KITA DIMUSUHI KERANA KITA NEGARA ISLAM?

Inilah persoalan yang bermain di dalam pemikiran saya, iaitu sesuatu negara itu mungkin tidak sangat dimusuhi, sekiranya negara itu bukan negara Islam, atau kalau negara Islam pun tetapi dapat berkompromi dengan "musuh", maka negara ini yang bernama negara Islam pun, tidak akan diganggu atau dilebalkan dengan berbagai-bagai lebal seperti tidak demokratik, tidak menghormati kebebasan dan hak asasi manusia dan sebagainya.

Negara-negara Islam seluruh dunia hampir kesemuanya berada dalam kerisis, di Asia Barat, Afrika dan Asia. Pendeknya negara2 yang majoritinya penduduk Islam, maka negara2 itu sedang dilanda kerisis, keganasan, berperang sama sendiri, berbunuhan dan sebagainya, termasuk bom kereta, pengebom berani mati, berperang atas dasar ideologi mazhab dan puak, kaum dan suku, dan seribu satu jenis kerisis lain lagi.

Lihatlah negara2 di Asia Barat dan Afrika Utara, Tunisia, Mesir, Bahrain, Syria, Jordan, Yaman, Libya dan lain-lain, di samping Sudan, Somalia dan Nigeria. Manakala Iraq dan Afghanistan pula telah sedekad berada dalam kancah peperangan dan pembunuhan.

Inilah keadaan negara2 Islam itu, dan dalam keadaan kerisis dan konflik, datanglah Amerika Syarikat dengan sekutu-=2nya di Eropah untuk "menyelamatkan" negara2 tersebut, atas dasar "memerangi pengganas" "menyelamatkan anak cucu dari keganasan" "menjadikan dunia ini lebeh aman untuk di huni" "menghapuskan senjata pemusnah besar-besaran" dan sebagainya.

Kerisis dalaman dunia Islam tidak dapat diselesaikan secara hikmah dan tamadun. Keganasan sering digunakan sebagai jalan untuk menyelesaikan masalah dan kerisis. Pembunuhan dijadikan cara untuk menyelesaikan sesuatu isu perselisihan, rusuhan dijadikan senjata untuk menjatuhkan puak lawan.

Jalan berhiklmah melalui dialog, perundingan, syura dan forum cara bertamadun sering di tolak dan dianggap tidak dapat menyelesaikan masalah. Maka ketika jalan damai menjadi jalan ganas, jalan pilihan raya cara sihat digantikan dengan rusuhan, lalu kedua-dua pihak yang bertentangan, atau puak2 yang berkerisis, akan masing2 menunjukkan kekuatan fizikal, senjata, nyawa dan sebagainya, sehingga semuanya tidak lagi dapat menyelesaikan masalah secara aman. Inilah yang sering berlaku di dalam negara Islam.

Oleh itu apabila berlaku kerisis dalam negara Islam, maka "orang luar" akan memerhati negara itu, kaya dengan petrol dan gas, maka bolehlah diambil peluang untuk masuk campur, akhirnya dapat sama mengaut kekayaan negara itu, atau negara itu masih kuat berpegang kepada agamanya, maka akan dicarilah jalan untuk menimbulkan kerisis sehingga kekuatan agama itu tergugat.

Di Asia Tenggara, Malaysia masih bernama negara Islam, walau pun kecil, tidak penting kepada dunia lain, tetapi nampaknya Islam masih bertapak dengan kukuh dalam bumi ini, ekonominya masih kuat, kesetabilan sosial dan politiknya masih utuh. Mungkin dalam keadaan ini juga, Malaysia haruslah dikacau dan dimusuhi, termasok oleh seorang rakyat negara Barat yang pernah menjadi Duta di negara kita pada tahun 1995 hingga 1998. Dia juga bersuara dengan penuh nada benci kepada Kerajaan Malaysia tentang peristiwa Bersih 2.0

Saya rasa orang Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan perdamaian, cuba2lah periksa diri sendiri, hematkan sejarah dan peristiwa yang berlaku di dalam keseluruhan dunia Islam sekarang ini, insaf dan bermuhasabahlah, apakah kita juga rela bumi kita ini diganggu oleh kuasa luar itu, supaya sekurang-kurangnya negara Islam yang kecil ini pun harus dicampakkan ke dalam kancah kerisis dan konflik, malah kalau boleh biarlah musnah begitu saja. Apakah kita rela hal itu berlaku di sini?

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....