KEMATIAN YANG DIPOLITIKKAN
Saya merasakan bahawa kita di Malaysia, tidak kira dari latar belakang agama mana sekali pun, nampaknya telah terlalu terlanjur dalam perbincangan mengenai banyak isu negara, terutamanya dalam isu politik harian kita.
1. Kematian Allah Yarham Baharuddin Ahmad ketika menyertai perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu, nampaknya telah dipolitikkan sebegitu rupa sehingga telah menimbulkan tuduhan yang melulu tentang sebab kematian Allah yarham, iaitu kerana kekejaman Polis.
Tidak setakat itu sahaja, malah Ambiga dalam ucapana penerimaan ijazah Doktor Kehormatnya di Exeter Universiti di UK baru-baru ini telah juga mendedikasikan penghormatan yang diberikan kepadanya itu kepada Allah Yarham, yang menurutnya telah terkorban kerana perbuatan manusia ganas dalam peristiwa itu. Apakah ahli akademik seharusnya bangun di hadapan khalayak akademik membuat ucapan "politik partisan" yang sempit, mencela dan memburuk-burukkan negara sendiri dengan nada snikal dan penuh retorika? Kalau yang dikatakannya itu benar sekali pun, apakah hal itu perlu dibawa ke dalam dunia akademik yang sepatutnya lebeh beretika dan berilmu daripada hanya menceritakan "perjuangan" personal untuk mendapatkan simpati murahan dari luar?
2. Bagi orang Islam yang benar-benar beriman, sememangnya kita percaya kepada sebab musabab bagi sesuatu kematian, kerana undang-undang tabi'i alam adalah dijadikan oleh Allah, seperti pisau yang tajam boleh memotong, api yang membakar boleh menyebabkan benda menjadi hangus dan menjadi abu. Sebab itulah orang yang ditikam, pada adatnya akan tertosok dengan benda tajam, mengeluarkan darah, dan mungkin menyebabkan kematian. Tetapi kadang-kadang kita menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang dahsyat, kereta remok dan rosak teruk, yang pada adatnya tentu kita akan mengatakan bahawa semua penumpangnya terkorban, namun kadang-kadang kita mendapat berita bahawa terdapat penumpangnya tang terselamat.
Oleh itu segala kemalangan dan kematian ini akhirnya kembali kepada qada' dan qadar yang wajib kita orang Islam menyakininya, bahawa semuanya itu adalah datangnnya dari Allah SWT.
Oleh itu kenapakah kematian Allah Yarham dalam peristiwa 9 Julai itu harus diletkkan sepenuhnya kepada orang lain, terutamanya orang yang bercakap itu adalah agak berat sebelah, ingin mencari kesalahan orang lain, kenapakah kita harus menjadi fanatik begitu rupa, sedangkan pihak Polis sendiri menyatakan bahawa mereka tidak melakukan begitu.
Saya merasa amat sedih dengan perkara yang berlaku, dan sebagai seorang biasa di dalam masyarakat, saya merasakan bahawa kita nampaknya telah agak keterlaluan dalam perpecahan sekarang ini, dan perpecahan itu telah merebak bukan hanya kepada isu-isu politik parti, namun telah merebak kepada semua perkembangan negara dan pembangunannya, sehingga kita telah melupakan sama sekali isu kebajikan dan kepentingan rakyat umum, dan lebeh dari itu kita melupakan keimanan kita, keislaman kita, kesusilaan dan adab sopan kita sebagai manusia, lebeh2 lagi sebagai seorang Muslim Mukmin.
Hal ehwal agama kita sendiri nampaknya boleh kita permain2kan sesama sendiri, sesama Muslim, apa lagi dalam keadaan itu orang bukan Islam pun boleh mempersoalkan tentang hal ehwal agama kita juga.
Saya ingin sekali melihat bahawa masyarakat kita akan membangun sebagai masyarakat yang dinamik, positif, berbaik sangka dan beradab serta berakhlak dengan akhlak Islamiah, bukan masing-masing menegakkan benang basah sendiri tanpa asas.
Ingatlah bahawa kita semua bukannya sempurna dan perfect, semua orang ada kelemahan dan kekurangan. Mengapa tidak kita lengkap melengkapkan sesama sendiri dan mencari yang baik, bukand engan mencerca, memaki hamun dan bersikap biadab yang terkeluar dari adab sopan dan nilai-nilai agama kita sendiri, dan mengapkah kita harus mempercayai tohmahan dan fitnah yang tidak berasas, terutamanya kepada agama kita sendiri, tanpa rasional dan tatasusila keislaman.
Harap berhentikanlah mempolitikkan kematian Allah Yarham Baharuddin itu, biarlah rohnya berada dalam aman dan pasrah sepenuhnya kepada Allah SWT.
Setiap hari banyak kematian yang berlaku, banyak nyawa yang melayang kerana banyak sebab yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT, maka kenapakah kematian Baharuddin ini harus dipertikaikan begitu rupa, termasuk olrh orang Islam sendiri? Kita seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam, bagaimanakah kita seharusnya menerima tragedi sedih kematian yang berlaku di kalangan orang-orang yang kita kasihi dan sayangi.
Selain dari itu sekiranya kematian itu disebabkan jenayah, pembunuhan dan sebagainya maka biarlah mahkamah yang menentukannya, hakim akan membicarakannya, keputusan mahkamah akan diperoses mengikut banyak peringkat, mengapakah kita pula yang seharusnya bertindak sebagai Hakim menghukum orang itu dan orang ini, pihak itu dan pihak ini??

Comments
Post a Comment