KEMBALI AMAN - KEMBALI KE PANGKAL
Itulah yang diharapkan oleh masyarakat negara kecil ini, iaitu negara timur jauh, yang bernama Malaysia. KL menderita satu hari sahaja, Sabtu 9 Julai 2011, yang menyaksikan agak banyak kerosakan, kerugian para peniaga, terbengkalai beberapa majlis kawin, ada keluarga yang terlambat menziarahi mayat, dan beberapa peristiwa yang amat jarang berlaku di bumi tercinta ini, yang seharusnya dapat di elakkan, sekiranya kita masih mahu mengikut tradisi aman yang kita warisi dari nenek moyang penduduk asli tanah Melayu ini, dan mengikut lunas-lunas agama Islam yang kita terima berabad-abad lalu, yang semuanya mengajar kita berdamai, mencari jalan terbaik, tanpa kekasaran dan keganasan.
Selain dari kerosakan dan gangguan yang berlaku di dalam negara, maka dunia luar mungkin telah "tertipu" dengan persepsi salah yang digambarkan tentang negara kita, tentang rakyat kita, tentang undang-undang kita, malah tentang kemajuan kita dalam segala bidang yang selama ini membangun dengan baik, berbeza dari sebahagian pelusuk bumi lain yang sedang membangun dengan segala kepayahan dan kemundurannya.
Tetapi apakah yang hendak kita katakan? Apakah yang hendak kita kesalkan? Kita telah masuk ke dalam dunia maju, dunia global, dunia kepelbagaian kaum dan budaya, dunia demokrasi berparlimen, dunia yang mengajar kita untuk memberikan kebebasan kepada setiap individu, dunia demokrasi, dunia yang menjaga hak asasi manusia, wanita, setiap orang bebas bercakap, bertindak, berlagak, dan dunia moden ini telah memberikan hak supaya sesiapa saja boleh melakukan kehendak dirinya, apa saja, untuk menyatakan perasaan mereka, pemikiran mereka, maka dalam keadaan inilah orang boleh berdemonstrasi, berarak di jalan-jalan raya, sambil itu boleh melawan pihak berkuasa, termasuk polis yang diberikan kuasa untuk menjaga keamanan rakyat terbanyak, menjaga harta benda orang, menjaga kepentingan orang yang tidak terlibat, "pedulikan semuanya ini, asalkan kita boleh menyatakan rasa tak puas hati kepada semua pihak yang tidak adil, Kerajaan tak betul, Suruhanjaya Pilihan Raya tak telus, berat sebelah...etc...etc...Ayoh, Riot..Reform..."
Berita sedih yang diterima, seorang yang menyertai demonstrasi telah meninggal dunia, dikatakan kerana teruk di kejar polis, jantungnya berhenti berdegup..."ini kerja polis!" kata seorang dan seribu orang yang lain "Apa pula nak kata kerja polis! Dia meninggal kerana terkena "heart attack" salah polis kah" kata yang lain pula. Orang Islam yang melihat kepada keadaan dan sebab musabab orang ini meninggal dunia akan berkata "Memang ajalnya nak meninggal di dalam keadaan ini. Telah takdir, Allah Yarham secara sukarela mahu menyertai tunjuk perasaan ini untuk melepaskan perasaannya yang tidak puas hati, dan dalam proses itu pasukan keamanan bertindak untuk mengawal lautan manusia yang melanda KL, maka berlakulah insiden, yang bukan hanya mencederakan orang awam, malah Polis sendiri mengalami kecederaan, lalu berlakulah ketegangan, dan bagi arwah yang meninggal dunia itu, dia tidak tahan diasak, jantungnya tidak dapat menerima tekanan ini, ditakdirkan Allah, maka jantugnya berhenti, kembali dia ke rahmatullah, samalah juga seperti kematian yang berlaku setiap hari kepada ribuan nyawa manusia di dunia ini". Marilah kita menghadiahkan Al-Fatehah kepada ruhnya, semoga Allah memberikan rahmat dan rahim-Nya ke atas ruhnya, janganlah melawan takdir, dan menyalahkan sesiapa, ini adalah kehendak Allah SWT.
Harap selepas satu hari, atau beberapa hari dan beberapa lama pun berlaku sesuatu yang amat luar biasa di negara kita, yang makmur dan yang setiap orang mempunyai makanan dan minuman ini, semua orang telah berpuas hati. Akhbar dan media asing pun telah menyampaikan objektif peristiwa ini kepada dunia seluruhnya dengan baik dan mungkin telah memberi kepuasan kepada penganjur Bersih2.0, malah banyak juga wartawan dan pemikir asing yang menyebelahi penganjur, termasuk John Mallot bekas duta US di Malaysia, apa lagi yang diperlukan oleh Penganjur, puluhan ribu membanjiri KL !!, demikian kata laman web negara sendiri, jadi penganjur sepatutnya haruslah merasa puas hati, sekurang-kurangnya dunia semua telah tahu, cuma mereka nak percaya atau tidak itu adalah soal lain !
PM pun bersyukur kerana Polis telah berjaya mengawal keadaan dengan baik, berjaya mempertahankan negara dari satu gerakan haram, dan tidak menurut undang-undang itu, tidak ada insiden yang biasanya berlaku ketika manusia menunjukkan perilaku tidak bertamadun seperti yang terjadi di beberapa bahagian dunia lain, tak banyak pun orang yang menyertai demonstrasi itu seperti yang di angan-angankan selama ini, dan PM sendiri telah mengetuai silent majority menyatakan perasaan secara damai di dalam Dewan tertutup, tanpa tindakan liar, maka hal ini menunjukkan bahawa beliau sebagai ketua Kerajaan juga merasa puas hati, dan dapat menyatakan hasrat dan rasa hati beliau sebagai pemerintah yang halal dalam negara ini.
Harap rakyat umumnya kembali kepada rasa hati nurani sendiri, tanya jiwa dan hati kecil masing-masing, tanyalah perasaan sendiri dengan ikhlas dan jujur, apakah yang tak kena dengan diri sendiri dan orang lain? Apakah yang tak kena dengan sistem dalam negara ini? Apakah pintu dan jendela yang terbuka untuk kita memasukinya dan menjenguk ke dalam, bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah dan situasi yang dirasakan tidak memuaskan hati masing-masing? Dengan berkelahi? Merusuh? Berarak di jalan raya? Memakai baju sekian warna? Menimbulkan ketakutan kepada orang lain yang tidak menyertai kita? Memaksa orang lain menerima persepsi salah kita? Apakah yang seharusnya kita lakukan? Tertutupkan pintu perundingan? Apakah kita tak cukup makan? Negara miskin dan papa kedana? Tak diberikan kebebasan untuk mengeluarkan akhbar dan organ parti politik sendiri? Tak dibenarkan membuka laman web, Facebook dan seribu macam blog untuk mengeluarkan perasaan, malah memaki hamun sesiapa saja, tanpa beretika dan beradab lagi? Apakah semuanya ini tidak boleh dilakukan?
Apakah kita tidak diberi hak untuk mengundi dalam Pilihanraya? Bukankah setiap orang mempunyai satu suara, satu undi? Bukankah selama ini telah dibuktikan kepada dunia umumnya melalui undi rakyat siapakah yang menang dan siapakah yang kalah dalam pilihan raya? Siapakah yang berhak memerintah negeri yang diberikan suara majoriti oleh pengundi, siapakah yang kalah, tak kira dia pernah menjadi menteri atau tokoh, kalau tidak di undi, maka dia akan kalah! Apakah semuanya ini tidak berlaku di dalam negara kita?
Hanya hati dan ilmu sendiri yang dihayati dengan jujur dan ikhlas akan mampu membentuk pemikiran dan persepsi kita sendiri, bukan orang-orang yang mencari pengaruh dan kuasa politik peribadi dan tidak kita ketahui niatnya yang seharusnya menyatakan kepada kita tentang apakah yang seharusnya kita buat dan lakukan, suruh berarak, kita berarak, suruh maki, kita maki, suruh kata orang zalim, kita kata orang zalim, suruh duduk kita duduk, suruh berdiri kita berdiri, kenapakah berlaku demikian? kenapakah tidak bertanya hati sendiri, kenapakah tidak mengambil pendirian sendiri? Bukankah kita ada pemikiran dan minda sendiri yang boleh berfikir, bukankah kita boleh membuat pendirian sendiri yang berpandukan kepada adat resam, budaya dan agama kita sendiri?
Kini, setelah semuanya reda, setelah semuanya balik ke pangkal jalan, mulailah wahai rakyat Malaysia, melangkah ke hadapan dengan aman dan harmoni, dengan niat yang betul, dan visi yang mantap, pemikiran yang rasional dan waras, tanya hati sendiri dengan jujur dan ikhlas apakah yang kita mahu dan bagaimanakah caranya untuk menyatakan perasaan itu dengan cara yang beradab, bertamadun serta cara berperi kemanusiaan berpandukan kepada tata susila, adab sopan dan ruh ajaran agama kita sendiri.
Tinggalkanlah sejarah 9 Julai 2011 dan tindakan lain yang tidak beradab dan bertamadun mati sahaja dalam lipatan sejarah hitam kita, kita tempa sejarah baru sebagai manusia yang moden, global, masyarakat berilmu dan berperlembagaan, dan yang pentingnya bagi yang beeragama Islam, sebagai Muslim yang komited kepada akidah, syariah, serta akhlaknya, sebagai orang yang memahami dan menghayati apakah itu Islam, Iman dan Ihsan.seperti yang disebutkan di dalam Hadis Jibril yang termasyur itu.

Comments
Post a Comment