HARI KE-9 PUASA - 14. 6. 2016

 
 
 
Dalam salah satu persidangan antara agama, yang dihadiri oleh lebih daripada 21 perwakilan kepelbagaian agama yang di adakan di Chicago beberapa tahun yang lalu telah di rumuskan bahawa semua agama menuntut komitmen yang seharusnya di laksanakan oleh semua penganut agama untuk mencipta kesejahteraan dan perdamaian manusia dan dunia ini.
 
Salah satu komitmen yang di ambil ialah komitmen persamaan di antara wanita dan lelaki. Ertinya persamaan di antara manusia seharusnya tidak berdasarkan kepada gender. .
 
 
Terdapat sesetengan masyarakat bukan Islam yang sememangnya selama ini melihat bahawa Islam mempunyai ajaran yang mengamalkan diskriminasi di antara lelaki dan wanita, tidak mempunya hak yang sama, wanita di tegah dari bekerja, hanya menjadi hamba abdi di rumah dan sebagainya.

Dalam menunaikan ibadat puasa ini kita haruslah mengambil juga sedikit pelajaran tentang hak persamaan di antara lelaki dan wanita ini, iaitu wanita yang dalam keuzuran, hukumnya samalah seperti orang yang musafir dan sakit, iaitu mereka berbuka puasa, tetapi semua mereka mestilah menggantikannya pada masa yang lain.

Ertinya dalam menunaikan ibadat ini mereka berdiri sama tinggi dengan orang lelaki dari segi tanggung jawab dan kewajipan masing2 terhadap Allah.

Malah kalau kita pergi lebih jauh meneliti banyak ayat Quran, kita akan bertemu kisah Nabi Adam dan isterinya Hawa yang kedua2nya melanggar perintah Allah supaya tidak memakan buah dalam syurga yang tertentu itu, namun mereka berdua sama2 melanggarnya, maka dalam perintah Allah kepada mereka, Allah memerintah kedua2nya sekali keluar dari syurga, dengan menggunakan kata perintah bagi ganti nama kedua2nya.

Malah di dalam ayat lain Allah menjelaskan bahawa bagi lelaki dia akan mendapat ganjaran dari apa2 yang di usahakannya, demikian juga bagi perempuan, dia mendapat balasan dari apa2 yang di usahakannya.

Mungkin terlalu banyak diskriminasi yang berlaku di dalam masyarakat dunia selama ini dalam hak dan tanggung jawab berdasarkan gender, sama ada di Timur atau di Barat, tetapi yang sering kelihatan kepada dunia ialah diskriminasi gender di dalam masyarakat Islam, sedangkan Islam dari awal lagi telah menentukan tanggung jawab dan hak yang adil serta saksama bagi lelaki dan wanita.

Kita tunggu saja sedikit masa nanti apakah Amerika Syarikat akan dapat memecahkan tradisi mereka selama ini yang sering melantik Presiden Negara mereka yang terdiri dari orang lalaki, dan kali ini mungkin mereka akan melantik seorang wanita sebagai presidennya??


Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....