TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAH YARHAM DR LO' LO'

Hari ini terputuslah amalan Allah Yarham, kecuali tiga perkara yang tinggal : Anak soleh yang mendoakannya, Sadaqah jariah dan Ilmu yang dimanfaatkan. Takziah setinggi-tingginya kepada semua ahli keluarga Allah Yarham. Bersabar dan bertawakallah kepada Allah swt.

(Nota kaki) :
Saya tidak tahu betulkah dalam Kamus Dewan telah ditulis "Allah Yarhamah" sebagai merujuk kepada seorang Muslimah yang telah meninggal dunia. Kalau sudah demikian, maknanya "Yarhamah" telah menjadi kata pinjaman Arab yang telah dimelayukan bermaksud "Merahmati"nya" (wanita yang dimaksudkan itu), sesuai dengan "Yarhamuh" bagi seorang lelaki yang telah meninggal dunia, iaitu dengan menggunakan partikal "ganti nama - hu di akhir kata Yarham (bagi lelaki) dan ha(bagi perempuan),

Atau dengan lebeh tepat lagi dalam bahasa Arab bentuk asalnya ialah Allah Yarhamhu (baca Yarhamuh, ketika wakaf)), bagi lelaki dan Allah Yarhamha bagi wanita, hu dan ha adalah partikal ganti nama pronoun yang disambungkan kepada kata kerja (fi'il)verb "yarham". Maksudnya partikal ganti nama yang disambung kepada kata kerja ialah hu untuk maskulin (lelaki) dan ha untuk feminin (perempuan).

Hal ini agak berbeza dengan partikal ganti nama yang disambung kepada kata nama, seperti "muslim" (lelaki) "muslimah" (wanita) "soleh" (lelaki) dan "solehah" (wanita) sebab "muslim" dan "soleh" ialah kata namaatau (isim) bukan kata kerja atau (fi'il).

Oleh itu dalam bahasa Arab merujuk kepada perempuan yang meninggal dunia dengan menggunakan kata kerja yarham dengan partikal ganti nama ha lalu menjadi "yarhamah" adalah salah, dan tidak menepati penggunaan dalam bahasa Arab yang betul, kata kerja (verb - fi'il)mestilah berakhir dengan ganti nama (dhamir - pronoun) hu atau ha, menjadi "yarhamhu" (lelaki) atau "yarhamha" (perempuan). Kata nama (isim - noun) barulah boleh berakhir dengan "ta' simpul" dihujungnya untuk wanita, seperti muslim dan muslimah, mukmin dan mukminah dan sebagainya, kerana ta' simpul di hujung bunyinya seperti (ha') besar ketika wakaf.

Menyedari hal inilah saya rasa media Melayu pada masa kini menggunakan "Allah Yarham" sahaja ketika merujuk kepada si mati lelaki dan perempuan, tanpa sebarang partikal ganti nama di hujung kata kerja itu.

Persoalan bahasa dan struktur nahunya memang agak rumit dalam bahasa Arab, dan hal ini tidak bolehlah diambil mudah dengan membandingkan kata kerja "yarham" dengan kata nama "muslim" atau "mukmin", dan kata kerja "yarhamah"(sic) dengan kata nama "muslimah" dan "mukminah", kerana kata dasar yang bersambung dengan ganti nama itu berbeza, yang satu kata nama dan yang satu lagi kata kerja.

Saya telah pernah menulis panjang lebar tentang hal ini dalam akhbar agak lama dulu, dan hari ini saya menulisnya semula kerana saya dapati satu dua media letronik yang menggunakan "Allah yarhamah" ketika merujuk kepada arwah Dr. Lo' Lo' hari ini.

Kalau masih samar-samar lagi, silah rujuk kepada ahli-ahli bahasa Arab yang terdapat agak ramai di negara kita ini.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Kita adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....