PENYAKIT JIWA
Saya pernah menulis di sini tentang keadaan orang musyrikin yang menentang Rasulullah SAW dan musuh-musuh baginda yang lain. Sungguh pun Rasulullah SAW membawa ajaran yang bertamadun dan berakhlak, mengasakan Tuhan, tetapi musuh-musuhnya itu menganggap bahawa risalah baginda hanya akan mencabar tradisi dan amalan yang mereka warisi dari nenek moyang mereka, lalu mereka menentang baginda dengan bersungguh-sungguh, walau pun ada ketika-ketikanya mereka dapat melihat juga kebenarannya, tetapi mereka melawan baginda hanya semata-mata kerana degil dan taksub, iaitu menentang hanya kerana mahu menentang dan membantah.
Mereka mengada-adakan persepsi yang mengelirukan tentang diri dan mesej baginda untuk meracuni pemikiran para pengikut mereka, iaitu dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai "orang gila" "ahli sihir" dan sebagainya, dan para pengikut mereka mempercayai segala sesuatu yang mereka gambarkan tentang diri baginda, lalu semuanya bangun mengganas, berkomplot untuk menghapuskan baginda dari atas muka bumi ini.
Kumpulan inilah yang sering digambarkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai "orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya, maka Allah tambahkan penyakit mereka itu". Mereka sendiri yang tidak mahu menerima kebenaran kerana takut akan kehilangan pengaruh, tamak haloba dan sentiasa mengikut hawa nafsu.
Penyakit dalam hati inilah yang merupakan sakit jiwa dalam istilah moden ini, iaitu sejenis penyakit yang ada kalanya tidak kelihatan dari luar, tetapi merupakan penyakit dalaman yang amat parah bagi seeseorang manusia yang mengidapnya.
Penyakit ini apabila terkena kepada seseorang itu, maka ianya amat sukar untuk diubati, dan hal inilah yang merebak di kalangan musuh-musuh Nabi sehingga baginda akhirnya terdesak berhijrah meninggalkan tanah tumpah darahnya mencari keamanan di Madinah.
Mungkin tidak kita sedari bahawa pada masa kini, kita sendiri menghadapi gejala penyakit ini yang agak parah, termasuk di kalangan warga negara kita sendiri, iaitu berdasarkan kepada kejadian dan insiden yang berlaku di dalam masyarakat kita dari masa ke semasa, yang mengakibatkan kelakuan ganjil dan luar biasa di kalangan warga kita.
Orang yang berpenyakit di dalam hati ini kelihatan normal dan biasa, tetapi apabila mereka di cabar, atau apabila timbul sesuatu keinginan dan desakan di dalam perasaan mereka, atau sesuatu yang memperovokasinya, maka ia akan berindak dengan melakukan apa=apa saja untuk memuaskan perasaannya, atau bertindak mengamuk dan berkelakuan ganas di luar kelakuan tabi'inya.
Tidak hairanlah kita, apabila berita-berita akhbar dan tv kita sekarang ini sering memaparkan kisah anak yang membunuh ayah atau emaknya, cucu yang membunuh datuk atau neneknya, ayah yang mengorbankan anaknya yang masih kecil, suami yang mencederakan isterinya, atau berlaku pembunuhan dan tikaman atau tumbukan yang membawa maut atau cedera parah kepada kawan atau lawan, kadang-kadang kerana sebab yang amat kecil sekali..
Berita-berita juga memaparkan orang menjadi gila seks, merogol sana sini, seks di luar tabi'i, malah perkara-perkara yang tidak boleh diterima akal tentang gangguan seksual ini berlaku pada zaman ini, seperti sumbang mahram, ayah merogol anak, adik beradik dan sebagainya, yang merupakan perbuatan yang hanya dilakukan oleh seseetengah haiwan sahaja, bukan manusia, apa lagi bila manusia itu mengetahui segala tata susila dan adab sopan serta kepercayaan agamanya. Namun apabila penyakit jiwanya mulai menyerangnya maka ia akan berubah rupa dan cita rasa, berubah kepercayaan dan pegangan agamanya, lalu menjadi seekor haiwan yang buas dan ganas.
Saya pernah mendengar seorang pakar psikologi dari sebuah universiti tempatan yang mengatakan bahawa di negara kita pada masa kini, mungkin terdapat lebeh dari 70% penduduknya yang mengalami sakit hati, atau sakit jiwa ini. Orang itu kelihatan normal, tetapi apa bila hatinya bercakap, dan nafsunya menggelegak, maka ia akan bertukar menjadi seekor haiwan ganas, dia lupa kepada nilai-nilai murni yang ia ketahuinya, lalu berlakulah segala salah laku, perbuatan ganas, nafsu melawan memberontak, menjadi liar dan tidak waras, dan dalam keadaan inilah mereka akan bertindak secara luar biasa.
Hal ini bukan hanya berlaku dalam pembunuhan dan ancaman jiwa atau perbuatan mencederakan orang lain, tetapi menjelma dalam aktiviti mereka seharian, seperti cara memandu kenderaan yang tidak mengikut peraturan, melanggar peraturan lalu lintas untuk kepentingan dirinya semata-mata tanpa menghiraukan keselamatan dirinya, apa lagi keselamatan orang lain, ingin merusuh, memberontak tak tentu arah, membuat fitnah dan provokasi, mereka-reka persepsi buruk bagi musuh nya dalam perniagaan, persaingan kedudukan, pangkat dan benda, musuh politik dan sebagainya.
Dalam keadaan beginilah orang mudah menyebarkan pengaruh jahatnya, kerana para pengikutnya juga berpenyakit, dan sentiasa melihat dunia dalam kaca mata hitam pesimistik, semua orang tak baik dan tak kena, semua yang berlaku ini tidak betul, tidak memuaskan hatinya, harus diubah, kalau tidak dengan baik, ubah dengan kekerasaan dan paksaan.
Hal ini berlaku menurut pakar-pakar jiwa ialah akibat dari persaingan hidup, nafsu yang tidak di kawal, perlumbaan merebut pengaruh dan kuasa, mengejar nama dan pangkat, dan pengaruh globalisasi yang menjadikan manusia sebagai agen yang tamak haloba, konsumarisme, berfahaman kebendaan, dan "aku saja yang betul", internet, computer games, filem dan ICT yang penuh ganas, maka berleluasalah stress manusia dalam kehidupannya, stress di jalan raya, di tempat kerja, dalam keluarga, dalam ekonomi, lebeh-lebeh lagi dalam politik taksub dan partisan..Dan akan lahirlah manusia yang depress, yang kadang-kadang tidak disedarinya, lalu ia tidak berusaha mengubatinya dari pakar-pakar jiwa dan psaikitri.
Kita bimbang juga kalau hal ini merupakan penyakir sekian banyak peratusan rakyat kita sendiri, yang bererti bahawa akibatnya kita akan menghadapi satu masyarakat yang tidak berddisiplin, tidak berperaturan, kacau bilau, bahaya dan tidak selamat, bukan hanya kepada kita malah kepada anak cucu, generasi kita yang akan datang.
Inilah yang berlaku dalam senario dunia manusia pada hari ini, di seluruh dunia, termasuk di dunia Islam yang kita selalu rasakan bahawa masyarakat Islam itu adalah masyarakat yang paling baik kerana kita mempunyai agama yang cukup lengkap dan baik semuanya.
Kita sebagai individu, sebagai masyarakat, dan sebagai pemimpin komuniti, masjid, kampung dan daerah, dan sebagai Kerajaan, haruslah menangani hal ini. Kita harus bertanya apakah "sakit hati" yang disebutkan Allah SWT itu? Bagaimanakah ianya terjadi? Bagaimanakah mengurusnya? Bagaimanakah mengubatinya?
Pada masa kini kita haruslah tahu bagaimanakah cara memahami perkara ini, kita perlu berusaha dengn pertolongan pakar-pakar jiwa kita untuk mendidik anak-anak sekolah, universiti dan seluruh masyarakat kita supaya dapat diubati masalah disiplin, emosi, perasaan hati, dan pemikiran umumnya, bukan hanya dengan sekali sekala saja mengadakan sesi kaunseling dan sebagainya.
Orang dewasa sendiri, emak bapa sendiri yang seharusnya menunjukkan contoh kepada anak-anak tentang disiplin, adab, etika, sopan santun, umpamanya dalam memandu kenderaan, berurusan dengan peniaga nasi lemak, urusan di pejabat, bercakap dan berterimakasih dengan orang lain, dan menganalisa tingkah laku manusia di sekeliling, tindakan provokasi kaum dan agama, demonstrasi jalanan dan sebagainya, maka ibu bapa dan para guru serta pemimpin masyarakat haruslah menerangkan hakikatnya yang sebenar, jangan biarkan anak-anak kita mempelajari disiplin dari ketua-ketua yang taksub kaum, agama, pelampau politik dan sebagainya.
Bagi yang merasakan dirinya tidak berpenyakit dengan penyakit ini, hati-hatilah berhadapan dengan orang-orang yang berpenyakit, janganlah kita sendiri terpengaruh dengan mereka, gunakan akal budi dan keyakinan agama kita untuk menghindarkan diri dari orang yang berpenyakit dengan penyakit hati dan penyakit jiwa ini. Mungkin dia berada di sebelah kita, atau rakan karib kita, atau ketua kita ! Hubaya, hubaya !!