Beza Perhimpunan Haram dan Halal
Dalam satu minggu kebelakangan ini kita menyaksikan beberapa perhimpunan. Perhimpunan 9 Julai sahaja nampaknya yang amat ditakuti, mengganggu ketenteraman awam, waris orang meninggal tidak dapat melawat jenazah, orang kawin tidak menerima bilangan tetamu yang diharapkan dan berbagai-bagai peristiwa lain yang menyaksikan kehidupan orang awam yang tergendala dan terganggu. Malah yang lebeh serius lagi ialah pihak keselamatan negara terpaksa mengerah ribuan polis untuk mengawal keselamatan dari kerosakan harta benda dan kemudahan awam, kecederaan yang tidak sepatutnya berlaku, dan berbagai-bagai kerosakan moral dan nilai yang berlaku, yang selama ini bukan merupakan budaya dan cara hidup kita di negara ini.
Semuanya ini angkara salah faham dan dorongan sentimen yang mungkin sengaja di cetuskan oleh beberapa pihak yang mengambil jalan yang salah untuk tujuan-tujuan yang tertentu yang mempengaruhi tanggapan orang awam tentang "keburukan" negara ini seperti yang digambarkan mereka, sedangkan hakikatnya gambaran itu tidaklah merupakan gambaran yang benar.
Negara ini mempunyai undang-undang dan berbagai-bagai forum untuk rakyat berbincang, juga melalui wakil-wakil rakyat di Negeri dan Persekutuan. Tetapi forum ini tidak digunakan dengan baik, sebaliknya mengaturkan demonstrasi, sedangkan demonstrasi jalanan hanya memberikan akibat yang buruk kepada semua pihak yang cintakan keamanan dan kedaulatan negara ini.
Kalau perkara yang hendak dibincangkan itu mempunyai kewajarannya tentulah hal ini mudah dibawa kedalam forum dan platform perundingan. Kecualai kalau terdapat agenda yang tersembunyi, maka hal itu tidaklah kita tahu, melainkan orang yang menganjurkannya itu saja yang tahu.
Perhimpunan para peminat bola sepak pada 13 Julai ketika menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Arsenal menyaksikan puluhan ribu penonton, tetapi semuanya berjalan dengan aman dan baik. Semuanya amat menghiburkan dan tidak menganggu orang awam.
Perlawnan bola antara Malaysia dengn Liverpool pada 16 Julai juga menyaksikan ribuan orang berkumpul, tetapi mereka berkumpul untuk tujuan yang baik, beersatu hati dan perasaan, bukan mempunyai niat busuk, lalu mereka dapat menjaga kelakuan mereka dengan baik.
Pada 16 Julai juga ribuan orang berkumpul di PWTC iaitu menghadiri acara pembukaan Tilawah Al-Quran pringkat antarabangsa, dengan penuh kyusuk tawaduk, yang dirasmikan oleh SPB Yang di Pertuan Agong.
Semua perhimpunan ini, kecuali perhimpunan 9 Julai, berlangsung dalam penuh beretika dan dilakukan dengan tertib dan berdisiplin, tidak ada rasa prejudis dan ledakan emosi yang tidak bertamadun, tidak menakutkan, tidak mengundang ribuan polis untuk mengawal, dan tidak berlaku perilaku kasar dan ganas, seperti yang pernah berlaku di negara lain.
Sepatutnya dengan ini kita telah menginsafi segala motif dan tujuan perhimpunan, sama ada halal atau haram, dan kita harus pandai berfikir untuk memilih perhimpunan mana yang seharusnya kita sertai.
Setiap yang haram, tentulah punya sebab-sebabnya kenapakah ianya diharamkan. Janganlah diikuti orang membuat perkara yang haram, walau pun ada "fatwa" yang mengharuskannya, kerana haram dari segi agama atau undang-undang negara tentulah mengandungi kemudaratan, janganlah terpengaruh dan terikut-ikut.