HARI KE 10 PUASA - 15. 6. 2016



Bulan Ramadhan bulan Al-Quran. Orang baca Quran, tadarus Quran siang dan malam, pagi dan petang dalam bulan yang berkat ini. Alhamdulillah masyarakat Islam di Malaysia nampaknya amat komited dengan Al-Quran, dan banyak mendapat pahala dengan membaca, bertadarus sepanjang bulan mulia ini, kerana pada bulan inilah Al-Quran di turunkan...

Semoga kesedaran untuk membaca dan menghafal ayat2 suci ini akan berterusan sepanjang masa, dan mudah2han orng Islam kita juga akan dapat pergi jauh ke depan dengan mengerti makna dan apa2 yang dibaca dari Al-Quran itu, kerana dengan mengetahui makna dan maksudnya yang mulia, maka semakin bertambah ilmu pengetahuan tentang rahsia kandungan Al-Quran dan bertambah hikmah serta nilai2 akhlak yang di terapkan oleh kitab suci itu.

Surah Al-Fatehah yang di baca dalam setiap rakaat sembahyang, ketika berwirid selepas sembahyang dan dalam munasabah yang lain sepatutnya di fahami dan di tadabburkan oleh setiap orang Islam kerana surah ini mengandungi banyak rahsia tentang sifat kebesaran Allah dan sifat rahman serta rahim Allah kepada seluruh makhluknya, di samping kita mengakui akan taat setia dan memohon segala pertolongan dari Allah, serta banyak makna dan rahsia lain yang terkandung di dalam surah yang penting ini.

Al-Quran yang di baca dan di fahami maknanya serta perutusan Allah melalui ayat-ayat-Nya amat lah meresap masuk ke dalam hati kita dan banyak memberi makna tentang kejadian alam, manusia, haiwan, jin serta makhluk kejadian lain dari Allah SWT

Kita seharusnya menginsafi hal ini dari tahun ke tahun, kerana perubahan ini amatlah berharga bagi orang Islam, Quran bukan hanya setakat di baca dan di hafal, tetapi lebih jauh dari itu amat berharga dan banyak ganjarannya jika di baca di hafal dan di fahami maknanya yang amat dalam itu..  

Memang umat Islam di mana2 pun di dalam dunia ini terlalu amat ghairah menghafal Quran, sehingga banyak sekali tumbuh madrasah dan pusat2 tahfiz di sana sini, namun alangkah baiknya tahfiz itu di sertaI dengan kefahaman dan maknanya serta maksud ayat2 yang di baca dengan sebaik2nya...

Mudah-mudahan hal ini dapat kita wujudkan insya'Allah.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....