingga ke besarnya, seterusnya ke peringkat dewasa dan meninggal dunia adalah mereupakan pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal itulah yang pertama mendidik kanak2, seperti pendidikan ibu bapa, media : Tv dan lain2, kemudian pendidikan luar rumah termasuk institusi sosial, bisnes, dan lain2
Bila anak2 yang sampai masanya pergi ke tadika dan sekolah, maka
pada masa itulah dia menerima pendidikan formal, dari tadika hingga ke
Uniiversiti, dan dalam peringkat2 inilah dia mempelajari ilmu dan membangunkan
potensi serta perwatakannya untuk masa muka dengan mempelajari berbagai2 bidang
ilmu pengetahuan dari guru sekolah dan para pensyarah university.
Dalam sistem Islam, para pelajar mempelajari ilmu secara formal
dan tidak formal. Pendidikan formal di lalui oleh umat manusia awal melalui
gurunya yang terdiri dari para Nabi dan Rasul yang di ututskan Allah kepada
umat dan kaumnya yang tertentu. ..
Tetapi bagi umat manusia yang terkemudian, setelah wafatnya para Nabi dan Rasul, maka pendidikan yang mereka terima tidak lagi melalui para Nabi dan Rasul itu, malah melalui peninggalan mereka yang terdiri dari kitab2 suci yang mereka bawa, dan bagi kita, termasuklah ajaran Nabi kita Muhammad SAW melalui sunnah dan hadis peninggalannya.
Maka dalam situasi inilah kita seolah2 sedang menerima ilmu dan
hikmat bagi sesuatu ilmu itu melalui cara yang tidak formal dari para guru,
ulamak dan sarjana Islam yang mempelajari dan mewarisi ilmu itu.
Demikian juga tentang ibadat puasa di dalam bulan Ramadhan, maka
ketibaan bulan ini, dan perlaksanaan ibadat yang di wajibkan dengan kedatangan
bulan ini, iaitu puasa selama satu bulan, juga merupakan satu institusi
pengajaran yang formal atau tidak format yang kita terima.
Oleh kerana para Rasul dan Nabi utusan Allah SWT tidak wujud
lagi untuk mengajar kita tentang sesuatu pelajaran yang kita terima itu, maka umat
Islam kini haruslah mengkaji Al-Quran dan Sunnah Rasul dengan teliti tentang
sesuatu ajaran Islam itu.
Maka dengan itu, Ramadhan dan ibadat yang kita lakukan di dalam
bulan ini, adalah merupakan sebuah sekolah yang kita masuki serta mempraktiskan
ibadat ini, termasuk segala objektif sekolah ini yang seharusnya kita fahami
dengan baik.
Malah kalau di bandingkan dengan kehidupan kini, maka ibadat
puasa yang kita lakukan itu juga merupakan satu perkhemahan motivasi, urus
tadbir diri, dan kumpulan, team building dan sebagainya yang kita terima dalam
perkhemahan ini.
Kepentingan kem ini ialah ianya merupakan satu pusat latihan dan
amalan yang terletak di bawah panduan Allah SWT secara langsung. Maka dengan
itu kita haruslah mematuhi segala undang2 dan peraturannya yang lengkap dan
sempurna, seterusnya mempelajari segala ilmu dan hikmatnya untuk kehidupan kita
dunia akhirat, supaya kehidupan kita menjadi bahagia di dunia dan akhirat, di
dalam dan di luar bulan Ramadhan, kerana setiap tahun kita menghadiri kem ini,
dan saban tahun juga kita menjadi graduannya….
Hari ini kita telah memasuki hari ke enam di dalam sekolah
Ramadhan ini dan setiap orang dapat leh bertanyakan diri sendiri, apakah hikmah
dan ilmu yang telah kita perolehi dalam masa enam hari ini…?
Comments
Post a Comment