BERSIH 2.0
Telah saya terangkan di dalam "Talk Show" dengan TV Al-Hijrah semalam tanggapan saya kenapakah nak diteruskan perjumpaan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Saya nampak penganjurannya akan terus hendak mengadakan tunjuk perasaan itu ialah kerana isu "ketidak adilan" SPR. Tetapi SPR telah membuka pintu perundingan untuk membincangkan isu ini sebelum di adakan tunjuk perasaan itu, namun pihak penganjur tidak mahu berunding dengan SPR.Kenapakah tidak mahu berjumpa dan berunding dengan SPR? Kenapakah tidak mahu menjelaskan dan menghujahkan habis-habisan dengan SPR di manakah kepincangan dan kezaliman SPR yang di maksudkan itu? Kenapakah tidak menjelaskan satu persatu secara terperinci apakah isunya sehingga nampaknya SPR tidak adil?
Tetapi penganjur Bersih 2.0 masih mahu meneruskan rancangan mereka dan menutup pintu perundingan dengan SPR. Malah akan meneruskan juga niat mereka "by hook or by crook".
Sebagai membuka peluang untuk perbincangan yang sihat, seandainya pun SPR berat sebelah dan tidak adil, ramai juga orang berhujah, kenapakah dalam PRU tahun 2008 yang lalu keputusannya banyak juga menguntungkan Pakatan Rakyat, sehingga berjaya merampas Selangor, Penang, Kedah, dan Perak (beberapa bulan) itu? Apakah dalam hal ini PKR berat sebelah kepada PR pula? Malah bilangan MP PR juga bertambah selepas PRU 2008 itu?
Kalau hal itu tidak juga mahu dijadikan ukuran, kenapakah penganjur Bersih tidak mahu menjelaskan tentang ketidak adilan yang dikatakan itu kepada SPR berdasarkan keputusan PRU 2008 dan keputusan beberapa pilihan raya kecil selepas itu, yang ada juga dimenangi oleh BN dan ada yang lain dimenangi oleh PR. Terangkanlah apakah isunya, undi Pos? Undi pengundi Hantu? dan tolong terangkan bagaimana SPR seharusnya bertindak untuk mengatasi kelemahan ini yang didakwa wujud dalam pengurusan SPR itu?
Jadi dengan itu nampaknya, pihak penganjur Bersih masih mahu meneruskan rancangan mereka pada 9 Julai ini dalam apa saja KEADAAN DAN SITUASI, MALAH NAMPAKNYA TIDAK LANGSUNG MAHU MEMBATALKAN RANCANGAN MEREKA YANG LEBEH BANYAK MENGUNDANG KESULITAN KEPADA RAKYAT DARIPADA MENCARI PENYELESAIAN SECARA BAIK DAN BERTAMADUN.
Ada juga suara rakyat yang mencadangkan perjumpaan di adakan di dalam tempat tertutup seperti di dalam stadium dan sebagainya. Kalau diadakan di tempat tertutup itu, pergilah berucap, mengangkat sepandok dan sebagainya, asalkan mendapat kebenaran polis, buatlah. Tetapi kemungkinan ini pun tidak disahut.
Jadi dalam analisis terakhirnya, kita rakyat majoriti yang cintakan perdamaian dan keamanan ini tertanya-tanya dengan penuh kehairanan dan keajaiban, apakah motifnya perhimpunan itu? Apakah tujuannya? Nak mencari kebaikan atau keburukan?
Oleh itu nampaknya benarlah pandangan majoriti rakyat bahawa motif perhimpunan itu hanya lah berdasarkan politik partisan semata-mata, dan apa yang disebutkan tentang ketidak adilan pilihan raya itu hanyalah merupakan alasan semata-mata.
Nampaknya rakyat yang terlalu ghairah berpolitik secara taksub dan fanatik, dan ingin melakukan kekerasan untuk mencari keuntungan politik ini, maka rakyat ini menjadi terlalu cetek pemikirannya, tidak rasional, dan hal ini merupakan perkembangan yang amat luar biasa dan ganjil bagi negara kita, yang rakyatnya selama ini terkenal sebagai rakyat yang rasional, bersopan, beretika dan bertamadun.
Keadaan ini saya fikir akan bertambah buruk pada masa hadapan, akan menjadi lebeh merbahaya, iaitu sekiranya majoriti rakyat yang sepi selama ini, yang cintakan perdamaian dan perpaduan negara, turut terlibat dengan arus golongan pelampau, golongan yang ingin membangkitkan sentiman perkauman dan keagamaan secara melulu, yang semakin hari nampaknya semakin radikal dan ekstrem.
Kita pada hari ini mugnkin masih dapat bertahan, hidup dengan aman dan damai bagi generasi kita, tetapi kita tidak tahu bagaimanakah halnya pada masa akan datang, zaman anak cucu kita yang akan menggantikan kita nanti.
Oleh itu kerana menjaga kepentingan anak cucu kita yang akan datang, maka kita haruslah berhati-hati dalam menentukan arus perkembangan negara dan bangsa kita pada hari ini. Jangan biarkan emosi dan sentimen melulu, terutamanya yang berunsurkan politik sempit, perkauman dan keagamaan, mempengaruhi kita dan generasi muda kita sekarang.