Datuk Abd. Manaf Ahmad

Sdra Datuk Abdul Manaf Ahmad meminta saya tolong siarkan surat terbukanya di bawah untuk di kongsikan oleh saudara-saudara semua. Semua yang disiarkan dalam surat ini adalah pandangan beliau secara peribadi. Eloklah kita fikir2kan sama, ambil yang jernih, buang yang keroh, barulah aman kita semua.

Surat asalnya ditulis oleh beliau dalam bahasa Arab. Saya telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Ismail Ibrahim

رسالة مفتوحة
24 رجب 1432
إخوة سادة العلماء الماليزيين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وبعد،
فإني لا أنام هذه الليلة وأكتب هذه السطور في الساعة الثالثة صباحا بعد ما شهدت من خضوع و طاعة المؤمنين لطلب السيدة الكفرة التي تأمر بعمل البغاة وتشجيع على ذلك وهذا العمل مخالف للتعاليم الإسلامية الحنيفة لأن الله يأمر بالخير ينهى عن المنكر و يشير القرآن في هذه القضية بالأمر والنهي :
• الأمر بالعدل والإحسان
• النهي عن الفحشاء والمنكر والبغي (البغاة)
"إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي يعظكم لعلكم تذكرون" ( سورة النحل : أية 90 )

وهل يعجبك قول الأستاذ المعالم والمثقف بعدم استناد أمور الدولة إلى السيدة أو نساء وفي نفس الوقت وهو يطيع أمر السيدة الكفرة بل مشارك بعمل البغاة و وراءه ألوف من المسلمين المضلين. وما من تشهير كلمة "الطهارة" إلا أراد بها الباطل.

وقد ذكر الماوردي في كتابه الأحكام السلطانية حكم البغاة مستدلا من الكتاب والسنة حيث يقول :
• إنما جزاء الذين يحاربون الله ورسوله ويسعون في الأرض فسادا أن يقتلوا أو يصلبوا أو تقطع أيديهم وأرجلهم من خلاف أو ينفوا من الأرض (المائدة : 33)

واستمر الماوردي في تفسير قول الله سبحانه وتعالى "أو ينفوا من الأرض" بآراء الفقهاء حيث يختلف تأويلهم على أربعة:
1. إبعادهم من بلاد الإسلام (رأي مالك وحسن وقتادة والزهري)
2. إخراجهم من مدينة إلى أخري (رأي عمر بن عبد العزيز)
3. الحبس ( رأي أبي حنيفة ومالك)
4. تحديد الإقامة (رأي الشافعي) .

والله يعلم أسرار الناس و نحن نحكم بالظواهر فالله يحكم بالبواطن. أليس كذلك؟

الفقير الجاهل

(عبد مناف أحمد)
مدير عام لمؤسسة الدعوة الإسلامية سابقا
TERJEMAHAN
SURAT TERBUKA

24 Rejab 1432

Kepada saudara Para Ulamak,

Assalamualikum,

Saya tidak dapat tidur malam tadi sehingga terpaksa menulis surat ini jam 3 pagi kerana diganggu oleh fikiran yang melihat orang Islam boleh taat kepada wanita kafir yang menggalakan umat Islam melakukan perbuatan ‘Bughah” (Jahat - Mendurhaka terhadap Negara) yang bercanggah dengan ajaran Islam yang maha suci. Setiap kali kita solat Jumaat, khatib akan membaca ayat al-Quran yang menggesa umat Islam melakukan keadilan dan kebaikan....dan melarang daripada melakukan kejahatan dan mendurhaka terhadap ulul amri (Maksud ayat 90 dalam Surah An-Nahl).

Tentu saudara merasa terpegun dan tertarik apabila mendengar kata-kata ulamak kita yang terkenal itu, supaya jangan menyerah jawatan tertinggi Negara kepada wanita, tetapi dalam masa yang sama, beliau nampaknya taat dan patuh kepada perintah wanita kafir itu, malah memberikan galakan kepadanya supaya melakukan perdurhakaan kepada pemerintah, bahkan beliau turut serta dalam tunjuk perasaan yang membawa di belakangnya beribu-ribu umat Islam yang menjadi pengikut setianya, dengan memekik slogan "Bersih ‘Bersih’ yang semuanya  itu semata-mata hendak mengelirukan orang ramai sahaja.

Ulamak Islam terkenal Al-Mawardi dalam kitabnya Al Ahkam Al Sultaniah memetik ayat 33 daripada surah al Maidah yang bermaksud “Sesungguhnya balasan orang-orang yang menetang Allah dan Rasul-Nya dan melakukan kerosakan di muka bumi, maka hendaklah berperang dengnnya atau disula atau dipotong kaki tangan mereka atau dibuang daerah”

Al Mawardi mentafsir konsep ‘Buang Daerah’ dengan membentang pendapat para ulamak seperti berikut:
1. ‘Dibuang Daerah’ bermaksud memerintahnya keluar daripada Negara Islam.(Pendapat Imam Malik)
2. Menyingkirkannya ke Bandar lain dalam Negara Negara Islam (Pendapat Omar Abdel Aziz)
3. Ditahan dalam penjara (Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik)
4. Menghadkan tempat kediamannya (Pendapat Imam Shafie)

Allah mengetahui segala rahsia manusia, namun kita sebagai manusia memberi pendapat atas bukti-bukti yang kita lihat sahaja. Bukankah begitu?

Yang fakir lagi jahil


(Abd. Manaf Ahmad)
Mantan Pengarah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Manaf1934@gmail.com


Catatan kaki:
Perbuatan pendurhaka kepada pemerintah membawa hukum berat yang boleh termasuk dalam hokum Hudud yang diperjuangkan oleh Parti Islam itu

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....