PAKAI BIOMETRIK ATAU DAKWAT?

Inilah nampaknya persoalan yang timbul ketika tercetusnya pertentangan di antara SPR dengan parti-parti politik ketika negara menghadapi Pilihan Raya yang akan datang, dan persoalan inilah, yang ditambah lagi dengan beberapa perkara lain yang tidak disenangi oleh beberapa pihak yang tertentu, yang akhirnya menyebabkan lahirnya kenyataan bahawa Pilihan raya di negara kita tidak telus, tidak adil, terdedah kepada manipulasi politik tertentu dan sebagainya, (tapi macam mana tak tau tiba-tiba parti politik dan pakatan mereka yang tidak pernah memerintah banyak negeri, tiba-tiba dapat memenangi dan memerintah negeri-negeri yang tertentu di negara kita) .

Dan sebagai kemuncaknya, tentang ketidak telusan dan tidak adilnya pilihan raya ini, pada 9 Julai 2011 berdemonstrasilah puak-puak tertentu untuk menyatakan protes dan rasa marah, sehingga menimbulkan suasana hiruk pikuk, hingar bangar, kacau bilau dan pertentangan di antara penunjuk perasaan dengan pihak Polis yang bertindak menjaga keselamatan orang ramai dan harta benda, serta mengawal keadaan yang menjadi liar. Tapi biarkanlah hal itu, kerana mau tidak mau pun insiden itu telah terjadi, dan ramai orang pun merasa puas, serta media pun mendapat banyak cerita dan bahan. Biarkanlah.

Yang pentingnya, SPR telah memberikan respon yang agak positif terhadap beberapa perkara yang menjadi "pertikaian" dari pihak yang tertentu itu, dan kita patut memberikan pujian kepada Datuk Wan, orang kedua SPR kita, yang "berani" dan tenang menghadiri dialog dengan Datuk Dr Ambiga, pemimpin nombor satu Bersih, dan Datuk Wan kita dalam suasana yang tegang pada ketika-ketika yang tertentu, masih dapat berbincang dengan beradab. Banyak perkara yang telah dibincangkan di dalam dialog itu, dan salah satu penyelesaian yang dicadangkan untuk mengelakkan seorang pengundi mengundi dua kali ialah dengan menggunakan kaedah biometrik.

Cadangan itu saya fikir telah dicadangkan ialah berdasarkan kepada hakikat bahawa negara kita ini telah agak maju dalam teknologi maklumat (ICT) dan kebanyakan pengurusan negara dan urusan swasta serta individu, semuanya telah dilakukan dengan menggunakan teknologi moden ini, tanpa menggunakan kaedah manual lagi, maka nampaknya biometrik adalah juga merupakan satu penemuan saintifik dalam teknologi baru, maka dalam konteks negara kita ini, sistem itu boleh digunakan.

Sebab itulah rasa saya TPM telah menyifatkan parti politik tertentu yang membantah kaedah biometrik ini sebagai parti "ortodok". Yang saya faham dari kenyataan beliau itu ialah, bahawa penggunaan dakwat untuk mengecat jari orang yang telah mengundi (yang tentunya akan melekat dijarinya beberapa hari (?), tetapi nasib baik Majlis Fatwa mengatakan bahawa dakwat ini tidak menghalang air dari terkena kulit, iaitu ketika berwuduk atau mandi hadas!) bahawa penggunaan dakwat ini hanyalah digunakan di negara yang mundur saja, yang belum lagi maju dalam sistem pengurusan teknologi. Tetapi kita telah ada teknologi yang baik dan canggih, buat apa kita nak gunakan dakwat itu lagi?

Itulah agaknya yang mendorongkan TPM kita berkata demikian. Memang betullah Tan Sri TPM, teknologi kita dah canggih, kalau dah semuanya boleh guna teknologi moden, berface- book, ber email, membaca akhbar internet, portal dan blog bercambah dalam komputer, sms juga menjalar keseluruh dunia, tweet..tweet.. lagi, maka kenapakah bila tiba kepada biometrik ni bising sangat, dan nampak negatif terhadap produk teknologi serta ragu-ragu kononnya pakai teknologi ini masih tidak dapat menghalang pengundi "hantu" untuk mengundi dua kali?

Saya fikir orang yang pandai berteknologi dengan menggunakan email, bloggers (mungkin termasuk saya!) bertweet, chatting, sms, dan sebagainya mungkin tak faham sangat apakah sistem biometrik tu? Oleh itu Tan Sri TPM dan para ahli sains dan teknology lain cubalah tampil kemuka, bagi tau habis-habis bagaimanakah sistem biometrik ini berfungsi? Apakah "binatangnya" biometrik tu? Ada kaki empat, kaki enam dan sebagainya? Sebab itulah sistem ini tak boleh pakai!??!

Tetapi ketua-ketua parti politik tak kanlah tak faham bagaimanakah "kerjanya" biometrik ini, kalau tak faham juga tentulah ramai para pembantu dan para pengurusannya pandai-pandai belaka dalam teknologi, terangkanlah habis-habis kepada ketua-ketua parti yang tidak faham hakikat biometrik dan masih merasa ragu-ragu lagi tentang keberkesanannya.

Yang saya tahu dan faham, bahawa setiap kali saya ke bank untuk mengeluarkan wang simpanan, disamping kad pengenalan, saya kena letak ibu jari saya ke atas satu alat, (tanpa dakwat atau benda lain) beberapa saat, dan pegawai banak melihat dalam monitornya, mengangguk-anggukkan kepalanya dengan puas hati, lalu saya pun angkat jari itu dan mengambil balik kad pengenalan saya yang disisipkan ke dalam alat itu. Lepas tu barulah dia menyerahkan wang kepada saya, Dua-dua kami merasa puas hati dan lega, dia dapat berikan wang kepada pemunyanya yang asli, saya dapat wang saya, dan bebas nak beli atau nak makan apa pun.

Saya fikir kalau ada "hantu" yang akan pergi mengambil wang saya dan menjalani proses sama, iaitu meletakkan ibu jari nya di atas alat tersebut yang disisipkan kad penganalan saya, tentulah pegawai bank yang memerhati monitornya tidak akan menghangguk-hanggukkan kepalanya, dan tentulah dia tidak akan memberikan wang saya kepada "hantu" tu !. Orang alim agama kita pun selalu mengatakan Maha Besar dan Maha Berkuasa Allah SWT yang menjadikan ibu jari manusia berbilion-bilion itu, yang urat jari ibu jarinya tidak sama, iaitu tidak ada dua orang yang sama urat jarinya itu, masyaalah. (tanya YB Jamil Khair Baharum yang pernah bersama-sama dengan saya dalam Forum Perdana yang mengatakan hal ini, iaitu ketika kami berforum di UUM mungkin 7 - 8 tahu dulu. Tapi masa tu dia belum jadi menteri lagi!)

Kalau inilah yang dinamakan biometrik, maka saya rasa jari saya saja yang sama dengan kad pengenalan dan nama saya, dan kalau kaedah inilah juga yang digunakan untuk mengundi, maka tak payahlah jari saya di lumur dakwat lagi, kerana alat yang membaca jari saya itu tidak akan menjadi "hantu" untuk membaca ibu jari orang lain sama seperti ibu jari saya. Maha Suci dan Maha Besar Allah SWT, hanya kita saja yang tak tahu dan jahil.

Tetapi tak taulah saya, adakah kaedah yang digunakan di bank itu ialah kaedah biometrik atau yang bersamaan dengannya?? Kalau sama seperti itu, fungsinya sama, kad penganalan kita pun sama, apakah lagi yang diragu-ragukan ? Kalau takut "hantu" datang pun, biarlah dua tiga orang pegawai pusat mengundi yang menyaksiksn cap jari berteknologi itu sama-sama mlihatnya serentak, betul atau tidak. Tak kanlah masa tu pun kita nak ada prasangka lagi mengatakan pegawai pilihan raya pun sama saja, biarkan pengundi hantu mengundi? Tentulah tidak kan?

Bagaimana pun ini cakap "blogger part-time saja, orang sains dan teknologi tentulah boleh bercakap dengan lebeh berotoriti lagi. Jadi cubalah terangkan panjang-panjang apakan "merganya" (bahasa Utara) biometrik tu?

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....