SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
Hari Isnin 1 Ogos insya'Allah kita menyambut ketibaan bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan adalah merupakan bulan yang menjelma setiap tahun kepada kita, dan setiap kali ketibaannya, kita bertungkus lumus berusaha menahan nafsu, iaitu kerana mematuhi perentah Allah swt untuk menunaikan ibadat yang difardhukan-Nya itu.
Puasa, mengikut syarat dan rukunnya, adalah satu ibadat yang sememangnya berat bagi manusia. Tetapi bagi umat Muslimin yang telah biasa melakukan ibadat ini, maka dia tidak lagi merasakan berat dan payah, kerana setiap kali tibanya bulan puasa, dia telah pun memprogramkan minda dan jasadnya untuk menghadapi ibadat yang merupakan satu ibadat "menentang arus" itu. Ketika ia berniat pada malamnya untuk menunaikan ibadat puasa pada esoknya, kerana menunaikan suruhan Allah SWT, maka dia telah melakarkan dalam mindanya dengan segala kekuatan akal dan badannya untuk berpuasa esoknya, menahan segala kehendak dan tuntutan emosi, nafsu, jasad dan kehendak lain yang tidak seharusnya dipenuhinya pada waktu ia berpuasa, walau pun kehendak ini boleh dipenuhinya di luar bulan Puasa. .
Dengan berpuasa, seolah-olah Allah swt menghendaki manusia menentang tabiat dan nafsunya yang selama ini agak bebas, iaitu sekiranya diluar bulan Ramadhan seorang itu bebas makan dan minum pada waktu siang hari, maka puasa memerintahkannya menentang kehendak nafsu makan dan minum ini, iaitu menentang rutin dan tabiat kehidupannya yang boleh dilakukannya di luar bulan puasa.
Kalau di luar bulan puasa, dia boleh makan dan minum makanan dan minuman yang halal dan diharuskan, tetapi di dalam bulan puasa, maka makanan dan minuman yang halal ini pun, bertukar menjadi haram pada waktu siang hari, mulai dari waktu imsak sehingga ke waktu terbenamnya matahari, iaitu menjelangnya waktu berbuka puasa, maka pada waktu berbuka itu, makanan yang tadinya haram , telah bertukar kepada hukum asalnya menjadi halal baginya..
Maka inilah yang saya sebutkan di atas bahawa ibadat puasa mengajar manusia supaya menyedari akan rutin dan sistem kehidupan biasanya, kepada satu sistem kawalan diri, bagi menentang arus kehidupan dan kebiasaannya itu.
Manusia tidak lah merupakan satu makhluk biasa yang selama-lamanya di kuasai oleh tuntutan badani dan jasadnya, perasaan dan nafsunya semata-mata, tetapi manusia adalah satu makhluk yang seharusnya menyedari akan kedudukan dirinya yang dikuasai oleh penciptanya sendiri, dan penciptanya, iaitu Allah swt, telah mengurniakan kekuatan mental dan fizikal, minda dan jasad, yang seharusnya ia sendiri mentadbirkannya, mengawalnya, meningkatkan kekuatannya, untuk melawan tuntutan fizikal dan nalurinya, menentang arus kehidupan ini.
Ramadhan melatih manusia supaya dalam hidupnya ada ketika-ketika yang tertentu, ia harus melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kebiasaannya, dan ia haruslah menguasai dirinya dalam keadaan yang amat luar biasa dalam mengendalikan nafsu, naluri, minda dan segala tuntutan dalamannya untuk menghadapi realiti hidupnya yang mencabar.
Inilah hikmah dan falsafah ibadat puasa ini, yang jika diteliti dengan baik, maka manusia akan sedar, bahawa sebagai hamba Allah, dia bukan sahaja perlu mengikiskan segala perbuatan mungkar dan batil, malah dalam keadaan-keadaan yang tertentu, dia harus juga mengamwal dirinya dari perkara-perkara yang halal pada waktu-waktu yang tertentu, sebagai seorang nakhoda yang menguasai sepenuhnya bahtera kehidupannya dalam menghadapi gelora lautan hidup yang sukar ini.
Dan semuanya ini adalah dilakukannya kerana taat dan tunduk kepada perentah Allah, menghayati hikmah dan rahsia ibadat puasa itu, bersesuian dengan falsafah kehidupan manusia itu sendiri, seperti kata penyanyi "Engkau adalah apa yang engkau fikirkan, fikirkan kemenangan ...fikirkan kekalahan..engkaulah...." dan kita boleh menambah bahawa apa yang kita fikirkan itu adalah berpandukan kepada keimanan kita kepada Yang Maha Esa, Allah SWT..
Inilah ertinya bahawa dalam hidup kita ini, kita tidak haruslah selama-lamanya membawa diri kita mengikut arus orang ramai , tetapi dalam hal-hal yang tertentu kita haruslah menentang arus itu sekiranya penentangan ini kerana mengikut jalan yang betul dan benar, berpandukan kepada ajaran Allah swt. Jangan menjadi pak turut yang membuta tuli.
Selamat menyambut bulan Ramadhan.....Ramadhan Al-Mubarak...Ramadhan Kareem...

Comments
Post a Comment