BACA INTERNET BOLEH SAKIT JIWA

Saya tidak bertujuan untuk menyebelahi sesiapa, kerajaan atau pembangkang. Saya mahu supaya orang berfikir dengan waras sahaja, bukan berfikir untuk nak menyokong parti politik yang tertentu, tanpa berfikir lagi.

Saya sebelum ini telah menulis pasal peratusan tinggi rakyat kita yang mengidap sakit jiwa. Saya bukan pakar, tetapi nampaknya bila kita terlalu membaca dan percaya internet, media baru ini, seperti yang amat terkenal dengan berita dan komen yang sensasi, berat sebelah kepada pembangkang, dan anti kerajaan, saya rasa hal boleh juga membawa kepada penyakit jiwa.

Media baru ini penuh dengan berita yang sensasi, memaparkan keburukan Kerajaan dan mewujudkan persepsi bahawa negara kita semuanya buruk, pemimpinnya korup, undang-undangnya zalim, pilihan rayanya tidak adil, dan 1001 macam lagi buruknya Kerajaan dan PM serta jenteranya.

Seorang yang boleh berfikir dengan waras, berdasarkan kepada realiti dalam negara ini, melihat kepada pembangunan ekonominya, pilihan rayanya, demokrasinya dan lain-lain lagi, maka dia mungkin mendapat persepsi yang berbeza dari persepsi yang digambarkan dalam media baru itu, walau pun dia dapat melihat kelemahan-kelemahan Kerajaan dan sistemnya, tetapi baginya mungkin keadaan negara dan kerajaan ini masih baik, tidak seperti yang digambarkan bahawa keadaan negara ini sudak jatuh dan mundur, tidak berprestasi, tidak mempunyai undang-undang yang adil, menzalimi rakyat dan sebagainya, termasuk petikan-petikan pandangan peringkat antarabangsa, bekas duta AS di Malaysia, komen dari organisasi luar dan pakar luar, yang sebenarnya tidak tahu pun sangat apa yang berlaku di dalam negara ini, atau kerana mempunyai agenda sendiri, yang hanya mereka saja yang tahu.

Dari sudut inilah saya rasa dan saya fikir, bahawa orang-orang yang membaca media baru ini mungkin akan keliru, bengung dan tidak tahu manakah yang benar, iaitu diantara apa yang disaksikannya, yang rata-ratanya kelihatan baik, malah ada yang lebeh baik dari negara lain,atau apa yang di dengarnya dari media baru, termasuk apa-apa yang ditulis oleh para penulis tetapnya, komentarnya dari dalam dan luar negara, yang semuanya kelihatan menonjolkan segala keburukan dan kelemahan negara kita ini.

Sebab itulah para pembaca, terutamanya para remaja yang sedng memberontak mencari-cari sesuatu pegangan, akan merasa keliru, dan dalam masa yang sama mungkin akan tertarik kepada komen-komen negatif tentang negara, tentang pemimpin, tentang politik dan sebagainya, dan membuatkan mereka akan turut sama menulis segala ungkapan yang buruk, sampai kepada kata-kata yang tidak bersopan, menghentam banyak orang yang sebenarnya tidak dikenali pun hati budinya, dan boleh pula memaki hamun juga, kerana tulisan dalam internet tidak tertakluk kepada etika, nilai dan akhlak, dan tidak pun diketahui siapakah penulisnya, pakai nama samaran, email dan cakap saja apa yang perlu, lepas geram dan tumpang perjatuhkan orang lain.

Saya rasa juga bahawa kalau dapat pihak ibu bapa atau ibu bapa itu sendiri, jika ingin melibatkan diri dalam internet sama ada sebagai pembaca atau penulis, maka haruslah mereka berhati-hati, jangan percaya semua apa-apa yang dibaca, dan janganlah tulis apa-apa yang kita sendiri tidak yakin, hanya main ikut-ikut orang saja, orang kata demikian maka kita pun ikut sama, orang kata semuanya buruk lalu kita pun kata semuanya itu buruk.

Jagalah etika dan nilai moral yang baik jika mahu menulis, dan gunakan pemikiran sendiri untuk mempertimbangkan sesuatu fakta dan angka, setiap orang mempunyai minda yang dapat digunakan dengan baik, jangan jadi pak turut, ikut membuta tuli.

Jaga-jagalah jangan terkena penyakit jiwa kerana internet ini.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....